Berbekallah Dengan Al-Quran

Saya merasa lemah ketika menulis permasalahan yang berkaitan bekalan di jalan dakwah, khususnya tentang bagaimana menyiapkan bekalan dan bagaimanakah mendapatkan bekalan iman, taqwa, hidayat dan nur.

Perkara yang mustahak di sini bukanlah pengalaman, percubaan dan pengetahuan. Sebaliknya yang pertama sekali wajar dititikberatkan adalah kebergantungan kepada kurniaan, kelebihan dan redha dari Yang Maha Memberi, iaitu Allah SWT.

يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

“Allah menentukan rahmat-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah mempunyai karunia yang besar.” [Surah Ali-Imran, 3:74]

Jika dihalusi, kita akan mendapati bahawa perkara pertama yang mesti dilakukan adalah dengan kembali kepada keadaan seseorang hamba di hadapan Tuhannya. Dia bermohon kepada Allah SWT agar dia mendapat pemberianNya. Maka Allah SWt akan melihat kepada ketundukan hatinya, kekhusyukannya, kerendahan dirinya, penyerahan dirinya, ketakutan, pengharapan dirinya dan ketamakan dirinya kepada Allah SWT. Inilah perkara asas. Selepas itu baru diambil kira segala wasilah dan sebab musabab untuk dia memperoleh kurniaNya.

Di antara wasilah terpenting, termudah, terkuat dan terbanyak adalah kitab Allah. Ini merupakan bekalan yang sentiasa menolong serta tidak akan kehabisan. Bahkan kita akan menjumpai di dalamnya wasilah yang lain iaitu panduan, nur, hidayat, rahmat dan zikir.

93048848_0249b1677e

Kita perlu membaca Al-Quran kerana ia merupakan wasilah yang paling afdal untuk mendapatkan iman dan taqwa kepada Allah.

هَذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمِ يُوقِنُونَ

“Al Qur’an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.” [Surah Al-Jathiyah, 45:20]

Kita mestilah mentadabbur Al-Quran ketika membacanya. Jika kita tidak berdaya mentadabbur melainkan dengan mengulang-ulang sebahagian ayat, maka lakukanlah. Telah diriwayatkan dengan sanad sahih, bahawa Rasulullah SAW melakukan qiamullail dengan mengulang-ulang bacaan ayat:

إِن تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah Al-Maidah, 5:118]

Berwaspadalah, jangan hanya terlalu mengambil berat dengan makhraj huruf dan hukum hakam tilawah sehingga mengabaikan tadabbur dan kefahaman.  Tidak wajar penumpuan diberikan kepada tajwid tanpa memahami segala maksud ayat sehingga tidak mendatang kesan kepada diri pembaca.

sumber:  Zaadun ‘alatToriiq, Syeikh Mustafa Masyhur

2 thoughts on “Berbekallah Dengan Al-Quran

  1. salam…:)

    sebenanye da lame add enti,sejak ustaz wat shout out pasl blog enti..tp orgnye pn ana xkenal lg..

    ni kali kesekian ana singgah di cnie..
    salam taaruf..

    ana izzati ^^

  2. waalaikumussalam wbt

    jzlh izzati.. ramai orang dalam blog ni sebenarnya..hihi. jemput ke cafeoretachi..boleh kita bertaaruf🙂

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s