struktur jirim dan tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahim…

Ah, saya mengelamun lagi!
Katou Sensei menerangkan pada kami dalam kuliyyahnya semalam, Kougyou Netsu Rikigaku (Heat Dynamic in Industry ) tentang graf penghasilan wap air apabila sesuatu bahan ( biasanya H2O ) dipanaskan sehingga 100c. Mungkin saya yang pada mulanya agak kantuk juga mendengar, dan kadang-kadang berkerut-kerut kening juga untuk cuba menghadam.

Sehinggalah tiba saat tatkala sensei melukis bulat-bulat kecil beserta anak panah di luar bulatan menunjukkan pergerakan rawak zarah-zarah. Sungguh natsukashi! Minat untuk menumpukan perhatian semakin mendalam..sensei pun terus meneruskan lukisannya dan menerangkan sehingga zarah-zarah pepejal.

Hurm, jika dilihat dari pergerakan ketiga-tiga zarah ini, ternyata setiap satunya berbeda sekali. Zarah gas akan bergerak bebas melanggar antara satu sama lain, akibat tenaga kinetik yang dipunyai oleh zarah gas tinggi dan bilangannya juga sedikit.

Manakala pada keadaan cecair, suhu lebih rendah berbanding zarah gas dan tenaga kinetiknya juga menurun. Menyebabkan pergerakannya perlahan dan mula membentuk ikatan-ikatan antara zarah. Daya tarikan antara satu sama lain juga semakin kuat.
Pada keadaan zarah pepejal pula, zarah-zarah hanya bergetar pada kawasan yang sama, zarah-zarah di ikat oleh ikatan yang kuat antara satu sama lain. Bilangan zarah yang memenuhi ruang juga lebih banyak dan tersusun.

SAYA MAHU JADI ZARAH PEPEJAL!


Begitulah tarbiyyah…
Bagaimana tarbiyyah yang bisa sekali menjadikan kita yang sebelum ini  bergerak tidak keruan, susunan hidupnya tidak teratur, tersusun cantik dalam satu sistem islam yang sangat cantik !

Tarbiyyah merendahkan suhu sekitar kita hasil penangan nafsu, godaan syaitan dan keterikatan jiwa pada dunia.

Tarbiyyah, itulah yang mendidik jiwa-jiwa manusia. Agar kenal hakikat penciptaan manusia itu sendiri. Kenal siapa yang mencipta, untuk apa manusia itu diciptakan, dan kemana manusia itu akan pulang.

Jika tidak, kita bakal jadi seperti zarah-zarah gas itu. Hidup tidak keruan, saling berkejar-kejaran menuju matlamat yang entah apa penghujungnya. Tidak kenalnya kita pada hakikat menyebabkan kita terasa seperti hidup ini terlalu singkat, masa terhad sebelum sempat kita pulun semua yang ada atas muka bumi. Hasilnya kita sendiri terlalu ingin menjadi itu dan ini. hanya dengan tujuan untuk memenuhi kehendak dan keinginan pada dunia semata-mata.

Manusia sendiri tidak mengenal siapa dirinya. Walhal, manusia sendiri bisa sekali mencipta itu dan ini dan berfikir tentang sesuatu sehingga memeningkan kepala kita. Bila ditanyakan dari mana asal dirimu? Manusia akan diam membisu…tetapi persoalan ini yang sebenarnya menebal dalam fitrah manusia.
Manusia terus berfikir..siapakah dirinya?

Allah Maha Tahu yang manusia sejauh manapun manusia itu boleh berfikir, takkan sampai dapat mengetahui dirinya berasal dari tanah. Melainkan selepas Allah mengutuskan rasul , dan al-quran sebagai panduan.
Disinilah garis perpisahan kita dengan yang bukan muslim. Dan akibat dari hal inilah lahirnya teori kelakar dari Darwin yang mengatakan manusia itu berasal dari beruk! Habis punah manusia dibuatnya dengan teori yang merapu itu. Saya tidak mahu mengaku saya berasal dari beruk.

Selain dari jasad manusia yang diciptakan dari tanah, Allah meniupkan ruh pada jasad itu..maka sempurnalah seorang manusia. Tanpa wahyu dari Allah, manusia tidak akan tahu kejadian bahkan kemuliaan manusia itu sendiri. Mari kta tadabbur ayat dari Surah As-Sajadah ayat 7 hingga 9

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)

Tapi tanpa tarbiyyah, manusia tidak akan terpandu hidupnya. Mencari ketenangan, namun tidak berjumpa, akhirnya matilah dalam keadaan yang tidak tahupun kenapa ia dicipta. Kasihan bukan?

