Gentleman, Start Your Engine

Apabila ingin berlumba di trek, kita akan pastikan kereta dalam keadaan baik. Minyak diperiksa dan enjin dipanaskan. Lalu kita akan masuk trek dengan gear yang rendah sebelum memecut dengan baik.

f1Begitu juga untuk merentas perjalanan Ramadhan selama sebulan ini, kita panaskan enjin dengan puasa-puasa sunat sepanjang Rejab dan Syaaban, bermanja-manja dengan qiyamullail dan Al-Quran. Supaya kelak kita dapat memecut masuk ke trek Ramadhan dengan baik. Jika permulaan pun sudah salah, alamat nanti di tengah Ramadhan kita mudah semput.

Apabila disebut Ramadhan, ia seolah syurga yang amat luas. Seorang muslim merentasnya seolah dia berjalan di tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tak terperi, terpaksa menempuh pelbagai fitnah. Maka puasalah sebagai bekalan dan memberi kebaikan kepadanya.

Orang yang berpuasa akan diberikan kepadanya pakaian taqwa. Pakaian ini merupakan perisai yang mempertahankan dirinya daripada kejahatan hawa nafsu dan fitnah. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Al-Rayyan, di mana orang-orang yang berpuasa masuk melalui pintu ini pada hari qiamat. Tidak seorang pun selain mereka yang dapat melalui pintu tersebut. Apabila mereka semua masuk pintu tersebut ditutup kembali dan tidak akan ada lagi orang yang masuk melaluinya”

Istimewanya ibadah puasa kerana ia dinisbahkan terus secara khusus kepada Allah SWT. Disebut dalam hadis Qudsi:

“Setiap ‘amal anak Adam diberikan ganjaran sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKu, Akulah yang akan memberikan ganjaran. Dia meninggalkan syahwat dan makan semata-mata keranaKu”

Puasa juga dapat memberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh ketakutan di mana tidak ada pembelaan kecuali amal solehnya. Sabda Rasulullah SAW:

“Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari Qiamat. Puasa berkata ” Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya dari makan dan nafsu syahwat, maka berikan syafaat kepadanya disebabkan oleh aku ini”. Dan berkata pula Al-Quran “Aku telah menghalanginya daripada tidur pada waktu malam, maka berilah syafaat kepadanya disebabkan oleh aku ini””

Ramadhan mentarbiyyah diri kita supaya ikhlas, mujahadah, sabar, mendidik anggota, lemah lembut terhadap orang jahil, mengasihani orang miskin atau mereka yang memerlukan bantuan, meletakkan kedudukan ruh tinggi kepada Tuhannya, berhubung dengan alam semesta apabila memerhati anak bulan, mementingkan pengurusan masa, memberi kesihatan yang baik pada jasad dan banyak lagi.

Begitu banyak kebaikan dalam bulan Ramadhan. Sekiranya kita mengetahuinya nescaya kita akan mengimpikan agar sepanjang tahun adalah Ramadhan.

Berpuasa pada musim panas ini malah memberikan kita di Jepun peluang tarbiyyah yang lebih lagi, terutama pada kesabaran, mujahadah dan pengurusan masa. Bagaimana hendak memanfaatkan waktu malam yang pendek dengan qiyamullail, ia pastinya tidak sulit dikerjakan jika kita mula berlatih dari sekarang.

Perlu diingat, Ramadhan bukanlah bulan menjamah makanan dan membanyakkan makanan, bukan bulan untuk seniman dan artis menghidupkan malam ramadhan dengan maksiat, bukan juga bulan berteleku di depan kotak televisyen.

Bahkan sepatutnya kita berdamping dengan Al-Quran, qiyamullail setiap malam, beri’tikaf di masjid. Orang yang beriktikaf menjadi tetamu Allah di rumah Allah. Dia telah meninggalkan urusan hidup dan kesibukan duniawi lantas menumpukan ketaatan kepada Allah.

Carilah masjid, ambillah peluang ketika berada di Jepun dengan beri’tikaf di masjid dan rasailah kemeriahan malam Ramadhan dengan pengabdian diri kepadaNya. Sesungguhnya peluang beri’tikaf waktu malam itu sukar didapati di tanah kelahiran kita.

Belajarlah berlapar-lapar kerana Rasulullah SAW telah berpesan kepada Saidatina Aisyah r.a:

“Wahai Aisyah, hendaklah engkau sentiasa mengetuk pintu syurga dengan lapar”

Sabda Rasulullah SAW yang lain,

“Biasakan diri dengan kesusahan sebab nikmat kesenangan tidak kekal selama-lamanya”

rujukan: zaadun ‘ala toriq oleh syekh mm, qawarib al-najat fi hayatil du’ah oleh syekh fy

2 thoughts on “Gentleman, Start Your Engine

  1. Pingback: Gentleman, lets start your engine! | AMIR Nishinihon

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s