NAOMI

“Naomi San, matteyo!!”

jerit dua orang gadis melayu yang berbaju kurung itu serentak sambil berlari-lari anak. Kain baju kurung mereka ditarik sedikit ke atas bagi memudahkan mereka melolos ke dalam sesak orang ramai di Nagoya Eki. Gadis yang tinggi lampai dan berkulit kuning langsat bernama Naomi itu berpaling,

“Ish korang niii.. saja nak buat ana glamer kat eki ni…” Kedua temannya itu sudah tersenyum nakal.

Mereka bertiga sebenarnya baru pulang dari usrah syuugou di Nagoya. Sebelum ke eki, mereka sempat mochikaeri kebab di sebuah kedai kebab halal berhampiran dengan Masjid Nagoya. Sudah lama mereka mengidam mahu makan kebab, tetapi disebabkan tiada alasan untuk mereka ke Nagoya serta malas mahu turun naik densha ke Nagoya, mereka simpankan saja hajat itu dulu sehingga hari yang sesuai.

Anti yang jalan bersepah Naomi.. laju mengalahkan shinkansen. Tak sempat kitorang nak kejar tau. Dah lah pakai baju kurung ni” ngomel Ruziana. “Hehe… Gomenne.. ana takut kita terlepas densha. Nasib baik sempat” balas Naomi. “Tu la.. nak buat camne kan… hari ni hari Ahad… memang la orang ramai” balas Munirah menyedapkan suasana. Mereka bertiga pun melangkah masuk ke dalam densha yang menuju ke Gifu. “Alhamdulillah.. ade aircond” Naomi tersenyum. “Natsu-natsu macam ni memang rasa nikmat sangat aircond.” Munirah menokok. Ini belum berada di kawasan Gifu, wilayah terpanas direkodkan tahun lepas, panasnya telah menyebabkan beberapa kematian. Tempat tinggal mereka di Gifu itu memang terkenal dengan mushitasunya di Nihon ni. Disebabkan orang ramai menyesak di dalam densha, mereka bertiga terpaksa berdiri sepanjang perjalanan selama tiga puluh minit itu.

“Cuba tengok budak tu…comelnyee” Naomi menunjuk ke arah seorang budak berbaju yukata. Mau menuju ke tempat hanabi agaknya. “A ah..comel la… Geram. Rasa nak cubit-cubit pipi die je.” kata Ruziana sambil mengacah-acah ke arah budak itu. “Kalau ana ada anak, mesti best kalau dapat comel camtu.” sambungnya sambil berangan-angan. “Lagi best kalau ada nama Jepun macam anti tau… Naomi Insyirah. Glemer sket” balas Munirah lalu tersenyum menampakkan baris giginya yang cantik.

NAOMI INSYIRAH

Naomi Insyirah?

Bertuah badan la dia ada nama kombinasi jepun macam tu. Selalunya orang Jepun sendiri pun akan keliru dengannya. Nama je bunyi Jepun tapi wajahnya langsung wajah melayu. Bila diperkenalkan diri “Naomi desu. Yoroshiku Onegaishimasu” mesti dijawab dengan pertanyaan “heee..? nihon jin desuka?” Perkara itu sudah biasa sangat bagi Naomi.

Pernah satu ketika, Naomi bertanya pada ibunya tentang asal-usul namanya, sedangkan tiada langsung ahli keluarganya yang berbangsa Jepun. Sejak kecil, Naomi sudah pelik dengan namanya dan dia bertambah pelik dan geram apabila asyik diejek oleh teman-temannya. “perasan nak jadi orang jepun lah tu”, “eh kau ni orang ape ha? orang islam takde nama macam tu la”, dan macam-macam lagi. Setelah ditanya Naomi berkali-kali, barulah ibunya mahu membuka cerita.

Kata ibunya, “Dulu semasa ayah kamu meninggal. Ibu tengah mengandungkan kamu tiga bulan. Abang kamu masa tu berumur dua tahun. Lepas je ayah kamu meninggal, datuk saudara kamu tu mahukan sangat harta ayah kamu. Dihalaunya ibu… Ibu kan tak bekerja masa tu, mana la ibu nak bawa perut yang makin membesar dan abang kamu tu? Hampir sebulan ibu merayau-rayau di sekitar KL, makan pun ikut rezeki yang Allah kasi untuk hari tu.

