GHURABA(Part I)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula dalam keadaan dagang,ia akan kembali dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan islam ketika ia dagang.”-hadith riwayat Muslim

Ghuraba didalam bahasa arab bermaksud dagang yakni asing. Rasulullah S.A.W telah bersabda menyatakan bahawa Islam itu bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Bermula dengan dagang ini dapat digambarkan melalui sejarah penyebaran awal agama Islam di Kota Makkah oleh Rasulullah S.A.W. Dimana pada ketika itu, Islam sangat asing di mata penduduk Makkah dan merupakan satu ancaman kepada ritual asal mereka iaitu menyembah berhala.

Rasulullah S.A.W telah menyebarkan dakwahnya secara meluas, membentuk “core group” yang mantap, terdiri daripada para sahabat yang sangat dalam keimanan terhadap Allah S.W.T dan setia terhadap Rasulullah S.A.W. Islam berkembang dengan pesatnya, dari terbentuknya negara Islam pertama yakni Madinah, kejayaan demi kejayaan dikecapi umat Islam. KITA digentari musuh, disetiap ceruk, laungan keagungan dan kehebatan Islam itu berkumandang .

Lembaran sirah membuktikan pemerintahan Islam diterima pakai oleh semua tidak kira umat Islam mahupun yang bukan Islam. Dalam perjuangan Khalifah Abu Bakar menawan wilayah Byzantine misalnya, penganut agama Kristian pada masa itu lebih rela dan merasa selamat sekiranya mereka dinaungi oleh pemerintahan Islam. Mereka menyambut tentera Islam dengan senang hati, dan menganggap orang-orang Islam sebagai pihak yang dapat melindungi kepentingan mereka berbanding pemerintahan sebelumnya.

Nah! lihat sahabatku, pendukung agama Islam terdahulu telah membuktikan kejayaan Islam, sehinggakan orang bukan Islam sendiri meyakini pemerintahan ini mampu menjamin kemaslahatan hidup mereka. Islam dijulang seantero dunia, selepas kewafatan Rasulullah SAW pada tahun 633M, perjuangan menegakkan agama Islam diteruskan oleh para sahabat, bermula dengan pemerintahan oleh Khulafa` Ar- Rasyideen, Tamadun Umayyah, Abbasiyah dan seterusnya Uthmaniyyah.

Namun, selepas kejayaan demi kejayaan dikecapi, umat Islam mula dihinggapi kelalaian. Cintakan dunia dan lebih mementingkan harta kekayaan ditambah dengan usaha-usaha menjatuhkan tamadun agung ini oleh musuh-musuh Islam yang senantiasa mencari peluang untuk menjauhkan umat Islam dari asas panduan hidup mereka, yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

Lalu sistem khalifah akhirnya jatuh pada tahun 1924 di tangan Mustafa Kamal Attartuk! Disinilah bermulanya bibit-bibit kembalinya Islam kepada keadaan dagang.

“Kembali dagang” dapat digambarkan melalui kehidupan masa kini yang dilalui oleh penganut Islam itu sendiri. Di mana, Islam tidak lagi diamalkan secara menyeluruh, kita dikuasai oleh kuasa besar lain sehingga setiap sistem Islam tidak lagi dipraktikkan dalam manhaj kehidupan umat Islam.

Islam dilihat asing, sesiapa yang mengamalkan ajaran Islam dianggap kolot, undang-undang Islam dilihat sebagai undang-undang yang tidak praktikal untuk diamalkan .Islam dilihat sebagai agama yang menyekat penganutnya daripada maju dalam apa-apa bidang sekalipun. Malah sesiapa yang mengajak kepada Islam juga dipandang pelik.

Mudahnya, kita kaitkan sendiri dengan apa yang dimaksudkan “dagang” ini dalam kehidupan kita sebagai pelajar muslim di bumi yang rata-ratanya tidak mengenal Tuhan ini. (Jepun khasnya)

Anda dipandang pelik, hanya kerana anda memakai hijab. Anda dianggap pelik, kerana anda solat lima waktu sehari dan menyembah sesuatu yang tidak nampak oleh mata kasar. Anda dianggap pelik kerana anda tidak menjamah makanan kegemaran mereka dan anda dianggap pelik kerana anda menolak sama sekali apabila diajak untuk meneguk minuman kegemaran mereka.

