Kita yang jauh dari manual hidup

Menyoroti sejarah umat Muhammad s.a.w, bangkitnya mereka begitu gagah. Digeruni seisi dunia dengan gelaran ustaziyatul alam pada era tamadun Abbasiyah. Benarlah, kehebatan umat Islam saat itu tidak dapat dipersoalkan.

Namun akhirnya, dari satu tamadun yang sangat hebat itu, Umat Islam akhirnya jatuh, jatuh dan jatuh…kejatuhan itu sehingga kini. Kita lego-chess-set1adalah umat yang hidup di era kejatuhannya, namun kita tidak pernah sedar semua itu. Kita leka bermain dengan permainan-permainan yang disajikan dunia, sehingga tidak sedar beribu wajah sedang ketawa gembira melihat umat Muhammad s.a.w yang terus menerus dalam kealpaan.


Mengapa ini berlaku? Apa ubatnya? Dimana perlu dicari penawarnya?

JAUHNYA UMAT ISLAM DARI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH:

1. Al-Quran tidak menjadi ruh dalam hidup umat Islam, padahal seharusnya Al-Quran itu sentiasa ditadabburkan untuk kemudiannya diamalkan.

Pada Muktamar Missionaris ke V, Zummer mengatakan;

Kerja kita hari ini bukan mengkristiankan umat Islam, tetapi jauhkan mereka dari Al-Quran dan Sunnah. Jadikan mereka tidak bangga dengan Nabi Muhammad. Dan jauhkan mereka dari sejarah Islam, jadikan mereka malu mengakui keIslamannya, buatlah mereka jauh dari ulama-ulama mereka.

Cuba kita lihat tubuh umat Islam saat ini, adakah berhasil “wasiat” Zummer di kalangan generasi kita dan anak-anak Islam??

Di samping itu, yang membuatkan umat Islam terus menerus ditindas dan sangat jauh dari Al-Quran ialah perlakuan kita terhadap Al-Quran itu sendiri;

1) Mencampur adukkan antara yang hak dan yang batil.

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah2:42)

2) Beriman kepada sebahagian ayat dan ingkar kepada sebahagian yang lain.

Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat. (Al-Baqarah 2:85)

3) Menjadikan Al-Quran sesuatu yang tidak diendahkan.

Berkatalah Rasul; “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang tidak diacuhkan. (Al-Furqan: 30)

4) Menganggap Al-Quran hanya sebagai bahan hiburan

Dan kami tidak menganjurkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. (Yasin:69)

5) Memperolok-olok ayat Al- Quran dan kandungannya.

Itulah balasan atas mereka, iaitu neraka jahannam, sebab mereka kafir dan memperolok-olokkan ayat-ayat-Ku dan Rasul-Ku.   (Al-Kahfi :106)

Begitu juga halnya dengan As-Sunnah tinggalan Rasulullah s.a.w. Fungsi Rasulullah s.a.w adalah men“jambatan”i (menghubungkan) antara umat Islam denga Allah Taala, “manusia pilihan” ini berhak untuk dijadikan cermin bagi umat Islam.

Tetapi apa yang kita lihat pada tubuh ummat ini? Ternyata Rasulullah s.a.w tidak dijadikan teladan universal. Pergeseran keteledanan ini adalah akibat dominasi Barat yang sentiasa dilancarkan ke dalam tubuh umat Islam sehingga kita sebagai generasi Islam malu untuk “berbaju” sunnah Rasulullah s.a.w . Cara kita makan sampai cara berpakaian. Cara kita menikah melalui proses “couple” . Cara kita belajar Pedidikan Agama Islam di sekolah-sekolah. Cara orang-orang tua kita memandang ibadah hanya di masjid sahaja, sampai cara kita dan adik-adik kecil kita mengagungkan artis dalam kehidupan seharian.

