Inni uhibbuki fillah!!!

Inni Uhibbuki Fillah……=)

Hadith “ukhuwah”:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata seorang sahabat sambil air jernih keluar dr kelopak matanya ketika saya selesai membacakan hadis ini dalam satu slot muhasabah:

`sedaplah hadis ni…terharu sy`

Sebelum mengenali jalan `INI`,erti ukhuwah pada saya hanyalah persahabatan sesama manusia yang saling mengenali disebabkan persamaan minat,kelas,sekolah n etc…..walaupun bersahabat,tetapi masih saling bergaduh disebabkan adanya rasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan sahabat lain misalnya…masih saling marah-memarahi disebabkan adenye rasa ketidakpuasan dengan sikap sahabat kita itu….inilah yang dikatakan ukhuwah jahiliyah iaitu ikatan selain ikatan aqidah (misalnya: ikatan keturunan [orang tua-anak], perkahwinan, nasionalisme, kesukuan, kebangsaan, dan kepentingan pribadi) dan bersifat sementara(terbatas pada waktu dan tempat).
Namun….Alhamdulillah,takdir dan hidayah Allah membawa saya ke jalan `INI`…..kini,saya mula memahami dan merasai apa itu ukhuwah yang dituntut oleh Islam…
Walaupun baru pertama kali berjumpa dengan sahabat-sahabat baru,tapi rasanya seperti telah lama kenal bagaikan sebuah keluarga…itulah yang dikatakan kiranya niat kita adalah kerana Allah…Allah akan mengikat hati-hati yang berkumpul keranaNya…

“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63)

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (HR Imam Ahmad)

Ukhuwah yang dimaksudkan dalam Islam adalah ikatan antara hati-hati yang berada di jalanNya atas satu tujuan dan AQIDAH yang sama.Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna,ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.Apabila hati kita meyakini hanya Allah yang berhak dan layak disembah,insyaAllah segala amal perbuatan kita adalah keranaNya…dan kerana itulah kita dapat merasai kemanisan ukhuwah walaupun hanya pertama kali kita berjumpa… dan apabila ukhuwah ini mula terbina,kita akan sentiasa merasai bahawa adanya sahabat-sahabat yang saling memahami kita dan akan membimbing kita di kala kita `futur`,`terleka`or`down`dalam usaha di jalanNya…

Antara hal-hal yang boleh menguatkan ukhuwah Islamiyah adalah:
1. Memberitahukan kecintaan pada yang kita cintai
2. Memohon dido’akan bila berpisah
3. Menunjukkan kegembiraan & senyuman bila berjumpa
4. Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non muhrim)
5. Mengucapkan selamat berkenaan dengan kejayaan
6. Memberikan hadiah pada waktu-waktu tertentu
7. Sering mengunjungi saudara
8. Memperhatikan saudaranya & membantu keperluannya
9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya

Tetapi,kita perlu sentiasa beringat bhw kehadiran virus-virus ukhuwah boleh merosakkan ukhuwah yang terjalin.InsyaAllah,sama-samalah kita doakan agar kita terhindar dr virus-virus tersebut dan tergolong dalam gol. yang disebutkan dalam hadith di atas.Selalulah kita membaca doa rabitah seperti yg tertulis dlm post `sahabat luar biasa`agar hati-hati kita sentiasa disatukanNya.

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali(agama) Allah,dan jangalah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.”(surah A`li-Imran,3:103)

*inni uhibbuki fillah=aku mencintaimu kerana Allah
futur=lemah semangat

About these ads

7 thoughts on “Inni uhibbuki fillah!!!

  1. sape ek yg tibe2 haru tu? hehe. ingt lg tak ms kat conventry, kita lajar bhw hati-hati dan ruh itu terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal.

    Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah apabila kita mencapai martabat ‘ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri).

    Ukhuwwah is bonded by aqidah. Moga kte mencapai tahap ithar. wa uhibbuki fillah aidhan ya jamiilati… :) QS 49:10.

  2. assalamualaikum..
    esok sy kne bawa tazkirah yg berkenaan dgn ukkhuwah..
    dan sy rse entry ni sgt2 sesuai utk jd bahan tazkirah sy esok..
    jd sy nk minta kebenaran dr org yg menulis utk sy gnekan isi2 ni dlm tqzkirah sy esok yer…
    sy akan bawa kepade kawan2 usrah jer =)
    mekasih sgt2 klo mengizinkan

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s