Perutusan Eidulfitri

Assalamualaikum Wbt.

Salam lebaran buat semua umat Islam di Jepun khususnya dan amnya untuk seluruh umat Islam dimana saja saudara berada. Sempena kedatangan Syawal tahun ini, dibawah ini adalah perutusan Eidulfitri dari AMIR sebagai peringatan dan pedoman kita bersama.

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) rabbul ‘alamin (Tuhan yang mencipta dan memelihara seluruh alam). Selawat kepada junjungan rasul, Muhammad, yang mulia dan kepada keluarga serta sahabat baginda, generasi pertama para pejuang agama ini, yang mewariskan petunjuknya kepada kita umat manusia dan seluruh alam.

Sesungguhnya tarbiyah yang terbaik hanyalah yang datang dari Tuhanmu.

Selamat graduasi saya ucapkan kepada seluruh umat islam di Jepun khususnya dan umumnya di seluruh pelusuk dunia. Yang telah menyempurkan ibadah puasa dan menjalani aktiviti men’recharge’ diri. Mungkin ramai orang yang diberi kesempatan untuk mendaftarkan diri dan hadir ke kem tarbiyah ini. Tetapi, tidak semua orang diberikan peluang olehNya melalui untuk kem ini dengan memperoleh kebaikan di dalamnya. Sesungguhnya anda telah berjaya (Almukminun, : 1) Apapun kebaikan yang kita perolehi dari bulan yang penuh berkah ini, adalah dengan izinNya dan janganlah sekali-kali kita merasa bangga dengan tindakan, amalan, dan ibadah kita yang sedikit itu. Sesungguhnya ini hanyalah merupakan satu dari persinggahan (seperti kem musim panas) dalam pendidikan kita yang panjang. Banyak lagi yang perlu kita harungi dalam membebani tugas yang mulia ini.

Sesungguhnya ibadah (solat, puasa, menghayati al-Quran, bersedekah dan sebagainya) itu adalah merupakan bekal. Bekal buat ujian yang saban hari menjenguk kita. Bekal buat perjuangan yang berpanjangan. Tiadalah ibadah itu melainkan untuk mengisi api perjuangan yang makin kehabisan minyaknya. Untuk menjahit layar-layar kapal yang koyak di tengah-tengah pelayarannya. Semoga api dakwah dapat terus kita nyalakan. Semoga pelayaran dapat kita teruskan di lautan dunia yang bergelora ini.

Amal ibadah perlulah diselarikan dengan perjuangan. Kita tidak mengisi minyak melainkan untuk menyalakan api, tidak pula menjahit layar melainkan untuk meneruskan perjalanan. Kita bukannya semata-mata ‘abid, tetapi juga singa-singa Allah yang sentiasa menjaga agamaNya.

“Janganlah pula amal ibadah yang agong ini kau rosakkan!!” jangan kau rosakkan dengan maksiat di bulan Syawal. Ramadhan adalah stesen untuk mengambil bekal, buat perjalanan setahun. Sampai kau tiba pula ke stesen Ramadhan yang seterusnya, ketika itu kau sangat merasa dahaga dan tibalah masanya untuk mengambil bekal semula.

Selamat meraikan hari graduasi kita dari kem tarbiyah ramadhan kali ini. Akhir kata saya akhiri dengan sebuah hadith diriwayatkan oleh Sufyan bin Abdullah (radhiAllahu ‘anhu)

Aku berkata kepada Rasulullah “Katakan kepadaku sesuatu tentang Islam, yang aku tak akan bertanya tentangnya lagi selepas itu.” Rasulullah menjawab “Katakan aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”

Hadith riwayat Imam Muslim

Link: AMIR

One thought on “Perutusan Eidulfitri

  1. alhamdulillah..tahniah kepada y dpt sotsugyou dr kem ni dgn jayanya. semoga dpt berjumpa lg bln mulia ni thn depan…
    kte gnkan minyak utk menggerakkan enjin badan dan otak kte.ayuh kte bekerja utk Islam!!!Allahuakbar!!

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s