check-list

بسم الله الرحمن الرحيم

-ke mana DESTINASI kita selepas ini?-

Perkataan “check-list” ini pasti sinonim dengan kehidupan seharian kita sebagai seorang pelajar  kan? Tambahan lagi bagi yang “pelupa” seperti kakRoSe sendiri. Setiap hari kakRoSe akan pastikan planner yang tertulis check-list perkara-perkara yang harus dilakukan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam bagpack sebelum ke sekolah. Sekiranya kakRoSe perlu menempuhi perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke destinasinya, semakin panjanglah check-list. Semuanya untuk memastikan setiap perjalanan berjalan dengan lancar.

KakRoSe teringin nak berkongsi check-list yang satu ini dengan SEMUA. Check-list ini insyaAllah boleh kita gunakan sebagai garis panduan untuk bekalan kita ke satu destinasi yang bakal kita semua tujui satu hari nanti . Destinasi ni PASTI tau! Ticket FREE! CUMA, kita harus sediakan bekalan sendiri untuk menentukan samada kita akan dapat layanan FIRST CLASS atau sebaliknya. Sudah tentu KITA SEMUA mahukan layanan FIRST CLASS bukan? Jom kita tengok checklist ni bersama-sama~

“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan, “Salam”, dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahannam dari kami, kerana sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal,” sungguh Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir di antara keduanya secara wajar, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barangsiapa melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka digantikan Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barang siapa bertaubat dan mengerjakan kebajikan, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya, dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta, dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”

(Al-Furqan 63~76)

Sebenarnya check-list ini adalah garis panduan bagaimana untuk kita menjadi hamba kepada Allah S.W.T. Ayat ini menerangkan sifat-sifat manusia yang layak menjadi hamba kepada-Nya.  Hurm, rasanya dalam mana-mana pertandingan yang kakRoSe sertai sebelum ini pun tak pernah diberikan garis panduan terperinci tentang ciri-ciri pemarkahan untuk memenangi hadiah oleh pihak penganjur. Kalau ada sekalipun, sekali imbas sahaja. Ganjaran hadiahnya pun terhad kepada beberapa peserta sahaja.

Baiknya Allah, Sayangnya Allah pada kita kan? Sudah dijanjikan ganjaran yang sangat lumayan~ diberikan lagi garis panduan yang sangat terperinci.. Ayuh!! tunggu apa lagi!! Ticket untuk ke sana sudah “ditaja”..  Grab The Deal YOK!

Bak kata opah Upin dan Ipin.. ” Siapa rajin BUAT, banyak pahala dia!”… Moga kita tergolong dalam golongan yang disambut dengan penghormatan dan salam serta kekal di dalam syurgaNya.. InsyaAllah..

Jom senaraikan checklist (highlight warna biru) dalam ayat al-quran di atas..^_^

Advertisements

Pemakanan

Assalamualaikum kakak-kakak dan adik-adik…. Sinonim tak tajuk di atas tu dengan diri kita? Mestilah kan… Setiap hari kita makan kan… Jom, kakak-kakak dan adik-adik kita renungkan sebentar ayat-ayat Al-Quran di bawah ini.

“Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang HALAL dan BAIK yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. “(2:168)

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang BAIK yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika kamu menyembah kepadaNYA.”(2:172)

“Maka makanlah yang HALAL lagi BAIK dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepadamu; dan syukurilah nikmat ALLAH, jika kamu hanya menyembah kepadaNYA.”(16:114)

Ha, kalau kita lihat pada ayat-ayat ini,ALLAH dah suruh kita makan yang HALAL,lagi BAIK. Maksudnya,  bukan sekadar HALAL sahaja, tapi dalam makanan yang HALAL itu sendiri, kita makan makanan yang terBAIK yang tidak memudaratkan tubuh badan yang telah dikurniakan ALLAH… Sebagai contohnya la kan:

  1. Makanan yang boleh mencerdaskan dan menguatkan akal kita sebagai seorang muslim dan pelajar untuk berjuang dan berjihad ke jalanNYA.
  2. Makanan yang menguatkan fizikal supaya kita dapat beribadah dengan sempurna kepada ALLAH.

