Real vs Fake

Seorang muslimah berbeza dengan wanita-wanita biasa kerna dia memiliki konsep hidup yang jelas. Berimannya dia kepada Allah merupakan suatu matlamat, Al-Quran dan As-sunnah adalah panduan hidupnya dan akhirat itu destinasi terakhir perjalanan hidupnya.Setiap amalnya adalah kerana Penciptanya dan bukannya kerana komuniti yang menilai dirinya dari segi caranya berfesyen dan sebagainya. Yang penting jika itu yang disukai Penciptanya maka itulah yang akan dilaksanakannya. Seorang muslimah tidak akan menggayakan sesuatu pakaian misalnya, hanya kerana mementingkan pandangan komuniti atau masyarakat. Tetapi pada muslimah, pandangan Allah itu adalah sebaik-baik penilaian. Merujuk kepada video di atas, pasti kita dapat menilai siapa muslimah yang sebenarnya ? Secara peribadi, perbezaan pendapat ini berlaku adalah disebabkan kefahaman seseorang dalam memahami ad-deennya.Jika kaitannya adalah kefahaman maka puncanya tentulah kembali kepada HATI.

Dari Abu Hurairah r.a,katanya: Rasulullah sa.w bersabda,”……Taqwa itu berpunca dari sini, sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali.”-Hadith

Dari seorang wanita biasa atau wanita “bebas” kepada perubahan menjadi seorang muslimah sukar untuk dikecap sekiranya tiada pentarbiyahan yang berterusan. Maka untuk menjadi seorang muslimah atau individu muslim itu sendiri, perlunya kita untuk berada dalam sistem tarbiyah kerna dalam sistem ini seseorang itu akan berada dalam suasana yang terpelihara dan saling memberikan pengaruh yang positif serta menguatkan potensi “islah”(pembaikan). Jika dilihat kepada definisi tarbiyah itu sendiri, tarbiyah merupakan satu proses pendidikan yang mempunyai sentuhan pembinaan bersifat individu,adanya perhatian, adanya pengarahan, adanya potensi diri yang optimum serta adanya evaluasi terhadap proses dan hasil yang merangkumi hati, akal,dan jasad unuk meningkatkan potensi bagi melaksanakan khalifah dan ibadah kerana Allah s.w.t.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,” Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata,”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman,”Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(Al-baqarah:30)

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (Az-zariyat:56)

Wasilah tarbiyah yang paling berkesan adalah dalam manhaj keluarga atau dikenali sebagai “usrah”. Namun sistem usrah yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti sistem keluarga kita sekarang iaitu sistem yang terbentuk atas pertalian darah, tetapi “usrah” yang dimaksudkan di sini adalah sistem yang terdiri daripada murabbi iaitu naqib/naqibah yang mampu mendidik mutarabbinya(anak-anak usrah) dalam biah soleh/solehah. Mengapa kita perlu berada dalam tarbiyah?

”Tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galannya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”

Mungkin kebanyakan kita masih kabur dengan pentingnya tarbiyah ini. Cuba kita fahami situasi ini.

