SenSe Our Soul (Revisited)

Dua minggu berlalu. SENSE OUR SOUL di Yamagata masih berbara semangatnya. Terngiang-ngiang suara lantang seorang ukhti, semangat memberi tahu tujuan hidup manusia :IBADAH, KHALIFAH. Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya, Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..setiap jiwa milik Allah, setiap hati yang tersentuh atas izin Allah.

Masih ingatkah kalian,

Di saat kita setuju

Bahawa kita adalah LOGAM terpilih?

Di saat kita percaya

FAQUHU itu lebih utama berbanding FAQIHU?

Di saat kita mengerti

QALBU itu raja bagi jasad

Di saat kita sedar

Tujuan KITA diciptakan?

IBADAH51:56, KHALIFAH2:30

Masih segarkah lagi,

Graf lakaran seorang ukhti?

Di atas graf itu kita sama-sama berlari,

Dari bawah ke atas,

Dari naik ke jatuh

Bangun semula lalu jatuh..jatuh dan jatuh..

Rahsia semalam kita bongkar,

Perjuangan Rasulullah kita hayati,

Semangat Assabiqun Al Awwalun kita jiwai,

Pengorbanan Tariq dan Utbah kita kagumi,

Penerokaan ilmu berleluasa,

Dari ilmu kedoktoran sehinggalah ke ilmu muzik,

Semuanya milik umat Islam..

Tamadun ISLAM gah menguasai dunia

Seakan suatu mimpi 2/3 dunia pernah kita kuasai,

Itu kenyataan ya ukhti!

Kehilangan Hari ini kita cari,

Pedih hati masih berbekas,

Di saat Monggol memusnahkan segalanya,

Di saat tentera salib mewarisi segala apa yang kita ada.

Turki uthmaniyyah mencuba,

Namun kekuatan barat lebih hebat mengatasi..

Umat ini kehilangan naungan khilafah

Sultan Abdul Hamid disingkirkan,

Mustafa Kamal At-Tartuk dalang segala-galanya!

Wahai adik, kakak dan sahabat kami,

Jatuh bangun umat ini berliku laluannya,

Lahir kita di era jatuhnya,

Siapa pembela-pembela agama Allah?

Siapa pewaris jiwa Salahuddin Al Ayubi?

Siapa gerangan pengganti tentera-tentera Al Fateh?

Ya Ukhti,

Dirimu kini bernafas sebagai muslim

Atas darah dan perjuangan umat terdahulu

Lantas, adakah kau sanggup berpeluk tubuh

Bangga dengan Islam warisan

Tanpa memahaminya dengan hati

Ingatkah lagi,

Saat kita bersama-sama

Setuju untuk melakukannya,

Memartabat kembali agama ini,

Individu Muslim ke Ustaziyatul Alam

Ayuh ukhtiku,

Kita genggam tangan semuanya,

Jangan biar ada sesiapa yang tercicir,

Bukankah kita mahu bersama-sama

Melangkah ke syurga sana??

Jazakallahu khairan khathira semuanya. Semoga Allah tetapkan langkah kita di jalanNya. Hati masih lagi ranum terkenang saat-saat indah bersama antunna semua, sama-sama membina yuki daruma, menggodek-godek salji mahu dijadikan snowball. Sangat indah bila kita semua setuju “harus guna alat untuk capai matlamat”. Ada pula yang terlebih-lebih semangatnya, siap dapat gelaran taliban lagi..lucu pula bila teringat gelagat adik kita seorang tu. Semangat untuk islam ya adik..=)

img_8202

Billion thanks juga untuk sensei-sensei snobod tak rasmi dari yamagata..Sungguh kagum dengan kesabaran kalian bertiga. Sanggup mengorbankan masa bermain semata-mata untuk memberi tunjuk ajar pada sahabat-sahabat lain. Semoga Allah berkati usaha antunna semua. Harapan yang sangat besar agar kesabaran semacam itu gunanya untuk Islam..inshaAllah..=)

Teringat kisah seorang adik, pengalaman pertama meredah salji menggelongsor dengan board. Sungguh, dia terlalu cekal, jatuh lalu bangun semula..walau sakit, dia teruskan juga tanpa putus asa, sampai akhirnya dia berjaya naik turun gondola 3, 4 kali. Alhamdulillah, dia akhirnya setanding dengan kakak-kakak yang lain. Kecekalannya itu sungguh indah, lebih indah bila si adik mahu jadikan kecekalan semacam itu untuk Islam..kami doakan untukmu adik..

