Rintihan seorang adik

Saudaraku,

hayatilah rintihan adik ini dengan mata hati…

lihat kembali dirimu..di mana dirimu??

adakah dengan hanya menangis mendengar rintihannya…

kemudian bergembira seperti biasa??

Saudaraku,

jangan katakan dirimu hanya mampu membantu mereka dengan sekadar memboikot dan berdoa….

namun,

ada satu lagi yang dirimu mampu dan perlu lakukan sebagai tunggak usaha-usaha kecilmu itu..

AL-IMAN AL-AWWALAN!!

baikilah HATI

tanamkanlah iman yang mantap

teguhkan kembali aqidahmu..

sepertimana aqidah para sahabat, para tabiin dan para pejuang Islam..

carilah kembali benih-benih Islam yang hilang dari jiwamu..

kerna tanpanya…

kita akan terus dijadikan “bahan mainan” yahudi laknatullah!!

kerna tanpanya…

nasib ummah tidak akan berubah…

kerna tanpanya juga..

Islam tidak akan tertegak di atas muka bumi ini…

wahai jiwa-jiwa yang tidur…

bangunlah!!

bukalah matamu…

keluarkanlaah dirimu dari dunia caturan kuffar!!

tegakkanlah Islam dalam dirimu…nescaya Islam akan tertegak di atas muka bumi ini…

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”(13:11)

” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

SenSe Our Soul (Revisited)

[clearspring_widget title=”Animoto.com” wid=”46928cc51133af17″ pid=”4964932216a9772e” width=”432″ height=”260″ domain=”widgets.clearspring.com”]

Dua minggu berlalu. SENSE OUR SOUL di Yamagata masih berbara semangatnya. Terngiang-ngiang suara lantang seorang ukhti, semangat memberi tahu tujuan hidup manusia :IBADAH, KHALIFAH. Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya, Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..setiap jiwa milik Allah, setiap hati yang tersentuh atas izin Allah.

Masih ingatkah kalian,

Di saat kita setuju

Bahawa kita adalah LOGAM terpilih?

Di saat kita percaya

FAQUHU itu lebih utama berbanding FAQIHU?

Di saat kita mengerti

QALBU itu raja bagi jasad

Di saat kita sedar

Tujuan KITA diciptakan?

IBADAH51:56, KHALIFAH2:30

Masih segarkah lagi,

Graf lakaran seorang ukhti?

Di atas graf itu kita sama-sama berlari,

Dari bawah ke atas,

Dari naik ke jatuh

Bangun semula lalu jatuh..jatuh dan jatuh..

Rahsia semalam kita bongkar,

Perjuangan Rasulullah kita hayati,

Semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai,

Pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi,

Penerokaan ilmu berleluasa,

Dari ilmu kedoktoran sehinggalah ke ilmu muzik,

Semuanya milik umat Islam..

Tamadun ISLAM gah menguasai dunia

Seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai,

Itu kenyataan ya ukhti!

Kehilangan Hari ini kita cari,

Pedih hati masih berbekas,

Di saat Monggol memusnahkan segalanya,

Di saat tentera salib mewarisi segala apa yang kita ada.

Turki uthmaniyyah mencuba,

Namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi..

Umat ini kehilangan naungan khilafah

Sultan Abdul Hamid disingkirkan,

Mustafa Kamal At-Tartuk dalang segala-galanya!

Wahai adik, kakak dan sahabat kami,

Jatuh bangun umat ini berliku laluannya,

Lahir kita di era jatuhnya,

Siapa pembela-pembela agama Allah?

Siapa pewaris jiwa Salahuddin Al Ayubi?

Siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh?

Ya Ukhti,

Dirimu kini bernafas sebagai muslim

Atas darah dan perjuangan umat terdahulu

Lantas, adakah kau sanggup berpeluk tubuh

Bangga dengan Islam warisan

Tanpa memahaminya dengan hati

Ingatkah lagi,

Saat kita bersama-sama

Setuju untuk melakukannya,

Memartabat kembali agama ini,

Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam

Ayuh ukhtiku,

Kita genggam tangan semuanya,

Jangan biar ada sesiapa yang tercicir,

Bukankah kita mahu bersama-sama

Melangkah ke syurga sana??

