Perihal Ukhuwwah

nukilan: ummu zaid

Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan di dalam usrah atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang-kenang bila kehilangannya, dengan niat menghidupkannya kembali, tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi ‘tiket’ ukhuwwah ataupun menerima ‘tiket’ ukhuwwah itu.


Apa itu ukhuwwah…

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan di antara kamu dan bertaqwalah kepada Allah …” (Al-Quran).

Maka ukhuwwah itu adalah sisterhood.. ..

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya.” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.” (Hadis)

Hassan Al-Banna menterjemahkan ukhuwwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya ‘basah’ bagi mereka yang betul-betul merasainya sahaja)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan?

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..

“Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri keranasaff segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain.” (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Perihal ukhuwwah dalam memoriku…

Ana masih ingat lagi beberapa peristiwa yang membuatkan ana rasa cukup manisnya ukhuwwah. Lebih manis dari indahnya jatuh cinta buat kali pertama…

Pada suatu ketika, dalam satu liqa’, seorang ukhti meluahkan perkara yang telah lama terbuku dihatinya. Terasa berat olehnya sehingga tidak mampu dibendungnya lagi. ‘Meluahkan’ bukanlah sesuatu yang mudah bagi ukhti. Kerana ‘nature’ nya pendiam, pemendam dan kebiasaannya dibibirnya, hanyalah senyuman yang tidak pernah lekang tersulam…
Lalu dia bersuara…

●Ya Ukhti, berat ana ingin lafazkan… Namun ana tak mahu ia terus bersarang di dada, takut ukhuwwah ini lemah kerananya… Iman ini larut dalam bisikan jahatnya..’

□’Emm… Silakan ya Ukhti, ana sedia mendengar… .’

●Yang sebenarnya, waktu di program aritu… Ana amat terasa dengan ukhti…’

□’Astaghfirullahal ‘azim….., bila ya Ukhti? Ana minta maaf.. Ana tak perasan….di mana salah ana ya ukhti?’

●’Masa tu ana memang tak cukup tangan didapur… Rasa tak tertanggung lagi… Ana sendiri tak yakin dapat uruskan makanan untuk 500 orang… Ada barang yang tiada… Ada nasi yang tak cukup masak… Ada adik-adik yang datang kelaparan, belum sempat terjamu lagi… Orang lain di dapur tiada yang tetap..keluar dan masuk…
●’ Masa tu ana memang tak tau nak buat apa… Buat sekadar yang terdaya… Ana memang sangat-sangat harapkan pada enti … Sama-sama uruskan hal-hal dapur… Tapi enti tak putus-putus risaukan adik-adik enti yang di dewan sana… Takut mereka tiada siapa yang follow up.. Kadang-kadang enti hilang ke dewan.. Di saat-saat ana sangat perlukan enti…’

□’ Astaghfirullah. .. Ana memang tak sedar … Ana memang risau betul dengan adik-adik ana… Maafkan ana… Ana lupa orang yang paling hampir dengan ana… Afwan ya ukhti…

●’Masa tu ana memang sedih sangat dengan enti…tapi sebenarnya.. Silap ana juga… Mengapa ana harus mengharapkan kebergantugan pada manusia…sedangkan Allah kan Maha Kuat.. Silap ana juga ya ukhti.. Maafkan ana..

□’Ana yang salah … Maafkan ana… Ana mengejar yang jauh, sedang yang dikendong ini hampir keciciran… ‘

●Ana pun salah juga… Afwan.. Andai terlalu lama menyimpan dalam hati ya Ukhti…’

Tatkala ukhuwwah ini diuji Allah, walau hanya sedikit, dua jiwa atau roh yang tertaut atas jalanNya yang merasa, merana dan terkesan olehnya. Selagi ia tidak diuji, manakan kita tahu sejauh mana kuatnya tautan keduanya. Kebergantungan seorang ukhti kepada seorang ukhti yang lain untuk mengemudi jalan dakwah ini tandanya perpaduan dan tidak mungkin perpaduan akan wujud tanpa kasih sayang seperti yang dinyatakan oleh Hassan Al-Banna.

Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.’

