Filem Animasi (Pembebasan Constantinople)

InshaAllah, untuk lebih menghayati kisah ini, luangkanlah masa anda untuk menonton filem animasi tentang pembebasan Constantinople ini…selamat menonton..=)

Oh ya..setelah anda selesai menonton..bacalah artikel ini 29Mei di Malaysia

Saya tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan..terpulang kepada sahabat semua untuk menilai semua ini..Hanya satu harapan dipihak kami, kami mahukan jiwa-jiwa yang menghayati perjuangan setiap perwira Islam, mempunyai ruh dan semangat yang menjulang tinggi berjuang di jalanNYA…

Peganglah tangan setiap dari kita, berjalan seiring dalam barisan yang teratur, seolah-olah kita ini adalah seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.. Continue reading

Advertisements

29 Mei- Pembebasan Constantinople

Assalamualaikum warahmatullah everyone..=)

Semoga sahabat semua sentiasa dalam rahmat kasih dan sayang NYA..Alhamdulillah, kali ini saya bawakan kepada anda tentang perjuangan tokoh Islam yang agung di zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyyah. Seperti yang anda semua maklum tarikh 29 Mei 1453 adalah tarikh yang bersejarah dalam perjalanan dakwah Islamiyah, kerana pada tarikh inilah Constantinople yang sebelum ini dibawah penguasaan kerajaan Kristian telah jatuh ke tangan pemerintahan Islam.

Ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dan tahukah sahabat semua siapakah tokoh terulung yang dimaksudkan ini?

Continue reading

Inni uhibbuki fillah!!!

Inni Uhibbuki Fillah……=)

Hadith “ukhuwah”:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata seorang sahabat sambil air jernih keluar dr kelopak matanya ketika saya selesai membacakan hadis ini dalam satu slot muhasabah:

`sedaplah hadis ni…terharu sy`

Sebelum mengenali jalan `INI`,erti ukhuwah pada saya hanyalah persahabatan sesama manusia yang saling mengenali disebabkan persamaan minat,kelas Continue reading

If only

\

If only you know,
how much I love you.
If only you know,
how much I treasure you.
If only you know;

How much I want to let you know,
the REAL beauty of life.
the REAL beauty of the PURPOSE of life.

I never felt so close to you,
since I know why I’m loving you.
since I know that its just natural,
as it is because of Allah;
our Creator. Our Lord.
That loves us more than anything in this world.
Continue reading

Sahabat Luar Biasa

Alhamdulillah. Di bawah perancangan Allah, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam program Golden Week Gathering lepas. Ada yang dari sejauh di utara, Iwate sehingga sejauh di selatan, Kagoshima. Ada yang datang berkumpulan, ada juga yang datang berseorangan. Namun atas rasa keinginan dan semangat yang kuat, kesemua alasan itu tak menjadi halangan untuk kita terus berusaha mencari Redha Allah.

“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR.Muslim)

Bila dah bertemu, banyaklah cerita nak dikongsikan. Lagi-lagi bagi adik-adik yang baru sahaja tiba di Nihon. Rasa nak tahu keadaan di tempat kawan masing-masing. Seronok tak kat sana? sempai (senior) baik-baik tak? senang ke nak dapat ayam halal? duduk kaikan (student house) ke apato (apartment) ? dai (university) dekat tak? berapa yacin (sewa rumah) sebulan? dapat ramai kawan nihonjin (orang jepun) tak? Soalan-soalan yang biasa ditanya rasanya.

Namun keseronokan untuk bertemu sahabat-sahabat itu akan lebih terangsang, dan lebih terasa aura muhibbahnya apabila kita sama-sama belajar sesuatu yang baru nanti. Sama-sama merasai pengalaman baru. Sama-sama berganding bahu mengerjakan sesuatu amal islami atau amal jama’i.

“Apa kata kita buat kultum (kuliah tujuh minit) ?” tanya seorang sahabat mencetus suasana. Continue reading

Orang Yang Berselimut

Ibarat si buta dan si tuli. Itulah yang saya rasa sepanjang tahun pertama di Jepun. Kononnya kerana tiada kemudahan internet, dan juga kononnya mahu mendidik al-hawwa’… maka saya telah butakan kedua belah mata, saya pekakkan telinga, dan saya biarkan nasib saudara semuslim saya di bumi Palestin ini tanpa peduli… dan kerana alasan-alasan itu, saya dengan mudahnya terpedaya dengan helah syaitan yang sentiasa menyesatkan..

“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan engkau khalifah di muka bumi, maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan, dan janganlah engkau turut hawa nafsu, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan (agama) Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.”

[Surah Shaad, 38: 26]
Bukannya tak pernah murabbi di Maahad bercerita tentang nasib kaum muslimin di Palestin. Malah sejak dari kelas peralihan, kami telah pun disogokkan dengan pelbagai cerita tentang penderitaan yang mereka tanggung. Zionis. Yahudi. Israel. Gaza. Boikot. Missionaries. Perkataan-perkataan yang sering menjadi mainan mulut kami. Bermula dari situ, semangat dan komitmen telah ditanam dan kasih sayang sesama muslim telah disemai.

Continue reading