Suatu hari.. ada wanita Jepun dalam lingkungan 50-an datang menghulurkan wang kepada ibu. Masa tu, ibu duduk berehat di tepi jalan. Dia kesiankan ibu agaknya. Bukan niat ibu untuk meminta sedekah Naomi… jadi ibu menolak wangnya. Terus dia bertanya ibu ni dari mana, buat apa kat tepi jalan. Mungkin dia kesian tengok ibu comot… baju compang camping. Orang Jepun itu pandai berbahasa Inggeris, jadi bolehlah ibu menjawab sikit2 dengannya. Lepas saja ibu cerita kisah sebenar kat dia, dia terus bawa ibu ke rumah dia.

Rupanya dia sakit breast cancer dan menetap di KL semata-mata mahu mencari ketenangan. Dia beritahu yang dia boleh hidup untuk dua bulan je lagi. Kesian dia… Sudah lah tak berkahwin.. tiada anak. Ibu dan ayahnya pula mati dalam kemalangan kapal terbang… nama perempuan Jepun itu Naomi. Ibu ingat lagi Naomi tu, sangat baik hati orangnya.

NAOMI MENGENALI ISLAM

Nak dijadikan cerita, ibu diajak tinggal di rumahnya, dia mula pelik melihat ibu solat dan mengaji Quran hari-hari. Sedangkan tak ada orang yang memerhati, bagaimana ibu boleh istiqamah buat semua itu? Dia banyak bertanya kat ibu. Kamu sembah apa? Kenapa kena sembahnya hari-hari? dan macam-macam lagi. Lama-kelamaan ibu mengajarnya tentang Allah, Islam, solat dll. Naomi san ni rajin orangnya, alhamdulillah dia sentiasa mahu mempelajari islam. Bila dia makin sayang pada islam, dia wasiatkan wang nya yang berpuluh-puluh ribu tu pada anak yatim dan masjid. Ibu sungguh kagum dengan dia. Ibu pernah beritahu dia bahawa Islamnya lebih baik dari orang muslim kita sendiri. Dan ibu mahukan anak yang bakal dilahirkan nanti.. diberi nama Naomi. Ibu harap anak ibu boleh jadi sebaik Naomi san. Ibu sangat bersyukur sebab Naomi meninggal selepas mengucap syahadah. Yang paling ibu tak sangka, dia wasiatkan rumah yang kamu duduk sekarang ni kepada anak yang bakal dilahirkan ibu.”

Fahamlah kini Naomi dari mana namanya diambil. Naomi ceritakan kisah hidupnya ini hanya pada sahabat baiknya sahaja. Teka teki hidupnya tentang ayah dan namanya selama ini menyebabkan Naomi menjadi seorang yang jarang tersenyum. Naomi teringin mengetahui bagaimana Naomi San, orang jepun itu, boleh jadi sebaik itu walaupun dia bukan muslim pada asalnya. Naomi mahu mengenali Islam yang telah merubah wanita yang baik hati itu.

Kerana perasaan ingin tahu tentang Islam yang amat kuat lah, mengenalkan dia pada usrah, daurah, ta’lim dll. Dari situ, dia belajar bahawa Islam adalah sifat universal yang dimiliki oleh semua benda. Matahari itu muslim, kegelapan itu muslim, pokok itu muslim. Muslim tidak terbatas oleh nama Islam sahaja.

Cantiknya Islam sehingga Naomi memilih jalan ini. Jalan yang telah mengubah hidupnya. Jalan sama yang telah mengubah Naomi San. Juga jalan yang telah mengubah hidup kawan-kawannya. Jika dulu, Ruziana kawannya itu tak habis-habis dengan hey hey, you you lagu kegemaran Avril Lavigne dia itu, kini Ruziana sentiasa asyik dengan zikir dalam ipod nya. Munirah juga dulu sering bermake up dan sentiasa kelihatan ‘vogue’ ke sana ke mari, dan dia sekarang sudah berpakaian sederhana sekadarnya. Dia sendiri suka layan banggumi yang lagha sebelum ini, kini dia telah memanfaatkan segala masa yang ada hanya untuk akhiratnya. Cantiknya Islam yang mereka kenali itu… sehingga memutikkan akhlak isslamiyyah dan mencambahkan ukhuwah sesama mereka.

