Saudaraku,
hayatilah rintihan adik ini dengan mata hati…
lihat kembali dirimu..di mana dirimu??
adakah dengan hanya menangis mendengar rintihannya…
kemudian bergembira seperti biasa??
Saudaraku,
jangan katakan dirimu hanya mampu membantu mereka dengan sekadar memboikot dan berdoa….
namun,
ada satu lagi yang dirimu mampu dan perlu lakukan sebagai tunggak usaha-usaha kecilmu itu..
AL-IMAN AL-AWWALAN!!
baikilah HATI…
tanamkanlah iman yang mantap…
teguhkan kembali aqidahmu..
sepertimana aqidah para sahabat, para tabiin dan para pejuang Islam..
carilah kembali benih-benih Islam yang hilang dari jiwamu..
kerna tanpanya…
kita akan terus dijadikan “bahan mainan” yahudi laknatullah!!
kerna tanpanya…
nasib ummah tidak akan berubah…
kerna tanpanya juga..
Islam tidak akan tertegak di atas muka bumi ini…
wahai jiwa-jiwa yang tidur…
bangunlah!!
bukalah matamu…
keluarkanlaah dirimu dari dunia caturan kuffar!!
tegakkanlah Islam dalam dirimu…nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi ini…
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”(13:11)
” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”