Tidak lupa untuk akhawat-akhawat yang bertungkus lumus menyediakan makanan sepanjang 4hari 3malam kita berkampung di zao. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Semoga Allah sayang kakak-kakak semua..=)

Kita lalui hari yang singkat di Zao, namun masa yang singkat itu alhamdulillah terisi dengan penuh berkat. Segala puji bagi Dia yang mengatur segalanya.

img_7818

Di Bumi Zao ini kita mengenal tujuan dan matlamat hidup, di bumi ini juga kita setuju bahawa kita adalah LOGAM, disini kita kenal potensi diri yang gunanya hanya untuk Islam.

Teruskan langkah ya ukhti, jadikan bumi Zao sebagai langkah permulaan.Semoga hayunan langkah selepas bumi Zao ini lebih membara semangatnya. Semoga langkah seterusnya bakal mengakrabkan kita dengan Allah Taala. Pertemuan kita tidak berakhir disini..jumpa lagi di episod seterusnya..kita sambung cerita robot yang akhirnya kembali jadi manusia itu..inshaAllah..=)

p1110837

Disini kita bermandi salju putih, dingin menyeronokkan, di Gaza sanak saudara kita bermandi darah, perit menyakitkan..semoga jiwa-jiwa yang pulang dari Zao ini akan lebih peka dan sensitif nasib umat sendiri..sama-sama kita doakan GAZA..Allahuakhbar!

p/s: Kepada sahabat yang tidak berkesempatan untuk turut serta bersama kami di Zao, sekiranya berminat dengan SOS..bolehlah pm kami ya..inshaAllah kami sentiasa free untuk anda semua.=)

*jazakallahu khairan kathira= thank you

*yuki daruma=snowman

*sensei=cikgu

*akhawat=perempuan

*pm=private message

21 thoughts on “SenSe Our Soul (Revisited)

  1. salam…

    Wah..bestnya..tabik spring dgn antunna!!!!
    Hadiah dari shokudo…
    the best menu:daging black pepper

    dtg higashi oomiya..

  2. Assalamualaikum kakak2 ku sekalian,

    Kakak? hehehe…terkejut ye…I just wanna call u all kakak sebab ilmu korg lagi hebat from me….

    Best giler ahh vid tu…akak nak boleh? and if possible, akak nak gambar from camera husna and nia….

    Nia, I heard nia dah dapat beg from yamagata…Alhamdullilah…

    bila tgk vid ni kan…my heart went dup dup dup….just when my hopes are currently going down the drain due to stress buat research….tgk vid ni terubat hati akak ni…tak sangka kan akak join kamu semua….ni hasil usaha izyan…you go gal (“,) and dgn izin Allah…(^-^)…

    anyway, this was the first enjoyable memory for me….truthfully, at first I REALLY hate coming to Japan…sbb rasa macam akak sorg….walaupun that time izyan ada, but i always treated her as a little sister…then when I met u guys….u all were GREAT~! Terbuka mata ni bila tgk semangat U all….now my perspective have changed….now its gonna be little sister and a friend…

    alamak…dah byk lah pulak akak mengomel..heheheh…pantang ada peluang..hahaha…

    To all participant ESPECIALLY tukang masak….thanks for the memory (“,)

    Hamimah yori

  3. Salam wbt..
    wah~ rindunya dgn antunna suma~
    nak jumpa lagi! hehe
    hmm pasal gambar kan..orang lain ada emel saya tapi saya takde emel orang lain huhuh jadik tak terhantar2 gambarnye gomenasai hmm yg nak add saya kat ym eh che_un_ab@yahoo.com yoroshiku ^_^

  4. kte pon nak men snowboard lg! kettei, setiap thn wat prog fuyu kt zao. huhu. otsukaresama!! u girls are the greatest!
    Allahuakbar!!! UA made gambatte!!