Jadi, untuk mendapatkan akal dan fizikal yang sihat lagi cerdas, jom sama-sama kita amalkan pemakanan yang sihat. Di sini ingin saya kongsikan sedikit sunnah-sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Sarapan Pagi

  • Rasulullah S.A.W menasihatkan, “minumlah madu”.
  • Senang saja nak sediakannya, beli madu yang asli, dan ambillah madu dengan menggunakan sudu plastik atau kayu (bukan sudu besi),dan larutkannya ke dalam air panas, dan tuangkan air sejuk. Sedia untuk diminum!

Kelebihannya:

  1. Mengaktifkan semula sistem penghadaman selama beberapa jam yang kita tidak makan(tidur) dari mulut hinggalah ke usus.
  2. Memberi tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti harian dengan membekalkan tubuh kita dengan garam, mineral dan vitamin.
  3. Mencantikkan kulit.(khasiat madu sebenarnya sangat luas)



  • Rasulullah pernah bersabda, “Barang siapa yang memulakan harinya dengan 7 biji kurma,nescaya tidak akan menderita sihir dan buatan orang”.
  • Ha, senang saja nak sediakannya,beli lah susu, dan campurkan 7 biji kurma(yang dah dibuang bijinya),kacau dengan rata,siap untuk diminum! (kurma ada dijual di baticrom tau)


Kelebihannya:

  1. Susu mengandungi mineral dan vitamin yang sama dengan buah-buahan.
  2. Kurma membantu organ hati membuang toksik di dalam badan dengan agen anti-toksiknya.


MasyaALLAH…betapa sayangnya ALLAH kepada kita dengan mengurniakan nikmat-nikmat sebegini kepada kita…

Makan tengah hari

  • Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “gunakanlah minyak zaitun dalam masakanmu dan dalam mengurut, sesungguhnya ia adalah pohon yang diberkati”.
  • Makanan yang berasaskan gandum dan kabohidrat sangat digalakkan,dan lauk pauk bolehlah dimasakkan dengan minyak zaitun. Tapi ingat, jangan makan berlebihan, pasti mengantuk dan malas untuk membuat kerja@ibadah nanti!(pesanan untuk diri sendiri dan semua)

Kelebihan minyak zaitun:

  1. Membantu membuang lemak di dalam badan.
  2. Membantu menghindarkan kanser kulit dan tulang.
  3. Melarutkan kolesterol di dalam badan.
  4. Membantu menguatkan daya ingatan.


  • Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, “buah yang berasal dari syurga adalah buah tin/buah ara”.
  • Amalkanlah memakan buah tin yang kering ataupun yang segar.
  • Selain itu, Rasulullah juga pernah bersabda, “ALLAH memberkati cuka kerana ia merupakan sebahagian dari pemakanan para nabi”.

Kelebihan cuka:

  1. Membantu membuang lemak yang merbahaya kepada tubuh badan dengan menukarkan lemak merbahaya itu kepada element yang baik yang digunakan dalam tubuh badan.

Makan malam

  • Rasulullah bersabda lagi, “barangsiapa yang meninggalkan makan malam, nescaya ia akan melemahkan tubuh badannya”.
  • Untuk makan malam, makanlah seadanya. Sunnah Nabi kita sekurang-kurangnya baginda memakan sekeping roti dan susu.
  • Makan malam ini dapat usus besar di dalam badan menghadamkan makanan dan seterusnya badan dapat menyerap vitamin daripada proses penghadaman itu.

Mudah-mudahan dengan kita menjaga pemakanan kita, kita dapat menjadi individu muslim yang lebih kuat dan cerdas lantas dapat membentuk masyarakat muslim yang lebih berkualiti. Wallahualam.

ALLAH itu BAIK, dan tidak menerima melainkan yang BAIK sahaja.


Strange

Strange is the affair of a Muslim. Verily all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him he thanks Allah and it becomes better for him. And if something harmful befalls him he is patient and it becomes better for him. And this is only for the Mu’minin. “

* this hadith is known as strange hadith (hadith ajaib)