Jazakallahu khairan khathira semuanya. Semoga Allah tetapkan langkah kita di jalanNya. Hati masih lagi ranum terkenang saat-saat indah bersama antunna semua, sama-sama membina yuki daruma, menggodek-godek salji mahu dijadikan snowball. Sangat indah bila kita semua setuju “harus guna alat untuk capai matlamat”. Ada pula yang terlebih-lebih semangatnya, siap dapat gelaran taliban lagi..lucu pula bila teringat gelagat adik kita seorang tu. Semangat untuk islam ya adik..=)

img_8202

Billion thanks juga untuk sensei-sensei snobod tak rasmi dari yamagata..Sungguh kagum dengan kesabaran kalian bertiga. Sanggup mengorbankan masa bermain semata-mata untuk memberi tunjuk ajar pada sahabat-sahabat lain. Semoga Allah berkati usaha antunna semua. Harapan yang sangat besar agar kesabaran semacam itu gunanya untuk Islam..inshaAllah..=)

Teringat kisah seorang adik, pengalaman pertama meredah salji menggelongsor dengan board. Sungguh, dia terlalu cekal, jatuh lalu bangun semula..walau sakit, dia teruskan juga tanpa putus asa, sampai akhirnya dia berjaya naik turun gondola 3, 4 kali. Alhamdulillah, dia akhirnya setanding dengan kakak-kakak yang lain. Kecekalannya itu sungguh indah, lebih indah bila si adik mahu jadikan kecekalan semacam itu untuk Islam..kami doakan untukmu adik..

Tidak lupa untuk akhawat-akhawat yang bertungkus lumus menyediakan makanan sepanjang 4hari 3malam kita berkampung di zao. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Semoga Allah sayang kakak-kakak semua..=)

Kita lalui hari yang singkat di Zao, namun masa yang singkat itu alhamdulillah terisi dengan penuh berkat. Segala puji bagi Dia yang mengatur segalanya.

img_7818

Di Bumi Zao ini kita mengenal tujuan dan matlamat hidup, di bumi ini juga kita setuju bahawa kita adalah LOGAM, disini kita kenal potensi diri yang gunanya hanya untuk Islam.

Teruskan langkah ya ukhti, jadikan bumi Zao sebagai langkah permulaan.Semoga hayunan langkah selepas bumi Zao ini lebih membara semangatnya. Semoga langkah seterusnya bakal mengakrabkan kita dengan Allah Taala. Pertemuan kita tidak berakhir disini..jumpa lagi di episod seterusnya..kita sambung cerita robot yang akhirnya kembali jadi manusia itu..inshaAllah..=)

p1110837

Disini kita bermandi salju putih, dingin menyeronokkan, di Gaza sanak saudara kita bermandi darah, perit menyakitkan..semoga jiwa-jiwa yang pulang dari Zao ini akan lebih peka dan sensitif nasib umat sendiri..sama-sama kita doakan GAZA..Allahuakhbar!

p/s: Kepada sahabat yang tidak berkesempatan untuk turut serta bersama kami di Zao, sekiranya berminat dengan SOS..bolehlah pm kami ya..inshaAllah kami sentiasa free untuk anda semua.=)

*jazakallahu khairan kathira= thank you

*yuki daruma=snowman

*sensei=cikgu

*akhawat=perempuan

*pm=private message

Terkini : Keadaan mayat tidak pernah dilihat sebelum ini.

sultan3

Rabu ,14/01/2009 – Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Dr Ashour menambah penjelasan dari segi perubatan untuk kes-kes seumpama ini bererti Israel menggunakan senjata yang canggih manakala para doktor Norway yang membantu mangsa Palestin berkata mereka telah melihat kes-kes seumpama ini semasa perang AS ke atas Iraq dahulu.