Tinggal di negara pemerintahan kafir ini, menuntut kesabaran dan kethabatan mereka terhadap Islam. Jika lemah iman, mudah saja mereka terjerumus ke kancah maksiat dan dosa besar. Naomi mengambil iktibar dari kisah kawan-kawannya di tempat lain. Ada yang menghabis wang yang banyak dengan pachinko, kereta, malah ada yang mencuba air haram itu! nauzubillah. Ada juga kawannya yang menjadi hamba kepada fesyen jepun… sehingga berani memakai mini skirt dll. Naomi apabila bersembang dengan kawan-kawannya, baik bersama Munirah atau Ruziana tentang perkara ini, dia kerapkali pasti akan mengalirkan air mata teringatkan kawan-kawannya itu. Sudahlah mereka tinggal sangat berjauhan… Kadang-kala mereka berbincang juga bagaimana mahu menyelamatkan kawan mereka yang lain-lain itu dari bencana jahiliyah.

KAMI JUGA MANGSA TERRORIST

“Adoi!” tiba-tiba Ruziana menjerit. Naomi tersentak dari lamunannya. Seorang wanita bersama anak lelakinya merempuh Ruziana. Tanpa menyatakan gomennasai, kedua-duanya terus berlalu. Anak lelaki itu sempat berpaling pada mereka bertiga seraya menjelir lidah dan menarik matanya “Obake san!”.

Tergamam mereka bertiga. “Ish ish ishhh.. suka hati dia je kata kite obake” balas Ruziana beberapa saat kemudian. Naomi menjawab “Dia tak pernah tengok obake cun macam kita kott..” mereka bertiga ketawa.

“Nasib baik kita tak pakai niqab, kalau tak dia kata kite ni lagi teruk kot” kata Munirah sambil mengenyit mata. “A ah la. Baru ana teringat cerita anti lah Naomi. Ade ke buat benda pelik-pelik camtu, mesti orang dah kate anti ninja.” Ruziana tersenyum nakal. “Ada ke malam2 lilit tudung, konon2 nak merasa pakai niqab. Kelakar la anti ni Naomi. Nasib baik kite di Jepun… takde orang kisah kita nak buat apa” tokok Ruziana lagi. “Seronok tau try buat benda-benda ni. Ana kagum orang yang pakai niqab ni. seriuss.. semput ana nak bernafas guna niqab tu tau. Kalau kat Malaysia, mana ade peluang buat kerja gila-gila camni.” jawab Naomi, geli hati kawan-kawannya dengan tindakan rahsia dia tu. Benda-benda macam ni, mana boleh ajak diorang, kang kecoh-kecoh lak, fikir Naomi. Walaupun Naomi tak secantik Munirah sehingga wajar memakai niqab, tapi Naomi ingin benar tahu bagaimana rasanya apabila memakai niqab.

Di Jepun, maklumat tentang orang islam tertutup dan terbatas kepada sumber dari US sahaja. Kerana itu, orang Jepun selalu salah faham pasal Islam dan orang islam seperti mereka. Orang Islam dianggap terrorist. Sehinggakan terdapat kain rentang yang sangat besar di Nagoya eki, terpampang mengecam tindakan terrorist, dan sorotan mata mereka selalunya seolah-olah mengeji wanita bertudung seperti mereka bertiga. Naomi terkilan dengan sikap tertutup mereka itu. Yang agak berfikiran terbuka, hanyalah mereka yang pernah melancong ke negara-negara islam. Namun Naomi tak menyalahkan mereka, tindakan segelintir umat Islam yang mengambil jalan keganasan telah mengubah persepsi seluruh dunia terhadap Islam. Kini menjadi tanggungjawab umat Islam untuk membersihkan fitnah-fitnah yang menghalang non muslim dari mengenali Islam yang sebenar. Naomi sekadar berdoa yang terbaik untuk semua.