Kenapa ini berlaku?

Kerana Islam itu asing, masih dagang di mata mereka!

Kenapa Rasulullah S.A.W menegaskan “beruntunglah mereka yang berpegang pada Islam ketika ia dagang”:

Islam itu akan kembali dagang, namun masih ada golongan yang tetap teguh berpegang padanya. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan bagi mereka yang berpegang teguh pada Islam walaupun dalam keadaan dagang, melainkan ini adalah ujian dan cubaan dari NYA, menguji sejauh mana keimanan kita terhadap NYA. Maka itu, beruntunglah mereka yang masih tetap berpegang teguh pada Islam walaupun dalam keadaannya yang dagang. Kerana balasan kebaikan untuk golongan ini pasti ada dan janji Allah SWT itu pasti!

Sesuai dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam.

(Ali-Imran3:19)

Jelaslah disini, bahawa, walaupun Islam pernah dagang dan akan kembali dagang sekalipun, agama disisi Allah hanyalah ISLAM! Tiada dua atau tiga , hanyalah ISLAM!

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.

(Ali-Imran 3:102)

Bertakwalah kepada Allah SWT tidak kira Islam itu dalam keadaan dagang maupun tidak. Dan Allah SWT menegaskan kepada kita semua agar jangan sesekali mati kecuali dalam keadaan muslim. Sudah pasti Allah SWT menjanjikan sesuatu yang hebat untuk kita atas peringatan ini.

Wahai Nabi (Muhammad)! Cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu.

(Al- Anfal, 8:64)

Sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan kitab Al-Quran. Dia melindungi orang-orang yang soleh.

(Al-A`raf, 7:196)

Bukankah Allah yang mencukupi hamba-hambaNYA? Mereka menakut-nakutimu dengan sesembahan yang selain Dia. Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk padanya.

(Az-Zumar, 39:36)

Dalil-dalil dari Al-Quran ini membuktikan Allah SWT sebagai pelindung kepada manusia yang tetap teguh berpegang pada Islam. Maka, layakkah kita sebagai hamba yang lemah lagi dhaif ini mecari pelindung selain dari Allah SWT dikala dagangnya agama ini? Janji Allah SWT tetap pasti sahabatku!

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

(At-Talaq, 65:3)

Yakinlah, Allah SWT akan melengkapi urusan hambanya yang benar-benar mengikuti ajaran RAsulullah SAW. Bertawakkallah kepada Allah SWT, berpegang teguhlah dengan agama ini dimana saja anda berada tidak kira tempat mahupun ketika.

Akhir kata, ayuh sahabatku, janganlah merelakan diri kita disamakan seperti lalang, meliuk lentok mengikut arah tiupan angin, sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Jadilah seperti batu karang di dasar lautan tetap teguh terpacak, tak terusik walau dilanda badai.Kita tidak hanya berpegang teguh pada agama ini sewaktu zaman kegemilangannya, tetapi jua ketika ianya telah kembali dagang. Berasa izzahlah menjadi pengikut Muhammad SAW sehingga akhir hayat kita. InshaAllah!

Bersambung…

6 thoughts on “GHURABA(Part I)

  1. “ya Allah, tunjukkan pada kami jalan yang lurus”

    n tambah sket lg…

    ” Ya Allah, berikan juga pada kami kekuatan untuk mengikut jalan yg lurus itu.”

    ^_^

    -nasihat itu sihat-

  2. `anda dipandang pelik kerana hanya kerana anda berhijab`—->soudesune…~

    -mencari mardhotillah di bumi asing berdagang mmbawa sesuatu y asing-
    -mmg terasing-
    -jzkk kpd penulis-

  3. jzkk ukhti… rindukan semangat dan keyakinan itu!

    “ya Muqallibal Quluub tsabbit qulluubana ‘ala diinik wa too’atik” -afwan menulis rumi.

  4. ~semoga kita senantiasa menjadi para ikhwan yg berpegung teguh pd agama itu tidak kira dlm keadaan dagang atau gemilang..yakni iSLaM…insyaAllah~

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s