Pengenalan
Blog ini adalah salah satu daripada wasilah kami,dari pihak AMIR (Aspiring Malaysian Rijal) sebagai satu persatuan agama Islam di negara Jepun ini. Bermotokan slogan ‘Membina Aspirasi Islam Yang Unggul’, kami bercita-cita untuk membina individu muslim yang mantap dari segala segi sama ada rohani, mental dan sahsiah yang menepati 10 ciri individu muslim yang ideal:
1)Aqidah yang sejahtera
2)Ibadah yang sahih
3)Akhlak yang mantap
4)Kuat tubuh badan
5)Berpengetahuan
6)Mampu berdikari
7)Melawan nafsu
8)Menjaga Waktu
9)Tersusun dalam urusan
10)Bermanfaat untuk orang lain
AMIR mengambil pendekatan methodologi dakwah yang ditunjukkan Rasulullah saw dan mengaplikasikannya dalam keadaan semasa atau waqi` di Jepun. AMIR menumpukan dakwah di kalangan masyarakat Malaysia di Jepun khususnya pelajar muslim. Matlamat kami bukan hanya membentuk insan yang solih tetapi juga, berusaha untuk membentuk insan yang musleh untuk membaikkan orang lain juga demi agama, bangsa dan negara.
Blog ini adalah sebagai medan untuk josei/sisters/akhawat di Jepun untuk mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan, bertukar pendapat tentang isu semasa yang menyelubungi umat islam, ruang untuk berukhuwah sesama pelajar muslim Malaysia di seluruh Jepun, saling bertukar pendapat serta idea dan lain-lain.
“PERCAYA SEBELUM MELIHAT..BEKERJA KERAS UNTUK MELIHAT YANG DIPERCAYA”
wahh! mabruk2 to the pioneers of AMIR! am so proud to see our homegrown guys/girls doing things like this!
BittaufiQ.. Mantap.. Hebat.. Semoga dipermudahkan urusan.. Ameen..
salam,,,ternyata diri ini masih kurang,,sama2 perbaiki,,anyway,salam perkenalan-sis padang-
Salam…
muga thabat dlm jln ini. jln ini jln yg panjang, namun inilah jln yg kita yakini…
salam ukhwwah dari malaysia buat ikhwah di jepun =)
salam mujahadah dr akhawat bumi anbiya’..semoga terus thabat dlm jalan dakwah ini..