NILAI TIGA MINIT

Setibanya mereka di Gifu Eki, Ruziana mengajak kawan2nya ke galeri di eki, ade pameran lukisan katanya. Naomi juga sukakan lukisan, ditelitinya satu persatu lukisan di situ… Takehashi Natsumi (chuu 1)… Hibino Kotaro (chuu 2).. wahh, muda benar mereka ni, bisik Naomi perlahan. “Sosne.. wakaiyann… opocot” Ruziana melatah. Naomi dan Munirah berpaling pada Ruziana, Ruziana terlanggar seorang lelaki tua yang sedang bersandar di satu sudut, lelaki itu berpakaian compang camping, comot sangat-sangat. Mereka tunduk dan mengucapkan Gomennasai lalu berlalu dari situ. Selepas puas, mereka bertiga keluar dari eki. Namun fikiran Naomi masih melayang teringatkan pakcik tadi.. kesiannya dia. Pakcik tu dari mana? bukannya senang nak jumpa orang macam tu di bandar kecil macam Gifu ni. Mesti dia lapar… dah lah kat tangan ni ada kebab. Kalau bagi kat dia je pun tak apa.

“Kesian kan pakcik tadi. Mesti dia lapar.” tiba-tiba Munirah mencelah. Naomi gugup. Dia kini diserang rasa bersalah. Seolah-olah fikirannya diterjemah oleh Munirah.

Sesampai mereka di stesen bas yang terletak di luar eki, Naomi masih lagi termenung. Dia rasa mahu berpatah balik saja untuk menolong pakcik tadi. “Ala..kalau kau bagi kebab pun, bukannya orang Jepun makan. Nanti terbuang je… Menbazir je kebab kau… Lagi satu, mane sempat… bas kan dah nak datang” ada bisikan yang menghalang di situ. Naomi melihat jamnya.

Ada tiga minit lagi sebelum bas sampai. “Naomi.. tiga minit tu boleh mengubah hidup pakcik tu selama-lamanya. sama la macam hidup kau… kalau dalam masa tiga minit itu dulu, Naomi san tu tak tolong ibu kau… mesti kau tak hidup senang macam sekarang” ada suara menasihatinya. “Tapi.. dah tak sempat! bas sikit lagi je nak sampai.” Naomi mengintai-intai bas yang dikatakan akan tiba tu. “Ala!! kau kan boleh je beli apa-apa kat kombini depan pintu eki tadi tu. Tak semestinya bagi kebab… tak payah fikir membazir! bas tu tak yah risaulah.. sempat je!”.

Tanpa teragak-agak lagi, dia mengangkat kaki, berlari meninggalkan kawan2nya tanpa pesan. Dia ke kombini di pintu masuk eki, dibelinya dua botol air mineral, dan sebungkus onigiri. Setelah membayar, dia cepat-cepat ke tempat pakcik tadi. Dilihatnya pakcik tu tidur terduduk, sambil menekan perutnya lagak kelaparan. Kesiannya.. Tak sampai hati pula nak kejut, tapi takpelah…

Ojiisan, ojiisan.. douzo” ramah Naomi menegur perlahan sambil menghulur sebiji onigiri dan sebotol air mineral. Pakcik itu membuka perlahan matanya sambil tersenyum, “arigatoune..” ada mata yang bersinar dan berkaca di situ. “Iie-iie” balas Naomi, sambil berlari mengejar basnya. Dia sempat berpaling sekali lagi ke arah pakcik itu dan melambai-lambai tangannya. Tanpa disedari, Naomi tersenyum. Ya Allah…Senyuman paling manis yang pernah dirasai Naomi seumur hidupnya.

Sekembali ke stesyen bas, kawan-kawannya telah masuk ke dalam bas. Naomi terkocoh-kocoh mengejar. “Wahai Cik Naomi insyirah. Anti menghilang ke mana ha?” Ruziana melagak marah-marah. Naomi tersengih. “Pergi beli air.. mesti korang dahaga kan” kata Naomi sambil mengunjukkan sebotol air mineral. Terdiam mereka berdua.

Setelah Naomi mengambil tempat duduknya, Naomi melihat ke luar tingkap bas. Cantiknya hanabi malam ini…

Ibu.. ibu.. Naomi mahu menjadi muslim yang baik. Naomi mahu menjadi Naomi terbaik untuk ibu. Ibu doakan Naomi ye… bisik Naomi dalam hati.