Dan pada akhirnya terbukti juga apa yang pernah dikatakan oleh Muhammad Abduh,

“Islam itu tertutupi oleh orang-orang Islam sendiri”

Kerana umat Islam tidak bersungguh-sungguh mencintai Rasulullah s.a.w . Kerana apabila kita mencintainya, bererti kita akan sentiasa dan selalu berpegang teguh kepada perintahnya, mengikuti jejaknya dan menjauhi larangannya. Kasih dengan hati, mengikuti sunnahnya dengan sebaik-baiknya. Itulah sebagai bukti cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Dan apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka ambillah, dan apa-apa yang dilarang olehnya jauhilah..(Al-Hasyr: 7)

quranSungguh, penawar untuk umat Islam hanyalah pulang kepada Allah s.w.t dan mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w. Memahami isi Al-Quran dan mengikuti Sunnah tinggalan Rasulullah s.a.w. Dan penawar itu banyak terdapat di rak-rak buku di rumah kita, penuh debu jarang diselak. Apatah lagi untuk dibaca dan ditadabbur maksudnya. Perlu ingat, Al-Quran itu perlu dibaca dengan hati, memahami maksud setiap daripada ayat-ayatnya. Berbeza benar dengan amalan “orang kita” yang hanya menggapai Al-Quran di saat sedih semata-mata untuk mengalunkan bacaan dan merasai sedikit ketenangan dari alunan bacaan tanpa faham maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Fungsi Al-Quran tidak terhad kepada itu sahaja, tapi fungsinya jauh amat besar, Al-Quran itu manual hidup bagi Umat Islam!

Rujukan: Buku tulisan Abdurrahman Al-Mukaffi

Real vs Fake

Seorang muslimah berbeza dengan wanita-wanita biasa kerna dia memiliki konsep hidup yang jelas. Berimannya dia kepada Allah merupakan suatu matlamat, Al-Quran dan As-sunnah adalah panduan hidupnya dan akhirat itu destinasi terakhir perjalanan hidupnya.Setiap amalnya adalah kerana Penciptanya dan bukannya kerana komuniti yang menilai dirinya dari segi caranya berfesyen dan sebagainya. Yang penting jika itu yang disukai Penciptanya maka itulah yang akan dilaksanakannya. Seorang muslimah tidak akan menggayakan sesuatu pakaian misalnya, hanya kerana mementingkan pandangan komuniti atau masyarakat. Tetapi pada muslimah, pandangan Allah itu adalah sebaik-baik penilaian. Merujuk kepada video di atas, pasti kita dapat menilai siapa muslimah yang sebenarnya ? Secara peribadi, perbezaan pendapat ini berlaku adalah disebabkan kefahaman seseorang dalam memahami ad-deennya.Jika kaitannya adalah kefahaman maka puncanya tentulah kembali kepada HATI.

Dari Abu Hurairah r.a,katanya: Rasulullah sa.w bersabda,”……Taqwa itu berpunca dari sini, sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali.”-Hadith

Dari seorang wanita biasa atau wanita “bebas” kepada perubahan menjadi seorang muslimah sukar untuk dikecap sekiranya tiada pentarbiyahan yang berterusan. Maka untuk menjadi seorang muslimah atau individu muslim itu sendiri, perlunya kita untuk berada dalam sistem tarbiyah kerna dalam sistem ini seseorang itu akan berada dalam suasana yang terpelihara dan saling memberikan pengaruh yang positif serta menguatkan potensi “islah”(pembaikan). Jika dilihat kepada definisi tarbiyah itu sendiri, tarbiyah merupakan satu proses pendidikan yang mempunyai sentuhan pembinaan bersifat individu,adanya perhatian, adanya pengarahan, adanya potensi diri yang optimum serta adanya evaluasi terhadap proses dan hasil yang merangkumi hati, akal,dan jasad unuk meningkatkan potensi bagi melaksanakan khalifah dan ibadah kerana Allah s.w.t.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,” Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata,”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman,”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-baqarah:30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (Az-zariyat:56)

Wasilah tarbiyah yang paling berkesan adalah dalam manhaj keluarga atau dikenali sebagai “usrah”. Namun sistem usrah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti sistem keluarga kita sekarang iaitu sistem yang terbentuk atas pertalian darah, tetapi “usrah” yang dimaksudkan di sini adalah sistem yang terdiri daripada murabbi iaitu naqib/naqibah yang mampu mendidik mutarabbinya(anak-anak usrah) dalam biah soleh/solehah. Mengapa kita perlu berada dalam tarbiyah?

”Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galannya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”

Mungkin kebanyakan kita masih kabur dengan pentingnya tarbiyah ini. Cuba kita fahami situasi ini.

“Pernahkah anda mendengar ungkapan, “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Lucu bukan? Jika sekali dengar, kita mungkin akan tertawa. Cuba ulang sekali lagi ungkapan ini.. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Masih kurang jelas? Cuba hayati buat kali ketiga. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Bagi yang muslimah, perhatikan pergelangan tangan anda. Alhamdulillah bagi yang memakai handsock. Tapi, bagi yang tidak berkesempatan untuk memakainya, jangan khuatir. Anda tidak berdosa sama sekali. Tidak tertulis dalam mana-mana kitab kuning, ungu atau coklat atau mana-mana buku yang mengatakan berdosa bagi sesiapa yang tidak memakai handsock. Sekarang, anda merasa lega bukan? Oleh itu, sekarang pejamkan mata. Cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya apabila anda menaiki bas. Depan, belakang, kiri dan kanan semuanya manusia yang ingin menuju ke sebuah destinasi yang kita tidak tahu sama sekali. Bagi yang pantas, mungkin akan dapat tempat duduk. Malang bagi kita kerana terpaksa berdiri. Sekarang, anda tiada tempat pemegang supaya keadaan anda di dalam bas stabil dan tidak terumbang ambing mengikut arus. Cuba pandang di atas. Oh, di situ terdapat tempat pergantungan. Anda mencapainya dengan segera. Tapi, apa yang akan berlaku sekiranya pada waktu itu anda tidak memakai handsock? Pada mulanya, memang bahagian lengan anda tidak terdedah. Tapi, jika situasi itu berlaku, apa yang akan anda lakukan?? Nah, mungkin di sinilah anda akan memahami maksud ungkapan ini. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Jika masih kabur…sekarang, kita tukar ungkapan ini kepada ”tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”. Adakah anda masih kabur?

(analogi di atas dipetik dari>> http://imkhaulah.blogspot.com/)

Masih kabur? Mari kita lihat situasi kedua ini. Continue reading

One minute self-reminder

Is it almost the end of the day? 24 hours, all day long, how many percent of today, have you used for the sake of The One Who Creates you?dua_isik
Are your deeds better today then your yesterday’s?

What about tomorrow? Are you prepared? Lets us all look back on small things. To avoid doing all the bad ones, and look for Allah’s ‘redha’ in what ever that we do. =)

The Holy Prophet (S.A.W) Said:

1) Four things that make your body sick:
a) Excessive talking
b) Excessive sleeping
c) Excessive eating and
d) Excessive meeting other people

2) Four things that destroys the body:
a) Worrying
b) Sorrow (Sadness/Grief)
c) Hunger
d) Sleeping late in the night

3) Four things that dry the face & take away its happiness:
a) Lying
b) Being disrespectful / impudent (insisting on something wrong knowingly)
c) Arguing without adequate knowledge & Information.
d) Excessive immorality (doing something wrong without fear).

4) Four things that increases the wetness of face & its happiness:
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity (being kind)
d) To be helpful to others without he/she asking for that.

5) Four things that stop! the Rizqi (Sustenance):
a) Sleeping in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Namaz or Ir-regular in Prayers
c) Laziness / Idleness
d) Treachery / Dishonesty

6) Four things that bring / increase the Rizqi:
a) Staying up in the night for prayers.
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikir (Remembrance of Allah / God).