Human Rights Watch dalam satu kenyataan telah mendedahkan bahawa para penyelidiknya kelmarin melihat beberapa letupan fosforus putih di Gaza yang dilepaskan daripada artileri Israel di bandar Gaza dan ke
Jabaliya.

Malapetaka apakah ini??

Kalau sekarang baru kau tahu sahabatku..

Ayuh..aku beritakan..

Ini bukan peristiwa 3minggu atau 4 minggu kebelakangan ini..

Ini keadaan  yang sudah 60tahun lamanya bermula..

Penyeksaan sudah berterusan untuk 3 generasi..

Bolehjadi, yang syahid ini,

Adalah mereka yang tidak pernah mendiami kampung halaman sendiri..

Seumur hidup sebagai pelarian…

Sahabat..mereka ini tidak mati sia-sia..

Syurga menanti di depan mata..

Yang lebih penting,

Tanyakan pada dirimu sendiri..

Apa yang telah kau lakukan untuk saudara seagamamu ini??

Kalau masih asyik berkata kasihan..kasihan..pada mereka..

Maka sudah tiba saatnya berkata kasihan pada dirimu sendiri..

Bangkit dari ketidaktahuanmu yang panjang itu..

Pergilah mendengar kisah-kisah sejarah umat terdahulu..

Dalami agama yang kau anuti sejak lahir itu

Dalami sejarah Palestin itu..agar kau tidak hanya tahu berkata Kasihan..

Agar akhirnya kau tahu menyumbang sesuatu untuk mereka..

Untuk umat ini….

Kaget, Kelu dan Kaku.

Aku kaget, kelu dan kaku.

Aku mahu menulis kepada wakil universiti, wakil duta, wakil persatuan, wakil semualah.

Aku mahu mengadakan rapat umum.

Aku mahu mengedarkan risalah kepada rakan seuniversiti dan di eki.

Aku mahu mengadakan solat hajat lokaliti.

Tapi aku sedar,

Semuanya terlambat…

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. menyaksikan beribu-ribu darah syuhada’.

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. dan lututku menggigil, jiwaku keluh kesah, jasadku lemah.

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. dan aku hanya penonton di luar padang ?

Apa erti ijazahku?? Apa erti kuliyyahku?? Apa erti lab reportku?? Apa erti peperiksaan yang bakal tiba?? Apa erti tarikh nikahku?? Apa erti tarikh pulangku ke Malaysia?? Apa erti tarikh harijadi itu ini???

Ya, aku mengerti peri pentingannya kawan.. tetapi sekarang,,

Ini bukan SOAL TERBESAR dan AWLA,,,

Apa guna itu semua,,

Andai aku tak mampu menyelamatkan walau satu nyawa saudaraku,

Yang saban waktu disembelih dan dihina..

cedera-muka

Ayyuhal ikhwah wal akhawaat,

Ini bukan bahasa perang antara Palestine dan Israel,

Ini bukan bahasa perang antara Muslim dan Yahudi Laknatullah,

Bahkan,

Ini sebenarnya perang antara ZALIM dan ADIL,

Ini sebenarnya perang antara BATIL dan HAQ,

Ini sebenarnya perang antara TAKABBUR dan BELAS KASIHAN,

Ini sebenarnya perang antara KEBINATANGAN dan KEMANUSIAAN,

Ini sebenarnya perang antara KAFIR ‘k’ huruf kecil dan MUSLIM ‘m’ huruf kecil,

Ini sebenarnya perang antara NAFSU AL-HAWWA’ dan IMAN,

Ini yang sebenarnya masih berperang dalam diri antum, diri kita semua..

Apakah yang lebih teruk, daripada seorang yang mengaku Muslim, yang masih berbuat ZALIM, BATIL, TAKABBUR, KEBINATANGAN, KAFIR, BERNAFSU AL-HAWWA’.

