Terkini : Keadaan mayat tidak pernah dilihat sebelum ini.

sultan3

Rabu ,14/01/2009 – Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Dr Ashour menambah penjelasan dari segi perubatan untuk kes-kes seumpama ini bererti Israel menggunakan senjata yang canggih manakala para doktor Norway yang membantu mangsa Palestin berkata mereka telah melihat kes-kes seumpama ini semasa perang AS ke atas Iraq dahulu.

Human Rights Watch dalam satu kenyataan telah mendedahkan bahawa para penyelidiknya kelmarin melihat beberapa letupan fosforus putih di Gaza yang dilepaskan daripada artileri Israel di bandar Gaza dan ke
Jabaliya.

Malapetaka apakah ini??

Kalau sekarang baru kau tahu sahabatku..

Ayuh..aku beritakan..

Ini bukan peristiwa 3minggu atau 4 minggu kebelakangan ini..

Ini keadaan  yang sudah 60tahun lamanya bermula..

Penyeksaan sudah berterusan untuk 3 generasi..

Bolehjadi, yang syahid ini,

Adalah mereka yang tidak pernah mendiami kampung halaman sendiri..

Seumur hidup sebagai pelarian…

Sahabat..mereka ini tidak mati sia-sia..

Syurga menanti di depan mata..

Yang lebih penting,

Tanyakan pada dirimu sendiri..

Apa yang telah kau lakukan untuk saudara seagamamu ini??

Kalau masih asyik berkata kasihan..kasihan..pada mereka..

Maka sudah tiba saatnya berkata kasihan pada dirimu sendiri..

Bangkit dari ketidaktahuanmu yang panjang itu..

Pergilah mendengar kisah-kisah sejarah umat terdahulu..

Dalami agama yang kau anuti sejak lahir itu

Dalami sejarah Palestin itu..agar kau tidak hanya tahu berkata Kasihan..

Agar akhirnya kau tahu menyumbang sesuatu untuk mereka..

Untuk umat ini….

One thought on “Terkini : Keadaan mayat tidak pernah dilihat sebelum ini.

  1. `Maka sudah tiba saatnya berkata kasihan pada dirimu sendiri..

    Bangkit dari ketidaktahuanmu yang panjang itu..

    Pergilah mendengar kisah-kisah sejarah umat terdahulu..`

    ~SenSeOurSoul~

    jgn blur tidak tahu menyumbang apa utk umat!!

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s