Our Prophet MUHAMMAD (S.A.W) said:

“If the people knew the reward for the ‘Zuhur’ prayer in its early time, they would race for it.
If they knew the reward for “Isha” and the ” Fajr” prayers in congregation, they would join them even if they had to crawl.
If they knew the reward for the first row, they would draw lots for it”. (Sahih AL-Bukkhari vol. 1: no.688)

The Holy Prophet (S.A.W), also said to communicate to others even if you
listen One Verse (Ayah) & this one verse will stand on the Day of Judgment for intercession.

READ THIS DUA’ FOR A BETTER LIFE, InsyaAllah.. =)

“Allahumma- inni- ala- Zik r-ika -wa Shuk-rika wa husni-ibad-atika.
Oh Allah! Help me in practicing zikr, gratefulness, and sincere servitude to you”

Every person must continuously keep practicing  DUA’,  and prayers at whatever spiritual state or level of awareness one is at, as Rasulullah s.a.w did. It will be 107_albanian_women_prayingknown more clearly in the life beyond death that nothing would have brought better income than one’s DUA’ and prayers.

May ALLAH make us realize the importance of  DUA’, appreciate it in our lifetimes as much as possible and therefore empower our “spirits . And… May ALLAH make all these easy for us and always guide us to the right path! InsyaAllah..=)

Bertafakkur Terhadap Makhluk

Pekerja di stesen keretapi mengubah landasan dan laluan keretapi, bukan mengubah dan menghalakan keretapi itu ke laluan yang dikehendaki, tetapi ia mengubahnya dengan cara mudah, iaitu dengan menggunakan “alat pengubah haluan landasan”. Dengan menarik sedikit sahaja alat itu, ia dapat mengubah haluan keretapi ke laluan lain tanpa bersusah payah.

Demikian juga hati manusia dan ma’rifatullah (ilmu mengenal Allah).

Mengenali Allah secara hakiki merupakan “alat pengubah”.

Apabila hati insan mengalami suatu perubahan dari sesuatu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan juga akan berubah.

Apabila seseorang individu itu berubah, maka ummah juga akan berubah.

Apabila engkau inginkan perubahan, maka baikilah hati manusia dengan mengenalkannya dengan Allah SWT secara hakiki.
(Dari kalam Assyahid dalam Pengajian Selasa-Durus Al-thulatha’)

Kita sangat memerlukan kepada ma’rifatullah (ilmu mengenal Allah) yang hakiki untuk membaiki hati dan mengubah keadaan agar keadaan umat seluruhnya juga berubah. Bagaimana memperoleh ma’rifatullah? Salah satu caranya dengan bertafakkur terhadap ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya di alam semesta ini, serta mentadabbur nama-nama dan sifat-sifatNya. Kebanyakan ayat Al-Quran menggesa kita agar bertafakkur.

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ

[3:190] Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

[3:191] (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Lihat saja bulatan planet bumi kita, itu pun sudah cukup besar. Pada ruang angkasa pula terdapat bintang-bintang dan planet-planet , bahkan penemuan sains terkini memberikan maklumat tentang bilangan, saiz, jarak, dan kelajuan pergerakannya yang amat menakjubkan. Akal kita sudah tidak mampu menggambarkan ukuran tersebut. Matahari besarnya 250,000,000 kali ganda lebih besar dari bumi. Di sana terdapat bintang-bintang yang berjuta-juta kali lebih besar dari matahari. Mega, Tera, Giga hingga unit apa lagikah yang mahu kita letakkan?

Semuanya beredar di atas orbit tertentu, tiada perlanggaran dan tidak tersilap. Itulah kehebatan Yang Maha Perkasa. Unit kiraan untuk jarak bintang adalah tahun cahaya. Bermakna jarak yang dilalui cahaya selama setahun. Sedangkan kelajuan cahaya adalah 300,000 km sesaat. Ahli astronomi mengatakan wujudnya bintang yang berada jauh dari kita dengan jarak ratusan juta tahun cahaya!

فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ

[56:75] Maka Aku bersumpah; demi tempat beredarnya bintang-bintang.

وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ

[56:76] Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.

Hari ini, selepas empat belas kurun turun ayat-ayat ini, barulah kita mulai mengetahui sedikit sebanyak tentang kedudukan bintang dan kehebatannya.