Aku yang berdosa

Kadangkala aku sering mengejar suatu yang tak pasti,

Dan sering lupa pada realiti,

Mengeluh pada satu tekanan,

Lupa padaMU Yang Mencipta

Mampu kah aku bertahan,

Hingga saat senyuman terukir tak terpadam,

Bernafas dan terus bernafas,

Mendiami jasad nan kerdil,

Melangkah dan terus melangkah…

Mencari redhaMU Sang Pencipta

Aku tahu aku di alam realiti

Aku sedar aku punya TANGGUNGJAWAB yang pasti

Tapi aku leka mencari hidup yang fantasi

Aku leka mengejar cinta duniawi

Aku lupa padaMU YANG MEMBERI

Dimana rasa MALU padaMU

Kau sentiasa bersamaku

Kau sentiasa mengasihiku

Kau beri aku peluang

Namun aku berpaling

Kau beri aku UJIAN

Aku mengeluh tanpa iman

Ya ALLAH,aku berdosa padaMU

Aku TAK LAYAK UNTUK SYURGA MU YA ALLAH

Tapi aku juga tak mampu menahan API NERAKA Mu yaALLAH

Semalam aku berpaling dari Mu ya ALLAH

Aku lari dari mengingatiMU yaALLAH

Hari ini aku ketawa gembira,

TanpaMU di ingatan YA ALLAH

Esok…

Layakkah aku terima KASIHMU

Mampukah aku bertemu denganMU

Terlalu banyak dosa silamku YA ALLAH

Dosa yang tak terhitung

YA ALLAH

AMPUNKAN aku

Terimalah taubatku

Terimalah taubatku

Terimalah taubatku YA LLAH..

Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMU
Tapi aku tak sanggup siksa nerakaMU
Dari itu,kurniakan taubat
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar

Cerpen AkiKombo: Aku ingin mencintai-MU

Mungkin kali ini merupakan ikhtiar terakhir usaha pihak Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasullullah SAW. Pelbagai usaha telah mereka cuba, namun umat Islam tetap bertahan. Walau di desak, di ejek, dan di seksa sedahsyat mana sekalipun, mereka masih tetap mempertahankan iman. Maka, pada hari itu, dengan perantaraan bapa saudara Rasullullah SAW, pembesar terhormat dari suku kaum bani hasyim, mereka berunding.

“Muhammad, tinggalkanlah apa yang kau bawa. Sekiranya kau mahukan kekayaan, kami akan beri dengan sebanyaknya. Jika kau ingin kuasa, kami akan tabalkan kau jadi ketua kami..”

Abu Jahal menawarkan tawaran kepada Rasullullah SAW, menyangka bahawa tawaran sebegitu bisa memalingkan hati Rasulullah SAW dari terus berdakwah.

“ Baiklah, wahai Abu Jahal mahukah kau jika aku ajarkan padamu suatu kalimah yang dengannya kamu bakal menguasai seluruh tanah arab seluruh pelusuk dunia?.”

Mata utusan Quraisy mula bersinar-sinar bila mendengar kata balas dari Rasulullah SAW. Memang lumrah seorang pembesar, yang ada dimata hanyalah kuasa, pangkat dan harta!

“ Ucapkanlah…La ilaha Ilallah. Muhammad urrasulullah. “

Tenang rasullullah SAW menuturkan kalimah haq itu.

Air muka Abu Jahal dan pembesar-pembesar Quraisy di situ berubah terus menjadi merah padam. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membunuh Muhammad ketika itu juga.

“ Muhammad! Jika kalimah inilah yang engkau maksudkan, kau bukan sahaja menempah padah dari suku arab, malah dari seluruh pelusuk dunia!”

Ada apa dengan dua kalimah itu sehingga Abu Jahal rasa tergugat sebegitu rupa?

***

Masih terngiang-ngiang saat Kak Asma’ menyelitkan kisah yang sudah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu di Autumn Gathering minggu lepas. Sgalanya bagai masih basah dalam ingatan. Kehairanan tatkala membayangkan Abu Jahal yang kafir itu begitu takut dengan kalimah dua syahadah yang bagi kita selama ini hanyalah kalimah yang terkandung perkataan Allah sebagai Tuhan. Dan Muhammad sebagai rasul. Cukup.

“ Kerana Abu Jahal itu sudah terlalu fahamlah dia menolak sekeras-kerasnya kalimah syahadah itu…” , ujar Kak Asma’ lagi.

Entahlah,sebelum ini, selama lebih 20 tahun menghirup nafas, hidup dipayungi atmosfera Allah, tidak aku persoalkan, tidak aku cuba fahami kenapa syahadah itu membawa pengertian yang amat besar sekali. Pentingnya kalimah ini sehingga menjadi rukun pertama dalam rukun Islam. Melebihi tuntutan solat dan dan syariat yang lain. Rupa-rupanya syahadah itu tidak aku fahami, tidak aku rasai, dan tidak berbekas dalam hati.

