Nakba Palestin

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku,Yang menegakkan kebenaran, Dan berjuang menentang musuh mereka, Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, Tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka, Mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka, Sehingga datang keputusan Allah, Dan mereka akan tetap sedemikian,”

Maka para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah dimanakah mereka ini?”,

Sabda Baginda: Mereka berada di Baitulmaqdis, dan sekitar Baitulmaqdis.”

Sabda Nabi lagi didalam hadith Abu Dawud:

Bahawa golongan ini akan tetap menegakkan kebenaran, Sehingga pejuang yang terakhir diantara mereka, Akan berjuang menentang, Al-Masih….Ad-Dajjal!!

Tiadakah rasa tanggungjawab sedikitpun di hati kamu?..kamu mengaku kamu umat Muhammad bukan?..Kamu tahu siapa Salahuddin Al Ayubi, Syeikh Ahmad Yassin? Ataupun kamu lebih galak menatap biodata-biodata artis kegilaan kamu itu??..Kamu hanyut..terlalu jauh dibawa arus yang deras ini..kamu hilang arah..tiada tempat berpaut..bukannya tiada tangan yang menghulur untuk menyelamatkan kamu dari terus ditelan gelombang arus ini..namun, kamu seolah-olah sengaja membutakan mata..merelakan diri menjadi mangsa…merelakan diri diperbodohkan..sampai bila??

Bangkitlah sahabatku…

Sudah 60 tahun berlalu…hidup ini terlalu singkat untuk kita berehat menikmati kemewahan isi-isi dunia …perjalanan mengembalikan kegemilangan agama ini masih jauh lagi..bangkitlah kita dari kefuturan berpanjangan yang melanda diri..bangkit bersama membela agama ini..atas yakinnya kita akan kemenangan ISLAM suatu masa nanti..walaupun mungkin usia kita tidak panjang untuk melihat agama ini dijulang manusia seantero dunia..namun kalau usaha ini tidak dilakukan oleh kita bermula sekarang,bila dan siapa lagi?..Contohi para sahabat nabi..lihatla Abu Bakar r.a,Umar Al Khattab r.a dan sahabat-sahabat nabi yang lain..mereka tidak pernah melihat kebangkitan Islam menguasai 2 per 3 dunia ini..namun atas hasil usaha mereka jua lah Islam itu mampu dijulang seagung itu suatu masa dulu..kerana mereka yakin dengan setiap ungkapan dan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W..kita juga yakin bukan?

Bangunlah wahai SYABAB..sedarlah wahai FATA. Kalian bukan memulakan perjuangan..Tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan!

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu berilah peringatan!
(Al Muddathir 74:1~2)

Luangkan masa anda untuk membaca artikel mengenai Nakba Palestin ini..=)
Nakba palestin

Ditulis oleh: Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin

*futur=lemah semangat

syabab=gol.pemuda

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s