Kita seringkali meminta pada Allah, paling kurang 17 kali sehari, agar ditunjukkan jalan yang lurus. Iaitu jalan-jalan mereka yang telah Allah kurniakan nikmat. Termasuklah disini rasul-rasul Allah, para sahabat dan mereka yang telah meninggalkan dunia dan menempa ni’mat di alam sana.

Bagaimana mahu menempuh jalan lurus ini?

Adakah semudah meminta doa dan kemidian berpeluk tubuh tanpa berusaha apa-apa?

Jika direnung kembali, Rasulullah SAW mengambil masa selama 13 tahun di Makkah hanya untuk menanamkan dan mendidik jiwa-jiwa dengan iman. Sudah tentu tempoh 13 tahun itu bererti tempoh tarbiyyah sahabat-sahabat.

Sehingga garangnya Umar ketika jahiliyyah itu mempu menggerunkan musuh islam selepas Umar memeluk islam!

Sehingga jiwa-jiwa yang dahulu dipandang hina sebagai hamba dipandang mulia atas ketaqwaan mereka. Lihat sahaja Bilal bin Rabah.

Sehinggakan tarbiyyah iman itu melahirkan sahabat-sahabat yang sanggup berkorban jiwa, apatah lagi harta benda.

Alhamdulillah pada Allah yang menemukan kita pada jalan tarbiyyah.

Moga yang sudah ketemunya, kita sama-sama tingkatkan kesyukuran..dan moga diberi kekuatan dan kesempatan untuk memanifestasikan kesyukuran.

Advertisements

golden week gathering 2010

Salam alaikkk

Golden Week datang lagi!!!!!

Belum ada apa2 plan untuk minggu keemasan nanti?

Jommmm kita bertemu, menukar cerita, berbual panjang..

Dari mana asal diri ini?

Siapa sebenarnya diri ini?

Ke mana hala tuju diri ini?

Jom temukan jawapannya bersama..
Merungkai seribu rahsia
Mendamba sejuta rasa
hanya kita mampu mengenal siapa kita..

jom..

bertempat di: chiba ken
masa : 1~3 mei 2010

untuk maklumat lanjut klik sini

Cita-cita kami tertinggi

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihad lah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(At-taubah,9:41)

Jihad itu susah

Jihad itu payah

Pelik andai terasa senang

Dusta andai terasa mudah

Sunnatullah

Setiap jihad pasti beserta ujian

Namun

Jihad membahagiakan

Jihad mengembirakan

Jihad menghidupkan

Sekalian hati2 yang layu

yang alpa, yang lalai

dengan hiasan dunia

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita2 kami tertinggi

satu…

Bismillahirrahmanirrahim…

Apa khabar pembaca sekalian 🙂 ?

Moga-moga sentiasa sihat ruhi dan jasadinya, ya!  Untuk kali ini, cucu ingin kongsikan sebuah lagu dengan pembaca-pembaca semua.  Bagi cucu, lagu ini punyai makna yang amat tersirat. Mendengarnya sahaja, bergenang air mata. Lebih-lebih lagi bila bahagian ini di nyanyikan…

Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa

SATU

Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa
Bersama niat hati suci
Sejati dalam nurani

Menyemai satu cita-cita
Bersama dihiasi iman dan taqwa
Demi untuk maruah agama
Yang kini dibuai gelora

Satu cita-cita tersemat dalam jiwa
Dengan keikhlasan tulus dari hati
Harapanku meninggi

Satu kejayaan bila cita kukecapi
Tanpa rasa jemu berserah pada-Nya
Bersyukur pada Tuhan

Satu cita-cita yang sejati
Abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
Kita menyemai budi

Jiwa yang sejati harmoni
Tiada rasa sangsi
Sujud setia kepada-Nya
Hanya Allah yang Esa

Moga-moga kita tsabat di jalan ini. Walaupun ternyata memperjuangkan agama pada masa sekarang bagai menggenggam bara api, moga kita terus bertahan. ..amin.

p/s: lagu ini jika tidak silap cucu dinyanyikan oleh kumpulan All For Ummah dari SMAP Kajang.