‘Adil

Jom tengok youtube ini. Ia adalah berkisar tentang satu kajian sosialis telah dijalankan oleh pihak ABC news terhadap diskriminasi kepada orang Islam di Amerika. Hasil kajian mereka, 13 orang telah memberontak terhadap tindakan pemuda di kaunter, 6 orang telah memberi sokongan atas pelbagai dasar, dan 22 orang tidak berbuat apa-apa tentang situasi tersebut.

Yang membuatkan saya tertarik ialah, cantiknya Islam pada mereka (non muslim) yang bertindak balas membela walaupun mangsa itu bukan seagama dengan mereka. Ini kerana mereka memahami erti ‘adil. Kita juga mungkin turut bertindak balas, alasannya kerana, mahu membela saudara seaqidah yang menjadi mangsa. Tapi bagaimana pula seandainya ia adalah seorang non muslim? Apakah kita akan turut sama mempertahankannya atau sebaliknya mendiamkan diri?

Firman Allah SWT: “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan mereka sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampung halamanmu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu” [Surah Al-mumtahanah (Menguji), 60:8-9]


Sebagaimana yang kita tahu, konsep keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Ia adalah universal. Ia tidak mengenal batasan, baik batas nasionalis, suku, etnik, bahasa, warna kulit, pelbagai status (sosial, ekonomi, politik), dan bahkan batas agama sekalipun. Keadilan Islam hanya mengenal dua batas, iaitu “kebenaran” dan “kebatilan”.

Dan firman Allah SWT lagi: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatau kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Surah An Nisaa’ (Perempuan), 4:8]

Jadi, saya ingin mengajak kita semua untuk renung kembali.

Apakah sense of human rights kita dalam menangani soal ketidakadilan? Sejauh manakah kefahaman kita tentang keadilan dalam Islam? Dan bagaimana pula kita menerapkannya dalam sikap atau akhlak kita sebagai seorang muslim? Adakah kita akan mengekspresikannya kepada sebuah tindakan dan membantu, atau cukup sekadar menunjukkan simpati? Tepuk dada, tanya iman kita🙂

Wallahua’lam.

6 thoughts on “‘Adil

  1. mashaAllah…

    Terima kasih atas perkongsian ini..
    terharu..sedih..marah..semuanya ada..
    apa tindakan kita sbg seorg muslim ya???

  2. Ya Allah ..sampai begitu skali org ingin membela saudara seislam kita..walapun masih ade segelintir yg menentang…tp ape yang kita sendiri telah buat utk saudara seislam kita??even non muslim pon leh backing kita…
    tersentuh bila lihat sampai ade yg nanges…selagi mana kita x cintakn saudara kita smcmne kita cintakn diri kita..slagi 2 lah xkn tertegaknya islam ni..sejauh manakah keusahaan kita dlm menegakkn islam??marilah same2 muhasabah kembali diri…n berusaha kearah menegakkn islam..

  3. alhamdulillah YA Allah..Kau menempatkan aku di negara yang bukan seagama denganku tapi aku tak pernah di tentang..
    dan sepatutnya aku wajib rasa betrsyukur pada MU Ya Rahman….~
    (ingatanku pada temanku Momo chan & ukida chan….nice to meet both of U)

  4. jzkk 4 sharing=)
    actually sy dh tgk video ni dkt iluvislam.com=)
    huhu…so touching…
    beginilah situasinye klu non-muslim yg tahu islam itu sendiri sbnrnye mcm mane,bknnye `terrorist`yg sering digembar-gemburkan oleh media2 barat lain…so,we need to `work` more harder so that everyone in this world will know the real n beautiful deen of islam=)
    sahabat sekalian….untuk kita berlaku adil spt mane yg dituntut oleh islam dan menegakkan deen yg syumul ini,adakah kita sudah berakhlak dgn akhlak islamiyah?(2:208)~~ask our IMAN:)
    wallahualam~~~

  5. tindakan kita sbg seorg muslim adlh kembali berpegang teguh pada ajaran Allah iaitu ISLAM e2 sndiri..jadilah islam keseluruhannya(2:208)..jgnlah diambil separuh2..yg mane suka kita amek yg mana xsuka kita x amek..laksanakn syariat yg Allah dah beri kpd kita..letak dunia ni kt tgn kita tp bukan kt hati..

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s