Sahabat Luar Biasa

Alhamdulillah. Di bawah perancangan Allah, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam program Golden Week Gathering lepas. Ada yang dari sejauh di utara, Iwate sehingga sejauh di selatan, Kagoshima. Ada yang datang berkumpulan, ada juga yang datang berseorangan. Namun atas rasa keinginan dan semangat yang kuat, kesemua alasan itu tak menjadi halangan untuk kita terus berusaha mencari Redha Allah.

“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (HR.Muslim)

Bila dah bertemu, banyaklah cerita nak dikongsikan. Lagi-lagi bagi adik-adik yang baru sahaja tiba di Nihon. Rasa nak tahu keadaan di tempat kawan masing-masing. Seronok tak kat sana? sempai (senior) baik-baik tak? senang ke nak dapat ayam halal? duduk kaikan (student house) ke apato (apartment) ? dai (university) dekat tak? berapa yacin (sewa rumah) sebulan? dapat ramai kawan nihonjin (orang jepun) tak? Soalan-soalan yang biasa ditanya rasanya.

Namun keseronokan untuk bertemu sahabat-sahabat itu akan lebih terangsang, dan lebih terasa aura muhibbahnya apabila kita sama-sama belajar sesuatu yang baru nanti. Sama-sama merasai pengalaman baru. Sama-sama berganding bahu mengerjakan sesuatu amal islami atau amal jama’i.

“Apa kata kita buat kultum (kuliah tujuh minit) ?” tanya seorang sahabat mencetus suasana. “InshaAllah, ana bersedia untuk memberi” sambut seorang sahabat menawar diri. “Kalau memerlukan bantuan, ana juga bersedia” backing seorang sahabat. Maha suci Allah. Rasa mahu mengalir air mata kegembiraan apabila ada sahabat-sahabat yang membuka jalan, menabung pahala akhirat walaupun kita hanya berada di jalanan.

kultum di Tobu Takezawa Eki, Saitama

“Ana rasa mahu memberitahu ISK kat adik-adik, tapi takut tak mampu…” seorang sahabat meluahkan keinginan. “Jangan risau, kami akan sama-sama untuk membantu” serentak sahabat-sahabat di belakang menjawab. Terasa seperti sebuah pohon yang disokong oleh akar-akar yang kuat mencengkam bumi. Lalu pohon itu berasa gah dan kian yakin untuk terus berdiri.

Inilah sahabat yang luar biasa. Sahabat di dunia, yang sama-sama mengejar akhirat. Nilai ukhuwwah yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan itu sukar dilafaz dengan bahasa, namun dapat dirasai di jiwa…

Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri” [riwayat Bukhari & Muslim]

Tetapi, sejauh manapun kasih sayang kita itu, ia tetap akan diujiNya jua suatu hari nanti. Kerana itu, apabila kita bertemu secara zahiriyah mahupun tidak, hendaklah kita amalkan Doa Rabitah ini.. moga hati kita akan terus menerus terikat keranaNya…

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini kerana mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da’wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Perkenankanlah permintaan kami ini. Amin ya Rabbil ‘Alamin.

4 thoughts on “Sahabat Luar Biasa

  1. inni uhibbuki fillah..=)
    1st bnda yg ustaz mnta kita tulis dlm buku kwn2 time prog hr tu kan…
    ukhuwwah ini bukn ukhuwwah saja2..semua didasarkn krn rasa kebersamaan tuk ISLAM…arigatou minna=)

    kegentaran meneruskn jln ini semakin berkurngn..krn yakin..walau jatuh sekalipun, ada bnyk tgn2 yg akn sedia menyambut…iA

  2. “saya mencintaimu kerana Allah”……
    Thank you Allah atas kurniaan “sahabat luar biasa”ini^_^
    walaupun kita berjauhan tp HATI kita sentiasa bersatu …walaupun kita sedang bersedih di sini,tp ade hati2 yg sedang merasai kesedihan kita di sana….itulah hati insan2 yg sntiasa merasai kemanisan ukhuwah kerna Allah telah mengikat hati2 mereka…
    arigatou minna…kerna kini semakin krg rasa `keseorangan`yg dulunya sering menghantui diri ini=)

  3. wah wah.. sayang antunna seme. walaupon sy entah di mana skarang ni, terasa aura ukhuwwah tu.. luv u fillah🙂

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s