“Pernahkah anda mendengar ungkapan, “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Lucu bukan? Jika sekali dengar, kita mungkin akan tertawa. Cuba ulang sekali lagi ungkapan ini.. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Masih kurang jelas? Cuba hayati buat kali ketiga. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Bagi yang muslimah, perhatikan pergelangan tangan anda. Alhamdulillah bagi yang memakai handsock. Tapi, bagi yang tidak berkesempatan untuk memakainya, jangan khuatir. Anda tidak berdosa sama sekali. Tidak tertulis dalam mana-mana kitab kuning, ungu atau coklat atau mana-mana buku yang mengatakan berdosa bagi sesiapa yang tidak memakai handsock. Sekarang, anda merasa lega bukan? Oleh itu, sekarang pejamkan mata. Cuba anda bayangkan bagaimana keadaannya apabila anda menaiki bas. Depan, belakang, kiri dan kanan semuanya manusia yang ingin menuju ke sebuah destinasi yang kita tidak tahu sama sekali. Bagi yang pantas, mungkin akan dapat tempat duduk. Malang bagi kita kerana terpaksa berdiri. Sekarang, anda tiada tempat pemegang supaya keadaan anda di dalam bas stabil dan tidak terumbang ambing mengikut arus. Cuba pandang di atas. Oh, di situ terdapat tempat pergantungan. Anda mencapainya dengan segera. Tapi, apa yang akan berlaku sekiranya pada waktu itu anda tidak memakai handsock? Pada mulanya, memang bahagian lengan anda tidak terdedah. Tapi, jika situasi itu berlaku, apa yang akan anda lakukan?? Nah, mungkin di sinilah anda akan memahami maksud ungkapan ini. “handsock bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa handsock”. Jika masih kabur…sekarang, kita tukar ungkapan ini kepada ”tarbiyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa tarbiyah”. Adakah anda masih kabur?

(analogi di atas dipetik dari>> http://imkhaulah.blogspot.com/)

Masih kabur? Mari kita lihat situasi kedua ini.

“Payung bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya tidak akan bermakna tanpa payung.” Bayangkan ketika hari yang cerah kita bercadang untuk keluar berkelah di taman misalnya. Pasti ramai yang lupa, malah tidak terfikir langsung untuk membawa payung ketika cuaca tidak menunjukkan sebarang petanda untuk hujan. Tapi, bagi yang selalu berjaga-jaga dan mengambil tindakan selamat dengan membawa payung kecil sekurang-kurangnya di dalam beg ataupun dalam kereta, anda selamat dari kebasahan. Cerah di pagi hari tidak selalunya berkekalan hingga ke petang. Allah berkuasa untuk mengubah segala-galanya. Dia berkuasa untuk menurunkan hujan tika langit cerah sekalipun. Jadi, bertempiaranlah mencari tempat berteduh bagi yang tidak membawa payung, tidakpun ada yang sanggup meredah hujan hingga kebasahan, malah hingga boleh menyebabkan demam selsema keesokan harinya. Jadi, apa salahnya kita membawa payung walau kecil sekalipun, sekurang-kurangnya kita terselamat dari kehujanan. Begitulah juga dengan tarbiyah. Walaupun kita hanya memandang enteng padanya, tapi tika “malapetaka” menimpa kita,barulah kita merasakan kepentingannya untuk sentiasa berada dalam tarbiyah. Percayalah, tidak akan rugi sekalipun seseorang yang berada dalam tarbiyah!Nah, sudahkah anda fahami maksud kata-kata ini?

Jika kita seorang yang peka dengan perkembangan semasa melihatkan perkembangan sekularisme yang bersungguh-sungguh ingin memisahkan agama dari sistem kehidupan manusia, ditambah pula melaratnya fahaman hedonisme yang telah meracuni fikiran manusia dengan menganggap keseronokan,hiburan dan kesenangan itu adalah matlamat hidup, pasti terdetik kerisauan di dalam hati memikirkan nasib generasi muslim akan datang yang mungkin salah seorangnya0781 adalah dari zuriat kita sendiri. Maka, bagi mempersiapkan generasi muslim akan datang yang soleh dan solehah, siapa lagi kalau bukan kita yang perlu berusaha membentuk diri menjadi individu muslim dan the “real muslimah”. Ibu adalah madrasah pertama untuk membentuk generasi muda, bukan guru dan bukan sesiapapun……

“Sebagaimana Kami telah mengutuskan seorang Rasul(Muhammad) dari (kalangan ) kamu, yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu, menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Kitab(Al-Quran) dan Hikmah(Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui.” (Al-baqarah:151)

*wasilah=cara

*manhaj=sistem

*biah=surrounding

*murabbi=ketua usrah/mentor

*murabbi=mentee

3 thoughts on “Real vs Fake

  1. Pingback: Kita Perlu Kembalikan Sistem Khalifah!! » X-Press-See

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s