“ Lailahaillah…maksudnya penafian atas segala sembahan selain Allah..”.

Ya, mungkin yang terbayang di kepala untuk menjadi ‘islam’, hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak menyembah atau dalam erti kata lain tidak sujud dan tunduk kepada ‘berhala’. Wah, mungkin berhala itu ‘valid’ sebagai sembahan untuk orang kafir pada zaman itu sahaja.

“ Jangan lupa, orang Arab tu sebenarnya sudah tahu yang Allah itu Tuhan. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak buat, kerana, jika mereka percaya dan meyakini perkara itu,mereka takut terputus mata pencarian “, Kak Asma’ menyambung pengisian. Aku terus berkedip-kedip mata. Ku lihat ketika itu, teman-teman yang lain seperti Ros dan Deena juga sama sepertiku. Tidak sabar mahu mendengar butir bicara seterusnya dari Kak Asma’. Walaupun hanya dua baris syahadah yang sudah lama kita ucapkan, namun bagai sekarang baru mengenalinya.

“ Sembahan itu besar maknanya. Menurut Abul A’ala Al-Maududi, sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang bila dengannya kita menjadi tenang. Dengannya kita menyandarkan perlindungan, selalu rindu dan terkenang-kenangkannya dan selalu bangat terkenangkannya ..”

Alahai, bagai merindu seorang kekasih pula. Maka dengan makna sembahan yang inilah membuatkan Abu Jahal dan pembesar lain juga menolak dengan sekeras-kerasnya syahadah. Walaupun mereka sangat-sangat faham, lebih faham dari kita!

Tanpa sedar, kenanganku yang telah luput dari hidupku, bagai berputar-putar kembali dalam ingatan. Bermain bagai layar di panggung wayang.

***

Umur aku ketika itu masih muda, muda remaja. 18 tahun ketika itu. Saat dimana darah muda hangat mengalir dalam tubuh. Saat kawan adalah segalanya, bukan keluarga. Saat di mana diri mengharap di kasihi seorang insan bukan sejenis bernama lelaki. Mengikat hubungan yang dinamakan cinta bersamanya.

Cinta yang aku faham ketika itu tiada lain hanya cinta untuk sang kumbang. Belajar cinta dari televisyen, dari novel-novel, dari masyarakat sekeliling. Maka ketika itu aku menterjemahkan cinta mengikut tafsiranku sendiri. Hari-hari bergelumang dengan kata indah, hati yang selalu berbunga-bunga, bak kata nenek moyang, ‘makan tak kenyang, mandi tak basah’.

Hari-hari yang aku lalui bagai suatu keasyikan. Yang ada di mata, dalam pandangan setiap masa hanyalah dia, insane yang aku cinta.

Tetapi Allah itu Maha Penyayang. Allah tarik aku yang ketika itu menjadikan sang kumbang itu Ilah dalam hidup aku ketika itu.

Dua tahun berlalu, dua tahun juga aku mengikat cinta dengannya. Takdir Allah mendahului, dia pergi meninggalkan aku dan dunia buat selamanya akibat penyakit barah hati. Sedihnya tidak tergambar dek perasaan masa itu. Kolam air mata sudah kering, tidak mampu kutumpahkan air mata lagi.

Allah lah sebaik-baik perancang, aku mendapat tawaran belajar ke Negara Matahari Terbit. Sepatutnya aku pergi dengan gembira, dengan rasa bersyukur kerna terpilih dari sejumlah orang lain yang mendambakan peluang belajar sebegitu. Entah mengapa, sejak kehilangan dia..aku rasakan hidup aku bagai tidak bermakna.

***

Tanpa sedar, ada butir halus mengalir. Lama sungguh aku melayar lamunan. Teman-teman lain masih khusyuk mendengar pengisian di hadapan. Aku kesa air mata yang tumpah itu dengan hujung tudung. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu ada yang perasan.

Air mata yang gugur, bukan lagi sedih dengan kehilangannya. Tapi aku menyesal dan sedih bila aku kenang saat itu. Sejak Kak Asma menerangkan makna Illah dalam kalimah syahadah itu, baru aku faham maksud yang sebenarnya.

