From Japan To Palestine

JAPAN.

Di sana, lambaian tawakkal seorang ukhti menghantar saudaranya pergi ke medan jihad..

Di sana, seorang ukhti melangkah kaki dengan satu tekad yang kuat..

Di sana, perajurit-perajurit akhawat bersatu melaungkan Allahu Akbar!

Lumpuh.

Di sini, kita bergelak ketawa mengejar fukubukuro..

Di sini, kita hanyut ryoko dalam sesak densya..

Di sini, kita sibuk bekerja mengumpul angka kosong pada not kertas..

Di sini, kita leka dalam alam maya..

Di sini, kita rakus menghayun bod..

Beku.

Hati kita sudah membeku sebeku dingin salju.

PALESTINE.

Palestine.. tanah suci umat Islam.

“Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta’ala telah perintahkan bagi kamu sekalian” (Surah al Maidah : Ayat 21)

Palestine.. tanah yang diberkati Allah.

“Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. ” (Surah al Isra’ : Ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bererti :

“Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al Anbia’ : Ayat 80)

Palestine.. di tanah ini terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama. Sabda Rasulullah SAW :

“Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. ” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Palestine.. di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Palestine.. di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad SAW diisra’kan.

Allahu..Allah.

Palestine.. menyaksikan titisan darah umat Islam pada setiap jam, setiap minit, setiap saat.

Selasa ,30/12/2008 –Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot “Dignity” akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan.”

free_gaza_boats_arrive2

Rabu ,31/12/2008 –Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.”

Khamis ,01/01/2009 – Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan setelah serangan pagi Jumaat tadi, jumlah terkini maut di Gaza, ialah seramai 428 orang . Pihak Kementerian menambah bahawa terdapat tambahan 2,220 cedera, antaranya sekurang-kurangnya 300 adalah dalam keadaan kritikal.

gaza-hospital1

Ahad ,04/01/2009 –Israel meneruskan untuk kelapan hari berturutan serangan ketenteraannya mengsasarkan orang awam sepanjang Semenanjung Gaza mengakibatkan dalam kematian 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2.”

Sehinggalah…!

Ulama’ terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

KITA BERTANYA.

Apa yang mampu kita buat?

KITA BERKATA.

Kita hanya mampu berdoa.

LUPAKAH KITA?

Allah SWT telah memberi kita rezeki internet. Carilah! Lihatlah, dengarlah, rasalah kesakitan saudara kita. Daging mereka dilapah oleh yahudi laknatullah. Teroponglah alam maya info tentang keadaan di Palestine. Sebarlah kepada sahabat kita yang masih tidur.. Gunalah segala kemudahan ym, yahoogroups, friendster, facebook, youtube..

Allah SWT telah memberi kita rezeki baito dan not kertas tetap bulanan. Baitolah! Gunalah kertas itu untuk saudara kita. Tak tahu menyumbang bagaimana? Nah, silakan klik di sini..

Allah SWT telah memberi kita rezeki suara. Bercakaplah! Beritahulah kepada sahabat kita di kawasan masing-masing. Kumpulkanlah mereka, sampaikanlah pada mereka bahawa janji Allah itu benar, semaikanlah bahawa mereka masih belum cukup beriman sekiranya masih tidak menyayangi sesama muslim.

Allah SWT telah memberi kita rezeki keitai softbank, muryou white plan. Gunalah! Berilah message dan mel kepada sahabat-sahabat masing-masing tentang keadaan saudara muslim kita di Palestine. Khabarkan keadaan Palestine pada setiap saat, setiap detik. Sampaikan pada sahabat kita.. bahawa tidur mereka dalam dosa sekiranya mereka masih tidak resah tentang keadaan saudara mereka.

Allah SWT telah memberi kita rezeki makanan dan pakaian yang sangat banyak. Gunalah mana yang ada! Boikotlah barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

Allah SWT memberi kita rezeki blog. Tulislah, taiplah! Sampaikanlah peringatan pada sahabat kita.. walau hanya memakan ruang 10cm dalam blog kita. Tiada blog? Buatlah akaun wordpress, blogspot..

Allah SWT memberi kita rezeki hati. Gunalah untuk berdoa pada umat Islam di seluruh dunia, juga doa kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di lokaliti masing-masing. Bangunlah pada minit-minit malam! Munajatlah pada Allah SWT, bacalah qunut naziilah, mohonlah kekuatan pada muslimin..

“Allahumma ihzimhum ihzimhum wazalzilhum. Allahummansuurna Allahummansuurna.”

Saudara yang dikasihi Allah..

Yahudi laknatullah telah melangkah setapak ke hadapan.. maka kitalah yang seharusnya mendahului sepuluh langkah di hadapan.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurah, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang telah menepati janjinya (selain) daripada Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang sebenar”
[Surah At-Taubah:111]

gaza-under-siege-ben-heine
*fukubukuro = lucky bag
*ryoko = travel
*densya = train
*bod = board(snowboard)
*baito = part-time job
*keitai = handphone
*muryo = free

5 thoughts on “From Japan To Palestine

  1. Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”

  2. bayangkan kalau kita yg pergi berperang dgn tentera Yahudi laknatullah tersebut. subhanallah…kerajaan islam di serata dunia masing2 hantar tentera mereka pergi berperang dgn israel. insyaAllah, confirm israel kalah. tp sedihnya, mungkinkah ini tercapai???

Leave a reply to tunizyandalila Cancel reply