Kaget, Kelu dan Kaku.

Aku kaget, kelu dan kaku.

Aku mahu menulis kepada wakil universiti, wakil duta, wakil persatuan, wakil semualah.

Aku mahu mengadakan rapat umum.

Aku mahu mengedarkan risalah kepada rakan seuniversiti dan di eki.

Aku mahu mengadakan solat hajat lokaliti.

Tapi aku sedar,

Semuanya terlambat…

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. menyaksikan beribu-ribu darah syuhada’.

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. dan lututku menggigil, jiwaku keluh kesah, jasadku lemah.

Satu sejarah besar sedang berlangsung.. dan aku hanya penonton di luar padang ?

Apa erti ijazahku?? Apa erti kuliyyahku?? Apa erti lab reportku?? Apa erti peperiksaan yang bakal tiba?? Apa erti tarikh nikahku?? Apa erti tarikh pulangku ke Malaysia?? Apa erti tarikh harijadi itu ini???

Ya, aku mengerti peri pentingannya kawan.. tetapi sekarang,,

Ini bukan SOAL TERBESAR dan AWLA,,,

Apa guna itu semua,,

Andai aku tak mampu menyelamatkan walau satu nyawa saudaraku,

Yang saban waktu disembelih dan dihina..

cedera-muka

Ayyuhal ikhwah wal akhawaat,

Ini bukan bahasa perang antara Palestine dan Israel,

Ini bukan bahasa perang antara Muslim dan Yahudi Laknatullah,

Bahkan,

Ini sebenarnya perang antara ZALIM dan ADIL,

Ini sebenarnya perang antara BATIL dan HAQ,

Ini sebenarnya perang antara TAKABBUR dan BELAS KASIHAN,

Ini sebenarnya perang antara KEBINATANGAN dan KEMANUSIAAN,

Ini sebenarnya perang antara KAFIR ‘k’ huruf kecil dan MUSLIM ‘m’ huruf kecil,

Ini sebenarnya perang antara NAFSU AL-HAWWA’ dan IMAN,

Ini yang sebenarnya masih berperang dalam diri antum, diri kita semua..

Apakah yang lebih teruk, daripada seorang yang mengaku Muslim, yang masih berbuat ZALIM, BATIL, TAKABBUR, KEBINATANGAN, KAFIR, BERNAFSU AL-HAWWA’.

Ayyuhal ikhwah wal akhawaat,

Perangilah ini semua,, hapuskanlah dan lenyapkanlah,,,

inilah sebenar-benar jihad.

Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [Surah At-Taubah, 9:41]

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.                        [Surah Al-Baqarah, 2:208]

*eki = stesen keretapi

*awla = utama

*ikhwah = saudara-saudara lelaki

*akhawat = saudara-saudara perempuan

*daulah = negara/kerajaan

*haq = kebenaran

*antum = awak semua(lelaki/perempuan)

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s