“ Astaghfirullah, rupa-rupanya selama ini aku menjadikan dia sebagai Ilah menggantikanMu, ya Rab. Di mana ketika itu aku lupa padaMu. Yang memberi aku nafas, yang memberi aku segala macam nikmat. Tapi aku buta, aku tenggelam dalam nafsu. Menjadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu. Malah zalimnya aku tanpa sedar menjadikan dia sebagai Ilahku”, aku bermonolog sendiri.

Bibirku tidak henti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepada Allah yang menyelamatkan aku dari menjadi hamba cinta manusia. Yang sepatutnya aku salurkan seluruh cinta, seluruh pengharapan, seluruh pengabdianku kepada Allah.

“ Macam-macam Ilah tu boleh di tafsirkan dalam kehidupan kita. Contohnya jika ada yang terlalu asyik belajar sehingga menombor duakan Allah, maka belajar itu menjadi sembahannya. Bagi yang sibuk bekerja, menepikan hak kepada Allah, maka jaga-jaga, kerja itu juga adalah sembahannya. Dan bagi adik2 dan kawan2, begitu juga cinta kita pada makhluk. Jika melebihi, dan menghalang kita dari mencintai Allah, itulah yang menjadi Illah kita. Nauzubillah..”

Tidak semena-mena, hatiku terasa di jentik. Titisan jernih mengalir. Aku tertunduk, mendiamkan diri.

***

“ Akak nampak, awak menangis masa Kak Asma’ beri pengisian tadi. Kenapa, ada apa-apa yang tidak kena ke?”, Kak Nawfal merapati aku dan nada suaranya rendah bagai berbisik padaku. Aku membalasnya dengan senyuman, tanpa sebarang kata. Pantas tanganku mencapai seketul shirome fry dengan sepit dan menghidangkannya dalam piring kecil atas dulang. Salad, hirisan timun, beberapa tomato kecil bersama dengan goma-dressing nampak begitu menyelerakan. Aku memberi isyarat pada Kak Nawfal untuk duduk semeja denganku. Ada sesuatu ingin ku sampaikan.

“ Kak, pertama sekali, terima kasih sangat-sangat. Akak ajak saya ke program Autumn Gathering di Nigata ini. Saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama saya tak jumpa. Saya dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan teman-teman lain. Saya rasa tenang sangat bila ada dalam suasana sebegini..”

Kak Nawfal memandang dengan pandangan yang menyejukkan hati. MasyaAllah.

“ Berterima kasihlah pada Allah yang mengerakkan hati, yang membawa langkah awak ke sini. Bayangkan, dalam berapa ratus ribu orang yang sebaya awak di Malaysia, awak yang terpilih untuk belajar ke Negara Matahari Terbit ini. Dan dalam ribuan mereka disini, awak yang Allah pilih untuk ke Autumn Gathering. Alhamdulillah.. “, Kak Nawfal mengalihkan rasa terima kasihku kepada Allah. Dia merendahkan hati , mengingatkanku bahawa yang datang itu semua dari Allah.

“ Baru saya tersedar, kak. Ilah saya selama ini bukan Allah. Mungkin secara pandangan luar saya belum pernah tinggalkan solat, saya baca al-Quran. Tetapi dahulu dalam hati saya penuh dengan ingatan dan kasih saya pada makhluk. Bila saya dengar maksud sembahan yang sebenarnya tadi, saya rasa amat takut. “, ada sedikit getar dalam nada suaraku. Kak Nawfal sebenarnya sudah aku beritahu tentang kisah silamku.

“ Tak mengapa, Allah itu sangat sayangkan awak. Sebab itu Allah takdirkan untuk awak kehilangan dia. Sebab Allah cemburu lihat awak terlalu cintakan makhluk. Sedang Allah itu setiap saat sangat menantikan hambaNya untuk mengingatinya. .“, kata-kata Kak Nawfal bagai air sejuk yang menyejukkan tekak yang kehausan. Aku tersenyum lebar.

“ Kak, pimpin saya kak. Pimpin saya pada jalan Allah. Saya berazam nak menyembah Allah. Tak nak dah Ilah lain dalam jiwa saya. Saya nak perbaiki diri”, usai aku menyatakan hasratku, Kak Nawfal menggenggam erat tanganku.