————————————————————————————

*cerpen ini ditulis berdasarkan waqi’ pelajar di Jepun sekarang ini. Realiti orang Jepun terhadap muslim tak seteruk digambarkan sebenarnya. Ini cuma contoh kecil yg kebetulan berlaku di beberapa tempat, juga pada masa tertentu. Homeless hanya terdapat di bandar megapolis dan bandar2 besar. Berdasarkan pengalaman penulis, homeless di Jepun tidak meminta sedekah. Pengangkutan awam yg utama di sini adalah densha, dan ia sangat menepati masa. Pada musim panas terdapat pertunjukan hanabi. Gambar-gambar di atas sekadar hiasan. Rujukan bahasa Jepun boleh dilihat di ruangan komen. Sebarang pertanyaan tentang kehidupan pelajar Malaysia di Jepun boleh dibuat di ruang komen. Jazakumullah khairan kathira.

11 thoughts on “NAOMI

  1. ~san: digunakan untuk panggilan nama
    matteyo: tunggu sekejap
    eki: stesyen keretapi
    ana: saya
    syuugou: perhimpunan
    mochikaeri: take out
    densha: keretapi
    anti: awak (perempuan)
    natsu: musim panas
    mushiatsu: cuaca panas & lembap yang tak menyelesakan
    shinkansen: bullet train
    gomenne: maaf ye
    hanabi: bunga api
    Yoroshiku onegaishimasu: sila beri tunjuk ajar (biasanya selepas memperkenalkan diri)
    hee..?: respon apabila pelik akan sesuatu

  2. nihon jin: orang jepun
    banggumi: tv show
    lagha: melekakan
    thabat: kekal dan tetap
    pachinko: mesin slingshot (judi)
    gomennasai: minta maaf
    obake: hantu
    niqab: purdah
    sosne: ye la kan
    wakaiyann: tak ke muda.. (~yann: dialek gifu/kansai)
    kombini: convenience store
    onigiri: nasi kepal berbentuk tiga segi
    ojiisan: atuk
    douzo: silakan

  3. arigatoune: terima kasih ye
    iie-iie: takpe-takpe
    fitnah: sesuatu yg menghalang sifat asal
    waqi’:realiti semasa
    usrah: sekeluarga kecil yang ingin mempelajari Islam, yg saling kenal-mengenali, faham-memahami dan bantu-membantu

  4. wah2..
    thanks 4 the translations..

    saya rindu suasana tarbiyyah di jepun..
    rindu antum sume..
    rindu usrah..
    rindu segala2 nya..
    walaupun baru 5hari pulang ke malaysia..hukhuk

    inshaAllah kita jumpa di jaulah Borneo nnt..;)

  5. masya-Allah..Semoga kalian thabat atas jalan ini.. cabaran dan rintangan di negara kafir lebih hebat dan susah, membuatkan antunna lebih menghargai dan berusaha untuk mendalami Islam di sana. harap kita dapat bertaaruf dan berukhuwwah walaupun tak pernah mengenali.. (Irbid,Jordan)–(^^,)

  6. Subhanallah indah sungguh cerpen ini. Teruskan usaha dakwah di bumi sakura insyaAllah. Semoga lebih ramai srikandi seindah naomi Insyirah akan lahir.πŸ™‚

    Minta izin untuk kidnap link blog ini ye. jzkk

  7. hehe..kebetulan tengah pregnant dan tercari2 nama yg mula dengan huruf I, N ataupun both..
    Naomi Insyirah sedap sangat..rase mcm nak bagi anak nama ni kalau girl..boleh ke?πŸ˜€

  8. rufaiyda n nebula: inshaAllah bertemu di kesempatan yang bakal dikurniakanNya..aminn

    Aqilah: Terima kasih sudi melawat blog kami..:)

    nad: Terima kasih sudi melawat blog kami..:)
    Sila2..semoga baby yang bakal lahir akan seindah naomi
    Insyirah

  9. subhanallah,seronoknya ada usrah walaupun di jepun..tahniah krn menghidupkan suasana itu di sana..suka ana membaca kisah berkenaan purdah..untuk pengeahuan saudari, ada sesetengah kolej di m’sia yang masih lg considered utk studentnya berpurdah,alhamdulillah..

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s