Hadiah

hadiah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum saya meneruskan cerita, ingin saya bertanya pada saudara-saudara saya yang sedang membaca entry ini.

Kalian suka hadiah tak?

Mestilah suka kan? Siapa yang tak suka hadiah. Dah tu, free lagi. (hihi). Takpun, hadiah tu datangnya daripada orang yang paling kita sayang terutamanya mak ayah kita. Mesti melompat kegirangan la kalau dapat hadiah daripada mereka.

Saya sendiri pun sukakan hadiah. Tak kisah la hadiah yang bagaimana rupa dan bentuk. Janji hadiah!:D

HADIAH BERNILAI

present

Cuba bayangkan pada suatu hari, anda dapati ada seutas rantai dalam almari anda atau sebuah kereta mainan di rumah anda, apa mungkin perasaan yang timbul pada ketika itu?

Ataupun tiba-tiba kawan yang telah lama berpisah memberi sekotak hadiah untuk anda. Mesti gembira tak terkata kan? Dan mungkin selepas itu, rasa berdebar-debar nak bukak hadiah tu. Apa di dalamnya ek….

Mungkin membayangkan hadiah itu sebuah gundam yang memang kita mahukan. (huhu).

Biasanya definisi hadiah ini selalu di kaitkan dengan sesuatu yang tidak ternilai harganya bagi diri kita. Setuju tak?

Misalnya jika bagi seorang wanita, emas adalah hadiah yang paling berharga buat dirinya. Dan bagi seorang lelaki pula, sebuah kereta mungkin. Berharga kan semuanya? Dan bagi diri kita sendiri, ia mesti hadiah yang perlu di bayar dan tak ternilai harganya. Bercalar sedikit habisla, tak tidur malam dibuatnya.

Tanpa kita sedar, contoh yang diberikan tadi , dianggap tak ternilai harganya kerana ia sangat berharga. Berharga dari segi apa? Pastinya dari segi wang. Wang yang perlu di cari dengan usaha yang sangat gigih untuk mendapatkan hadiah BERHARGA yang tidak ternilai harganya. Betul tak? Usaha sampai tak tidur malam, berjauhan dengan yang tersayang, semata-mata nak dapatkan sesuatu yang kononnya sangat berharga tak ternilai harganya itu.

HADIAH TAK TERNILAI

Tapi,

Adakah kita sedar? Ada satu benda yang tersangat, paling berharga, tak terbeli dek wang ringgit hatta ada berbukit-bukit emas sekalipun. Rasa-rasanya dapat teka tak apakah ia benda tersebut?

Kasih sayang? Cinta?

“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan keluar – dari segala macam kesulitan – dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak dikira-kirakan.” (Surah At-Thalaq: 2-3)

“Jikalau engkau semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua - antara kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung.” (Surah Al-Anfal: 29)

“Hai sekalian orang yang beriman, bertaqwalah engkau semua kepada Allah dengan sebenarbenarnya ketaqwaan.” (Surah Ali-lmran: 102)

Apa kaitannya dengan ayat-ayat di atas kan? Perasan tak yang hadiah tak ternilai, tidak dapat dibeli oleh wang ringgit dan kekayaan itu semua adalah TAQWA dan IMAN ? dan Hadiah yang Allah sudah berikan kepada kita, lahirnya sebagai seorang Muslim dalam agama Islam yang syumul ini. Keimanan dan ketaqwaan yang perlu dipupuk dalam diri apabila kita meningkat dewasa.

Tak rasa ke yang kita ini insan terpilih? Terpilih berada dalam agama yang sangat best ni. Berada dalam Islam. Betapa kita patut mensyukuri hadiah yang tak dapat nak di cari di mana-mana pun. Seharusnya hampir setiap hari kita perlu mengucapkan alhamdulillah tanda terima kasih pada Allah s.w.t atas hadiah ini. Serta lipatgandakan amal kita tanda kita bersyukur dengan nikmat hadiahNya ini.Tak dapat nak cari hadiah ni di 7E ke, di Jusco ke, atau di mana-mana sekalipun.

Sebab hadiah ini hanya seorang Pemilik Yang Agung sahaja yang ada. Hanya Allah s.w.t je yang ada hadiah ini dan hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat hadiah ini. Siapa orangnya?

It’s you. Yes, you! Not someone behind or beside you!

Tapi kadangkala kita sendiri tak sedar akan hadiah yang tak ternilai kerana acapkali memandang pada sesuatu yang tak ternilai oleh kaca mata penglihatan kita tanpa melihat dengan mata hati akan hadiah yang jauh lebih berharga.

Sama-samalah kita mencari ke mana hilangnya hadiah yang sudah diberikan kepada kita, yang sering mendampingi kita tapi kita sendiri lupa akan ia. Hadiah ini ada dalam diri kita, cuma kita tidak menjaganya lantaran mata dikaburi kemewahan duniawi hinggakan ia tidak lagi  kelihatan berharga malah makin hilang dalam diri. InsyaAllah sama-sama kita mulakan pencarian hadiah tidak ternilai ini kerna mati tidak menunggu kita…=)

IMAN itu perlu dilatih.TAQWA itu pengukur nilai insani.

Jom muhasabah kembali.(^_^)/

Wassalam.

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.