Nah, kasihilah akhawat sekalian, sebagaimana antum kasihkan mad’u-mad’u antum…
Lebihkanlah akhawat sekalian, sebagaimana antum lebih-lebihkan masa antum, wang ringgit antum buat yang lain…
Kerana tanpa kasih sayang, lekanglah perpaduan dan ukhuwwah…
Dan paling sedih, sehingga tergadainya dakwah…
Pabila ada akhawat yang seorang demi seorang futur dalam perjuangan menuju Allah ini…

384aca423326193554b0949563908871Pada suatu ketika, setelah tamat program, lalu ana bersalaman dengan seorang ukhti ni.Erat sungguh genggaman tangannya. Hangat dan kemas pelukannya pada tubuh ana…lama ..senyap..tiada sebarang ucapan mahupun suara. Seolah – olah ingin menyampaikan segala yang tersimpan di dalam hatinya. Akhirnya dia berkata..

‘Ya Ukhti, KITA belum mampu kehilangan.. . Walaupun seorang ukhti….’

Berjujuran air mata ana. Begitu tinggi pengharapan ukhti ini pada ana. Ana tahu, bukan pada ana seorang, namun semua akhawat yang hadir ketika itu, pada antunna semua…
Saat ini dakwah KITA masih goyah. Ukhuwwah kita masih lesu.Taat kita masih boleh dipersoalkan. Tadhiyah kita masih minimun.Thiqah kita masih belum sempurna…
Namun ana pasti. Setiap dari kita berusaha untuk yang terbaik. Membentuk diri menjadi individu muslimah yang terbaik…

Dalam satu situasi yang lain, seorang ukhti menjadi mas’ulah dalam sesuatu tugasan yg diberi dalam keadaan ‘ad-hoc’, tiba-tiba ‘terpaksa’ menjadi mas’ulah.
Pening ukhti ini memikirkan siapa yang ada berdekatan untuk membantunya menguruskan tugasan yang diberikan, bukan yang berdekatan saja, tetapi dalam fikirannya, Siapakah yang ada, yang apabila ukhti ini meminta bantuan, dia tiada kata dua, melainkan menyahut dengan jawapan…‘Baik! Insyaallah ana datang sekarang juga…’
Ditilik-tilik setiap nombor telefon yang ada. Namun, akhirnya nombor yang dipilih adalah Ukhti A, Ukht B, Ukthi C. Dan betul gerak hati ukhti ini.Ukhti A,B, dan C hadir memberi bantuan tanpa ada alasan yang memenatkan. Sesungguhnya ukhti ini tahu siapa yang dapat hidup bersama dengannya. Dia tahu jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan bersama dengan selain mereka. Sedangkan jika orang lain (orang biasa), jika tidak bersama kita , pasti mereka akan bersama dengan selain dari kita.

“Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.” (Hassan Al-Banna)

Nah, mari kita refleksi diri, muhasabah sanubari, berkatalah dari hati….
Andai antunna tidak bersama akhawat di sini, adakah antunna betah hidup sendiri?…

Tidak bagi ana. Ana tidak bisa hidup sendiri tanpa akhawat di sisi. Walau berat hati ini ingin berpisah, berat lagi jiwa ini yang menanggung..(apatah lagi bila ingin meluahkan).
Namun, ana sedar, ukhuwwah itu ruh-ruh dan jiwa-jiwa yang diikat dengan ikatan aqidah, ikatan yang suci.Walau jasad ini terpisah puluhan ribuan kilometer dari antunna semua, namun ruh dan jiwa kita yang sentiasa membara akan sentiasa bersama-sama tertaut di atas Jalan Ini.
Mohon pada Allah, yang terbaik dariNya, Robbul ‘Alamin…

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu

Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu

Engkaulah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a’alamin..

__,_._ukhuwah,__

*daurah:kursus/bengkel

tamrin:latihan

rehlah:berkelah

itsar:mengutamakan orang lain

ukhti:saudara perempuanku

ana:saya

enti/anti:awak perempuan

antum:awak semua(perempuan/lelaki)

akhawat:saudara-saudara perempuan

mad’u:yang diajak/yang diseru

antunna:awak semua(perempuan)

tadhiyah:pengisian

thiqah:kepercayaan

mas’ulah:ketua

afwan: maaf/sama-sama

futur:lemah semangat

2 thoughts on “Perihal Ukhuwwah

  1. di saat ana belum kenal apa itu maksud ukhuwwah, ana sentiasa rasakan ana keseorangan. Ana sentiasa buntu. Terasa tak menang tangan disini. Alhamdulillah, rahmat Allah memperkenalkan ana dengan antunna semua… Ana merasakan keberadaan antunna semua walaupun ana jauh disini..

  2. Pingback: perihal ukhwah » X-Press-See

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s