PERJALANAN HIDUP

PERJALANAN HIDUP

Aku yang masih di perjalanan hidup ini,

Begitu lama berlegar di persimpangan dunia,

Menempuh jarak dan titian,

Rimba dan lautan,

Mencari sesuatu yang abadi,


Aku yang masih di perhentian hidup ini,

Begitu jauh mengembara ke serata dunia,

Mengejar siang dan malam,

Surut dan pasang,

Mencari suatu kebebasan,

Mencari suatu kedamaian,


Di mana berakhirnya perjalananku ini,

Esok dan lusa bukan milikku,

Oh Tuhan ku…….

Lindungilah hambaMU yang hina ini,

Aku setia hanya padaMU…

Oh Tuhan ku…..

p/s: Untuk mendengar lagu, sila klik pada tajuk.

Assalamualaikum wrt. wbt everyone..

Lagu puisi diatas adalah dendangan penyanyi terkenal Ramli Sarip, kali ini saya bawakan sesuatu yang agak ringkas untuk kita fikir dan renungi bersama. “Perjalanan Hidup”, selayaknya kita yang bergelar hamba ini merenungi kembali setiap pasang dan surut kehidupan kita, ada yang manis dan ada yang pahit, Allah s.w.t menetapkan banyak jalan untuk kita dan kita memilih jalan-jalan yang terbentang itu dengan kurniaan akal yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita. Silapnya kita menggunakan sebaiknya akal itu, maka pilihan yang akan dibuat juga semestinya bukan yang terbaik. Sebaliknya, andai kita menggunakan akal dengan sebaiknya, inshaAllah ada sinar di setiap lorong jalan yang telah dipilih..gunakan akal sebaiknya, istikharah padaNYA agar diberikan jalan yang terbaik.

Disini saya bawakan satu analogi untuk kita fikirkan bersama:

Andaikan bahawa, tempat bermula sesuatu perjalanan anda adalah Kuala Lumpur dan tempat tuju anda adalah suatu tempat yang sangat banyak kebaikan dan kekal abadi tidak musnah selama-lamanya iaitu Johor dan kita andaikan bahawa negeri-negeri lain adalah negeri yang akhirnya akan musnah dan tidak memberi natijah mahupun kesudahan yang baik kepada pengunjungnya.

  • Golongan manusia yang pertama adalah mereka yang pada asalnya mengetahui hala tuju sebenarnya iaitu ke Johor, dan manusia ini mampu sampai ke destinasi yang dituju tanpa singgah kemana-mana negeri lain.
  • Golongan manusia kedua adalah, mereka yang pada asalnya mengetahui hala tuju sebenarnya iaitu ke Johor, namun manusia ini berasa penat atau mungkin bosan di tengah jalan lalu singgah sebentar di Melaka ataupun mana-mana negeri. Setelah beroleh kepuasan ataupun menyedari bahawa persinggahan mereka itu telah membuang masa mereka, lalu mereka meneruskan perjalanan ke Johor, kerana tahu itu matlamat sebenar mereka.
  • Golongan manusia ketiga adalah, mereka yang pada asalnya tahu hala tuju sebenar mereka ke Johor, namun singgah di Negeri Sembilan atau mana-mana negeri lalu terus leka di tempat tersebut dan membuatkan mereka lupa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar, dan selama-lamanya tidak sampai ke Johor.
  • Golongan manusia keempat,adalah mereka yang langsung tidak tahu hala tuju sebenar mereka, dan memulakan saja perjalanan dari Kuala Lumpur kemana-mana destinasi yang mereka mahu, dan di tengah perjalanan itu, mereka menyedari bahawa ada satu destinasi yang wajib mereka tujui, dan akhirnya sedar bahawa mereka perlu ke Johor dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Johor.
  • Golongan manusia kelima, adalah mereka yang tidak pernah tahu hala tuju sebenar, dan terus sesat tanpa arah tujuan, singgah kemana-mana negeri yang mereka suka dan ia tidak sampai ke destinasi sebanar iaitu Johor untuk selama-lamanya.

Anda boleh menyimpulkan analogi ini dengan berbagai-bagai kesimpulan yang anda buat sendiri. Dan andaikan andalah manusia-manusia yang berada di dalam perjalanan itu..muhasabah kembali, anda menyerupai golongan yang mana satu? Sudahkah anda mengetahui hala tuju sebenar perjalanan hidup anda, masih mencari atau tidak pernah langsung terfikir tentangnya?

Allah s.w.t telah mencipta manusia sesuai dengan fitrahnya. Allah s.w.t tidak menciptakan kita saja-saja, hidup di dunia hanya untuk menikmati kesenangan dunia, berlumba-lumba mencipta nama, hidup tanpa arah tujuan. Allah s.w.t telah membekalkan kita dengan akal, hati dan juga jasad..dan semua yang telah dibekalkan kepada kita ini haruslah digunakan sebaiknya..guna untuk mencari jalan yang benar. Kita tidak punya masa yang banyak untuk singgah di mana-mana destinasi yang tiada manfaat..kerana belum tentu esok itu jadi milik kita malah kita tidak pernah tahu adakah udara di sekeliling kita masih sempat dihirup walaupun sesaat lagi.

“PILIHAN DI TANGAN ANDA!”

Dan sungguh akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.

(Al-A`raf 7:179)

6 thoughts on “PERJALANAN HIDUP

  1. nice post! suke2🙂 saya rasa saya gol.keempat, tp lepas tu tetiba boley jadi gol.kedua plak. hehe. harap lepas ni.. da tade singgah2, tak byk masa pun nak singgah2. jom2, kte pegi “johor” same2, naek densha ke, aa shinkan laju sket, sambil2 tu kte saling tazkirah sambil makan kopok lekor🙂

  2. suke bgt post nih:)
    jzkk penulis…penulis gol.mane satu er..hehe=)
    nk berkongsi sesuatu..xtaula lari tjuk ke tak..huhu

    “Menurut al-Khalil ibn Ahmad al-Farahidi,ada 4 jenis manusia iaitu:
    1.Manusia yang tahu,tetapi tidak tahu bahawa dia tahu,itulah orang yang lalai.Oleh itu,berilah mereka peringatan.
    2.Manusia yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tahu.Itulah orang yang bodoh dan degil.Oleh itu,tinggalkanlah mereka.
    3.Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.Itulah orang yang jahil.Oleh itu,ajarkanlah mereka.
    4.Manusia yang tahu dan tahu bahawa dia tahu.Itulah orang yang berilmu.Oleh itu,ikutilah mereka.”

  3. salam..

    rayyan: jom2 makan kopok leko naik densya ke johor..kalo nmpak saya tersinggah mana2 destinasi xbest..ingtkan saya..:)

    suriana: waiyyaki..:)

    humaira:gol mana satu ek..hehe..himitsu desu..uhuk2..moga Allah jaga dan pelihara kita dalam perjalanan ini..try rujuk hadith 4 dari hadith 40..btw, bagus perkongsian tu..penah dengar juga..tapi time menulis hari tu xjumpa pula..jazakillah atas perkongsian..:)

    saya rindu semua..bila bole jumpa lagi ek??

  4. salam…ila ukhtie,wan fatin zaharah..
    terharu ana m’bc blog enti…smoga terus dberi kekuatan utk mnghadapi hr2 m’dtg
    ….minni-wan nurhidayah ex-5SC1 2003 maahad muhammadi p

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s