  5. kenangan terindah~
    jzkk kepada sume y terlibat sec langsung @ tidak
    smoga kite terus2 mujahadah dlm landasan ini
    sayang kamu semua~

    A
    L
    L
    A
    H
    U BIAR GEMA SATU NIHON DGR LAUNGAN KITA!
    A
    K
    B
    A
    R
    !!!

  6. 最高でした~!

    Alhamdulillah-alhamdulillah-alhamdulillah….

    ♥♥sememanggnya hanya Allahlah yg boleh menyatukan hati- hati kita..♥♥

    Gomen, pasal gambar saya kene seiri dulu…
    kalo mahu, pm saye~ niea_starla

    Wsalam.

  7. Rindunya kat antunna semua!!!! Adrenalina mengalir deras bila tgk video ni.. mana yg laen ni, tut tuttt~

    nak lagi… nak lagi…
    nak tahu sambungan cerita robot lepas dia buka pintu tu, hehe. また会いましょうねぇ, 約束しようぅぅぅ~

    Kak misoshiru, ana nak video tu jugee🙂
    Cik ida, salam perantauan.. sochiramo gambate, gambare nippon, nippon gambare~!! towards japan 2050~~~!!

  8. Salam akhwat Nippon!! rindu sgt2 kat antunna sume!!

    nampak gamba mira, mia, and a few lagi yg x brape ingat nama but ingat muka!! trus adrenalin rush, recalled sape sisters yg kite jumpe kat eire last yr =)

    subhanallah best nye winter retreat antunna!!

    bile leh gi nippon lak?? hmm..

    p/s: tercari2 muka kak aleen🙂 bt x jumpe pun

  9. salam….
    alhamdulillah3x….praise to HIM
    semua ini adalah rahmat dan nikmat dariNya..^_^
    moga dgn rahmatNya ini kita terus bersemangat untuk bekerja ye….dunt forget our purpose of life::=)
    mari sama-sama kita terus kembalikan cahaya penuh sinar di bumi jepun ini dan juga insyaAllah di seluruh dunia..Allahuakbar!!!

    jzkk hazrina bertandang ke sini:)
    kak aleen xpegi program kali ni….sbb tuh anti xjmpe muka die..hehe=)
    datangla melawat kami di sini plak…^_^

    nippontachi…gambare!!!xsabar nak tunggu smbgn kisah robot tuh…kan ahmadshincahn kan??hihi🙂
    insyaAllah moga Allah mempertemukan kita lagi…biar jasad terpisah tapi hati-hati kita sentiasa disatukanNya..bi iznillah
    rindu antunna sume….:)
    wassalam

  10. kemanisan ukhuwah terasa pabila pertemuan dan perpisahan itu berlaku hanya kerana Allah…insyaAllah…
    really miss sume org…hikhikhik…especially kak ida,kak ichi n kak pooja.mcm nama hindustan…
    papepun…semoga kita bertemu lg d lain program…insyaAllah…
    minna uhibbuki fillah!abadan abada…insyaAllah…

  11. Alhamdulillah…rindunyer sama kalian sume2, ukhuwah yang terbentuk pada jalan Allah InsyaAllah x kan mudah pudar..Subhanallah…Harap-harap apa yang kita lakukan di bawah lembayung rahmatNya, 51:56, 2:30 InsyaAllah tak akan lupa…rindu sama makcik shokudou tachi (a.k.a masakan)

  12. assalamualaikum.. boleh tak saya nak copy kata2 dalam page ni dan letakkan kat blog saya?? sebab kata2 itu menaikkan semangat saya untuk terus berusaha ke arah ustaziyatul alam dan supaya sahabt2 lain dapat manfaat.. ( irbid, jordan)…(^^,)

  13. salam..

    kepada semua..
    saya dah hantar video ni by emel..
    so bolela download video ni trus ke pc anda..
    video ni takde kat youtube..
    mmg saja x di donlod ke youtube..
    special sket..hihi..

    kepada sahabat laen yg belum terima emel video ni..
    sila tinggalkan jejak anda disini beserta emel yg valid ye..

    wassalam~

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s