Selamat Bermujahadah

Bismillah.
Assalamualaikum.
Selamat Bermujahadah!

Selamat Bermujahadah!

SHIKEN? EXAM? PEPERIKSAAN?
…….mudah atau susah…..

 

berTAWAKAL

 

berUSAHA

 

berDOAlah kepada ALLAH!

 

Sebaik-baik TAWAKAL adalah Tawakal seekor burung.

Tanpa USAHA, MIMPI takkan jadi kenyataan.

Tanpa DOA kepadaNYA, segala-galanya menjadi sia-sia tanpa keberkatanNYA.

Sambil mengejar IJAZAH,

pastikan RISALAH yang perlu disebarkan juga tidak tercicir.

Kerna kelak,

peperiksaan yang lebih besar ‘di sana’ bakal kita hadapi.

SELAMAT BERMUJAHADAH !

 

試験、頑張ってください!

 

Kematian

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-Araf:34)

Di suatu petang…

Miss beauty : Salam.You tengah watpe?

Gungun :  Takde watpe pun.Tengah tengok berita utama ni.
Eh,you tau tak pasal kes bas sani ekpress accident tu?

Miss beauty :  Eh,bila?Tak tau pun.Dah lama I tak tengok berita la..huhu

Gungun :  Semalam…teruk gak la.10 orang maut.Takut sangat tengok.
Pastu teringat kat abang I,nasib baik tak naik bas malam tu.

Miss beauty : Emm,tapikan,mati kan boleh  di mana2 je.

——————————–Perbualan tamat—————————————-——

Bila teringatkan kembali perbualan gungun dengan seorang sahabat gungun ini,mesti gungun teringat ayatnya yang terakhir tu.

“Mati kan boleh di mana-mana.”

Ya,memang mati boleh berlaku dimana-mana pun. Dan bila-bila sahaja. DIA tidak akan kirim sms pemberitahuan pada kita bila tarikh kematian kita. Indahnya kalau ramai yang sedar tentang tu. Mati boleh dimana-mana dan bila-bila pun.Pasti ramai yang sentiasa bersedia untuk menghadapi saat itu kan. Pasti ramai yang sentiasa bertemankan al-QURAN. Pasti ramai yang sentiasa bermuhasabah diri.

Kematian..sudah cukupkah bekalan kita untuk menghadapi saat itu?

Sudah terlaksana kah  dua tanggungjawab besar kita?

Mampukah kita mengatasi hujah ALLAH di akhirat nanti?

Tepuk dada,tanya iman..

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi . Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-baqarah:30)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Az-Zariyat:56)

Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-nisa:165)

FG 2009 revisited: monolog KITA

Masih ingatkah lagi KITA sewaktu mula-mula menjejak kaki di sini?

Apa cita-cita kita, apa yang kita harapkan?

Mungkin segulung ijazah

Mungkin juga sebuah kereta yang mewah…

Mungkin juga belajar peradaban dari orang negeri matahari terbit ini…


Setiap hari kita memerah keringat

Bergelen-gelen daya usaha kita pertingkat,

Namun apakah nilainya,

Jika penghujung cita-cita..

Hanyalah menjadi seorang jurutera yang gah di persada dunia.

Ya, dunia yang fana ?


Masih ingatkah kau lagi kisah ghulam?

Yang kita war-warkan kurang sepurnama dahulu

Cerdik akalnya, tajam daya fikirannya, matang tindak-tanduknya,

Bukankah KITA adalah DIA?


Masih berbekaskah di hati mu,

Tidak terlopongkah mulutmu,

Jika kisah ghulam ,

Tapi kita lebih senang mengatakan ini kisah kita

Sudah disebut Habibullah  lebih 1431 tahun yang dahulu…


Asasnya sama;

Tatkala mata-mata kita dikelubung sihir dunia,

Bagai rimokon yang mengawal fikiran dan hidup kita.

Punat-punat ditekan,

Kita pun bergerak…


Hai manusia, jika mahu hebat. Jadilah seorang jurutera yang tersohor. Biar retak langit dengan bangunan yang kau bina setingginya. Biar terpukau pandangan manusia dengan gajet-gajet yang kau cipta. Biar gah, namamu sebagai penerima anugerah Nobel yang entah keberapa. Biar kau kaya, raya.


Kata-kata itu bagai bius yang mencucuk.

Dan kita pun lena, serta tunduk mengikut.


Tapi hari itu,

Masih ingatkah kau lagi tika mata kita sama-sama terbuka!

Bagai ada tangan yang menggugah kencang bahu ku, dan bahumu


Kau bukan dicipta untuk keinginan yang sekecil ini. Sedang penciptamu menjadikan kau dengan matlamat yang mengangkat darjatmu. Beribadahlah kepada Penciptamu. Jangan kau lupa, akal yang diberi, gunalah sebaiknya untuk mentadbir dunia. Kau mahu berprofesion apa, jadilah. Tetapi, berpandulah dengan risalah Tuhan.  Hanya dengan itu kau bisa bahagia…


Cukuplah kita diperalatkan,

Jangan jadi seperti lembu yang dicucuk hidung,

Mengikut telunjuk yang menarik.

Sedang kita tak tahu, apa yang menanti di hujung.


Kerna kita bukan boneka,

Tapi kitalah ghulam mulia darjatnya!

biru n hijau

Saat aku berdiri dan melihat

Saat aku berbaring dan melihat

Saat aku duduk dan melihat

Saat aku berjalan dan melihat

Saat aku berlari dan melihat

Apa yang ku lihat?

Apa yang ku pandang?

Ku lihat bukti keesaanNYa

Kupandang indah ciptaanNYA

Bumi terbentang luas untukku

Hujan penuh rahmat menimpaku

Hijau gunung menangkap penglihatanku

Biru langit menjadi atapku

Cukup indah

cukup mengagumkan

bukti kebenaranNYA

bukti kekuasaanNYA

tiada dua,tiada tiga

hanya YANG ESA


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (191) (Al-Imran,3:190,191)

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. (An-nur,24:43)