Semarak Ramadhan 2008

Ramadhan yang dinanti telah tiba!

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya Rasulullah saw. bersabda:

‘Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan.

Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.’ (HR Muslim)

Assalamualaikum,

Ramadhan kareem. Alhamdulillah, kita kini sedang melalui fasa madrasah Ramadhan yang dirindui. Moga kita dapat berlumba-lumba mengoptimakan amal fardhi kita sepanjang bulan penuh barakah ini. Kami pihak Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) akan menganjurkan satu program umum Semarak Ramadhan 2008. Kami dengan berbesar hati menjemput semua akhawat yang berada di bumi Jepun untuk sama-sama memeriahkan program yang bertempat dan bertarikh seperti di bawah.

Tempat     : Shibaura Kougyou Daigaku
Eki           : Higashi Oomiya
Tarikh       : Ahad , 7 Ramadhan 1429 H bersamaan 7 September 2008 M

Untuk informasi semua, di bawah disertakan tentatif ringkas program.

1530Ketibaan peserta

1630 Solat Asar

1700Pengisian

1815Berbuka Ringan

Solat Maghrib

Makan malam

1930Solat Isyak

Terawih

Pengisian

2030Tamat

Oleh kerana program berakhir malam, bagi yang ingin hadir tetapi dikhuatiri tidak dapat pulang ke rumah kerana jauh dsb, sila hubungi Ayzan 080-3019-2744. Mungkin boleh diaturkan untuk tidur di mana-mana rumah akhawat atau masjid.

Diharapkan dapat memberi konfirmasi kehadiran Sabtu 6 sept/6 Ramadhan atau secepat mungkin utk makanan dan pengangkutan ke tempat program.

Wassalamualaikum.

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s