Q.U.D.S

Maafkan aku….

Maafkan aku Quds,
Andai aku masih lagi begitu…
Andai aku masih lagi kijang..
Andai aku masih lagi lena,
Aku masih lagi senang…lenang,
Kerana aku itu lupa…

Maafkan aku Quds,
Teman sebayaku meratah hiburan,
AF, Mencari Cinta, Malaysia Idol, Mentor…
Temanku bisa endah nggak endah,
Teman itu diberi pelali…..tiada sedar lagi,
Teman itu diulik buaian mimpi,
Dibenangi rantaian halus berduri…

Quds,
Bagaimana harus aku ceritakan,
Bagaimana harus aku sedarkan,
Bagaimana harus aku warwarkan…
Kamu kini wahai temanku,
Menyokong konco iblis laknatullah,
Kamu kini teman,
Tenggelam dek arus media massa,
Kamu kini teman,
Kian tersilap kaca atau permata,
Dirimu kini,
Halal haram sapu belaka….

Jika terusan begini Quds,
Siapakah akan membelamu Quds….
Siapakah akan bersamamu Quds…
Siapakah akan semarakkan jihad ini…


Maafkan aku al-Quds…masjidil Aqsa…
Rakyatku kini ter`reality`
Puaskan diri hiraukanmu…
Rakyatku masih menyumbang peluru itu…
McD, KFC, Starbucks,Coca-Cola, TESCO, jua NOKIA
Rakyatku kadang tahu…
Tapi mata tak sakit dipejam sebelah,
Maafkan aku al-Quds…

Al-Quds,
Usah kau gentar,
Janjiku tetap bersamamu…
Takkan ku undur walau selangkah,
Takkan ku mundur jiwa,
Takkan ku robek kesucianmu,
Takkan ku biarkan rejim durjana…

Daku kini selamanya daku bersama mereka,
Mereka yang menyinga tersentak dari lena,
Mereka yang menyedari mentari itu,
Bukannya tenggelam rupanya gerhana…

Selepas Umar al-Farouq…
Datangnya Solahuddin al-Ayuubi…
Kini…siapa pembela Masjidil Aqsa itu…
Akanku lahirkan mujahid Quds…
Pembela ummah dan agama Allah,

Maafkan aku Quds…
Yang terdaya aku kotakan…

Aku wakafkan aku,

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s