Ayyuhal ikhwah wal akhawaat,

Perangilah ini semua,, hapuskanlah dan lenyapkanlah,,,

inilah sebenar-benar jihad.

Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah, 9:41]

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.                        [Surah Al-Baqarah, 2:208]

*eki = stesen keretapi

*awla = utama

*ikhwah = saudara-saudara lelaki

*akhawat = saudara-saudara perempuan

*daulah = negara/kerajaan

*haq = kebenaran

*antum = awak semua(lelaki/perempuan)

Alasan Semata

forgive-us1
Alasan semata
(dedikasi untuk darah di gaza)

Mereka di sana sibuk
sang suami meninggalkan isteri
yang merah inai di jari
untuk mengejar bidadari
yang menanti di syurga

setelah menumpahkan darah mewangi
menentang laknat khinzir
juga kera sejati.

Aku di sini juga sibuk
dengan tesis dan pembentangan
konon belajar tinggi
lebih daripada segulung ijazah
namun hati kering
jangankan mahu melontar batu
sepatu pun belum mampu aku
kirim.

Kami sangat sibuk
satu demi satu jasad kecil
dibedil dicabut nyawa

kalian penat menanam jasad
apa kata kami hancurkan
bom biar berkecai
tidak kalian perlu
bersusah hati lagi.

Anak bangsa aku juga sibuk
dengan pelbagai masalah
kononnya ijazah itu perlu,
pertama kali putus kasih,
annual night kali ini, mahu
pakai apa?

Itu anak bangsa aku,
yang konon pemimpin banggakan
bakal menggegar negara.

Siapa aku bising mengomel,
aku pun sibuk juga.
Tesis, pembentangan tak pernah
habis.
Aku juga manusia.
Kerana itu aku pandai,
beralasan.

Hasil nukilan: tokkura

Si Burung Kecil

Sejak tercetusnya perang, kita pernah ternampak mengenai “BOIKOT BARANGAN USA.” Mungkin ada yang berfikiran, apalah sangat kesan yang akan dirasai USA jika orang Malaysia memboikot barangan mereka, dalam erti kata lain tak ada ertinya kita melakukan sedemikian.

Itu tidak penting! Di akhirat kelak, Allah tidak bertanya apakah pemboikotan kita berjaya menjejaskan USA. Tetapi yang ditanya Allah kelak adalah, “Apakah yang kamu lakukan untuk agama kamu ?”

Seperti sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu,

“buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.” Lihatlah, burung sekecil ini pun mengerti akan soal ini.

Dan janganlah kita menjadi seperti cicak, yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.

Lihat pula kisah burung Hudhud bersama Nabi Sulaiman a.s.

“Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.” [Surah An-Naml, 27:22-23]

Betapa seekor hudhud memiliki kecerdasan, kesedaran, pengetahuan dan keimanan di mana dia memanfaatkan kesempatan dengan menyampaikan berita dan harapan tanpa menunggu perintah dari pimpinan. Sedangkan Nabi Sulaiman a.s yang didukung wahyu, tidak mampu menguasai setiap berita sehingga ia memerlukan informasi kecil dari burung kecil. Ambillah pengajaran dari kisah burung hudhud, jadilah seperti burung hudhud yang proaktif, penuh dengan variasi amal dan tidak meremehkan pekerjaan kecil. Begitulah sikap proaktif kita walaupun kecil pasti boleh membantu saudara muslim kita di Gaza.

Marilah kita bersama-sama memboikot barangan Amerika dan Israel, sebagai membantah kezaliman dan kekejaman mereka terhadap orang islam!!!

1. Printkan pamplet di bawah ini dan sebarkan ke kawasan lokaliti kita.

2. Tampalkan senarai barang ini di rumah kita.

3. Simpankan senarai barang ini dalam dompet kita dan bawa ke mana-mana.

4. Khabarkan pada saudara mara kita di Malaysia dan orang di sekeliling kita.

hancur-kufar1

boikott

boikot