“ InsyaAllah, sama-sama kita baiki diri kita. Kalau awak tak keberatan, akak ajak awak untuk turut serta dalam liqa’. Kawan-kawan sebaya awak pun ada. InsyaAllah, dari situ kita sama-sama didik diri untuk menjadi individu muslim yang lebih baik”. Aku tersenyum, senyumku menguntumkan harapan.

***

Hari ini merupakan hari terakhir setelah 3 hari berprogram di Niigata. Terasa terlalu berat hati ini untuk melangkah pergi untuk berpisah. Bagaimana hati yang baru berjumpa, boleh terus menyulam cinta. Belumpun berpisah, rindu sudah datang menerpa. Inilah keindahan ukhuwwah.

Kami membentuk sebuah bulatan, tangan teman-teman di kiri dan kanan aku rangkul erat-erat, tidak mahu lepas. Sama-sama mengalunkan lagu ‘Aku ingin MencintaiMu’ nyanyian Edcoustic. Irama lagu kami nyanyikan dengan sangat harmoni.

Dan air mataku, tumpah untuk kesekian kali..

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan

Berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatimu-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi……

Keterikatan hati, yang dipateri dengan sedar bahawa penyaksian dalam dua kalimah itu harus di tunaikan. Dalam kesedaran, mahu memimpin ummah kembali kepada Ilah sebenar, cinta dan ukhuwwah adalah penguat. Mana lagi kalau bukan menagih cinta dari teman seperjuangan, yang bakal menemani , yang akan menopang jika hampir tersungkur di tengah jalan.

Teman-teman, tidak sabar rasanya mahu kembali bertemu. Aku sudah membenih cinta dan rindu, moga ketemunya kita di Fuyu Gathering Nagano nanti, Allah sudah sebati menjadi Ilah dalam jiwa kita .

***

Yang mengaku beriman itu, bila lagi mahu menyungkur sujud menyerah diri dengan sepenuh hati. ?

Allah sebagai Ilah. Tapi berapa ramai yang menidakkannya. Jika aku pernah meng’ilah’kan seorang manusia atas dasar cinta nafsu yang rapuh, bagaimana pula yang lainnya. Betapa setiap saat adakah kita, yang mengucapkan dua kalimah suci dalam rakaat terakhir setiap solat, sudah menunaikannya?

Pergantungan hanya pada Allah,

Rindu..rindukan Allah.

Tenang jiwa, hanya dengan mengingati Allah.

Namun, entah berapa ramai, sedang aku sendiri yang mendustakan.

“ Nikmat Tuhanmu yang mana lagikah mahu engkau dustakan?” , berulang-ulang di sebut dalam surah Ar-Rahman.

Aku mahu hanya Allah sebagai Ilahku. Bukan sembahan harta, bukan sembahan manusia, bukan sembahan hiburan dunia.

Lailaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah.

dan air mataku tumpah, dan tumpah lagi..

Fuyu Gathering 2009 ~All About Ghulam~

Bismillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Mahu tahu kisah si cilik ghulam yang comel?

Menyelusuri kisah hidupnya…

memilih antara dua,

untuk mengikut  tukang sihir yang terkenal,

atau si rahib yang menegakkan kebenaran…?

AkiCombo telah seminggu berlalu

Masih hangat lagikah semangat untuk menjadi SAKSI KEBENARAN kepada alam?

Sudah runtuhkah DINDING JAHILIYYAH dalam diri?

dan apa kaitan semua ini dengan kisah si cilik ghulam ini?

mahu tahu APA dan KENAPA?

NANTIKAN SEGALANYA DI

FUYU GATHERING 2009

~ALL ABOUT GHULAM~

Tarikh : 26~28hb Disember 2009

Tempat : Hakuba ,Nagano (snowboard pun ada  bagi yang berminat )

Untuk keterangan lanjut ,sila hubungi :

Sister Nadzirah Baharom

090-6616-9590

nadz_anato88@yahoo.com

Website dan borang pendaftaran : Jom klik saya =D

p/s : Terbuka kpd akhawat (jousei) sahaja. Penyertaan adalah terhad, rebutlah peluang selagi masih ada. Moga ia menjadi titik tolak hijrah dalam diri kita inshaAllah :)

*glosari:

ghulam: perkataan bahasa arab yang bermaksud budak lelaki