Apabila kita meneliti kehalusan yang tak terhingga pada sunnatullah(aturan Allah pada alam semesta) pada matahari, bumi, dan bulan dari segi jarak, kelajuan, berat, kecondongan paksi, kelajuan putarannya, semuanya membolehkan manusia hidup di bumi dengan keadaan sesuai dan membolehkan kita mengetahui bilangan tahun dan membuat hitungan. Maha suci Allah yang menjadikan segalanya dan mengaturnya dengan aturan yang bijaksana.

Setelah memerhatikan alam semesta yang terbentang luas, kita perhatikan pula alam zarah yang merupakan satu bahagian yang teramat halus dari segala jenis ciptaan Allah. Bagaimanakah ianya terbentuk dan wujudnya kelainan antara unsur-unsur dan komponen setiap zarah? Walaupun manusia bersusah payah untuk mengetahui teras sesuatu unsur, ia tidak akan mencapainya kerana ia adalah rahsia di sisi Allah semata.

وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

[51:21] dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

Di lautan luas, terkandung di dalamnya pelbagai keajaiban walaupun penemuan yang dibuat masih sedikit lantaran kekurangan peralatan moden. Telah dikatakan apa yang terdapat di lautan adalah lebih banyak daripada yang berada di daratan dari segi jenis dan bilangan.

هَذَا خَلْقُ اللَّهِ فَأَرُونِي مَاذَا خَلَقَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ بَلِ الظَّالِمُونَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

[31:11] Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.

Alam serangga juga amat menakjubkan kita, setiap serangga sekalipun amat kerdil, ia mempunyai organ dan pancaindera dengan fungsi khusus di dalam kehidupan mengikut fitrah yang Allah jadikan. Ahli sains masih lagi takjub tentang apa yang berlaku dalam komuniti setiap jenis serangga, mereka melakukan fungsi dengan cergas, terdapat sistem yang halus, tiada perselisihan tentang pengkhususan tugas antara satu sama lain, bentuk dan binaan tempat tinggal unik. Para ahli sains membuat kajian dan menemui sebanyak sepuluh ribu jenis serangga berlainan wujud pada setiap tahun dan juga ditemui lebih 30,000 jenis kumbang. Demikian juga manusia tidak mampu membuat walau seekor serangga.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ لَن يَخْلُقُوا ذُبَاباً وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِن يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئاً لَّا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

[22:73] Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.

مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

[22:74] Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Continue reading

Sense Our Soul

Membongkar Rahsia SEMALAM

Mencari Kehilangan HARI INI

SENSE OUR SOUL!

posterfuyu21

Assalamualaikum wbt,

Pembaca yang disayangi Allah sekalian,

Antara KITA dan sahabat Rasulullah S.A.W terdapat kondisi yang sama,

Allah s.w.t yang kita yakini sama,

Nabi dan kitab yang diyakini pun sama,

Namun…

Mengapa hasil yang kita perolehi jauh berbeza berbanding MEREKA??

Mahu tahu KENAPA dan BAGAIMANA,

Jom join Fuyu Gathering Zao Yamagata 2008!

Tema: SENSE OUR SOUL(女性限定)

Tarikh: 30 Disember 2008~2 Januari 2009

Tempat: Zao, Yamagata

Yuran: ¥14000+¥4500 (snowboard bagi yg berminat)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Norul Shazmira Rosidi

080-6532-6669

freakezoid@softbank.ne.jp

Borang pendaftaran: Sila Klik saya=)

p/s: Terbuka kpd akhawat (onna) shj. Penyertaan adalah terhad, rebutlah peluang selagi masih ada. Moga ia menjadi titik tolak hijrah dalam diri kita inshaAllah 🙂

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu megetahui.

(At-Taubah9:41)

Zinnirah

Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.zinnirah Keimanan yang jitu dan kesanggupan mereka mengharungi keperitan hidup telah membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam. Hingga ke hari ini Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.

tearsKemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yang mengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.

Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu, Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.

Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya. Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah.

*link nasyid zinnirah-unic