Ilham Sang Pencipta

Penguin adalah satu contoh binatang yang bersedia mengharung kepayahan demi mengeram dan membesarkan anak. Setelah penguin betina bertelur, ia perlu keluar mencari makanan sebagai persediaan bila telur itu menetas. Penguin jantan berperanan untuk mengeramkan telur itu selama empat bulan dalam musim ribut. Penguin jantan membuat pengorbanan untuk mengeram telur itu selama empat bulan tanpa berganjak sehingga ia kehilangan separuh berat badan kerana tidak dapat keluar mencari makanan, serta bertahan dalam ribut yang kuat.

Selepas tamat tempoh itu, penguin betina datang dan mengambil alih tugas menyambut kelahiran anak, seterusnya menjaga dan mendidik anak dalam beberapa bulan tanpa mempunyai banyak peluang untuk makan. Nampaknya, kedua-dua ibu dan bapa penguin menunjukkan gambaran naluri kasih sayang terhadap anak-anak mereka.

Penguin hanyalah haiwan biasa yang tidak berakal seperti bintang-binatang lain. Namun, persoalannya siapakah yang membuatkan penguin-penguin ini sanggup berkorban demi anak mereka?

Hanya satu jawapannya iaitu Allah s.w.t. Allah yang menjadikan penguin-penguin ini, maka Allahlah yang mengilhamkan mereka untuk berkorban sedemikian rupa dan menjadikan mereka berkerjasama semata-mata untuk membesarkan anak-anak mereka. Pada neraca manusia, mungkin perkara ini hanyalah satu undang-undang alam yang terjadi secara fitrah dan semulajadi. Tapi, kita lupa bahawa ini semua adalah nikmat ILHAM yang Allah campakkan ke dalam hati penguin-penguin ini. Allah sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran manusia. Ada binatang yang kasih kepada anaknya sehingga sanggup berkorban mempertaruhkan nyawa sendiri.Sememangnya manusia lebih istimewa berbanding makhluk lain kerna kita memiliki akal. Seharusnya kita harus lebih baik dalam menyemai naluri kasih sayang berbanding haiwan-haiwan lain.Selain penguin, banyak lagi contoh makhluk alam lain yang boleh kita jadikan teladan misalnya bagaimana daripada seekor ulat beluncas boleh bertukar menjadi rerama yang sangat cantik. Bagaimana kuatnya semangat ibu burung menjaga telur-telur yang baru menetas. Mereka tidak dikurniakan akal seperti kita, tetapi kerna ilham Sang Pencipta membolehkan kitaran hidup mereka berjalan atas caturanNya.

Rama-rama

Sebagai makhluk istimewa yang dikurniakan akal, adakah itu bermaksud setiap yang terbit di fikiran kita adalah atas kekuasaan kita?

Jawapannya TIDAK sahabatku.Tiada yang lebih berkuasa melainkan kuasa Sang Pencipta.

Perlu kita ingat bahawa setiap yang kita lakukan, setiap yang kita lafazkan, setiap yang terlintas di fikiran kita bukanlah kebetulan tapi adalah ILHAM dari Sang Pencipta kita. Tanpa ilham dari Allah tidak mampu untuk saya mencoret sesuatu di sini buat sahabat semua. Tanpa ilham dari Allah tidak mungkin kita mampu menjawab soalan-soalan dalam sesi interview.Tanpa ilham dari Allah mana mungkin seorang penulis lirik mampu mencipta lirik yang boleh menyentuh jiwa-jiwa insani. Tanpa ilham dari Allah mana mungkin kita mampu terus berjalan di atas muka bumiNya mengharung setiap onak duri dalam kehidupan.

Maka sahabat sekalian, jangan sesekali merasakan setiap penyelesaian kepada sesuatu masalah, setiap kejayaan yang kita capai, setiap amalan yang kita mampu laksanakan adalah semata-mata kerna usaha keras kita dan kebetulan yang terjadi. Namun, beringatlah bahawa semuanya adalah kerna nikmat ilham yang Allah campakkan dalam hati-hati kita. Ucapkanlah kata-kata syukur pada yang berhak,iaitu Pencipta kita agar kita dijauhi dari sifat-sifat riak, takabbur dan kufur.Nauzubillah.

Kerna ILHAM Sang Pencipta itu, kita dan makhluk seluruh alam ini mampu terus berjalan dan berinteraksi di alam yang fana ini……

”demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,sungguh beruntung orang yang menyucikan(jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”(As-Syams:7-10)

2 thoughts on “Ilham Sang Pencipta

  1. alangkah indahnya jika manusia juga dpt berkorban untuk ank2 mereka mcm penguin tu….x la tjdi mslh buang bayi…x la anak2 jd liar…moge penulisan diatas mampu menyedarkan pembaca blog ini

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s