struktur jirim dan tarbiyyah

Bismillahirrahmanirrahim…

Ah, saya mengelamun lagi!
Katou Sensei menerangkan pada kami dalam kuliyyahnya semalam, Kougyou Netsu Rikigaku (Heat Dynamic in Industry ) tentang graf penghasilan wap air apabila sesuatu bahan ( biasanya H2O ) dipanaskan sehingga 100c. Mungkin saya yang pada mulanya agak kantuk juga mendengar, dan kadang-kadang berkerut-kerut kening juga untuk cuba menghadam.

Sehinggalah tiba saat tatkala sensei melukis bulat-bulat kecil beserta anak panah di luar bulatan menunjukkan pergerakan rawak zarah-zarah. Sungguh natsukashi! Minat untuk menumpukan perhatian semakin mendalam..sensei pun terus meneruskan lukisannya dan menerangkan sehingga zarah-zarah pepejal.

Hurm, jika dilihat dari pergerakan ketiga-tiga zarah ini, ternyata setiap satunya berbeda sekali. Zarah gas akan bergerak bebas melanggar antara satu sama lain, akibat tenaga kinetik yang dipunyai oleh zarah gas tinggi dan bilangannya juga sedikit.

Manakala pada keadaan cecair, suhu lebih rendah berbanding zarah gas dan tenaga kinetiknya juga menurun. Menyebabkan pergerakannya perlahan dan mula membentuk ikatan-ikatan antara zarah. Daya tarikan antara satu sama lain juga semakin kuat.
Pada keadaan zarah pepejal pula, zarah-zarah hanya bergetar pada kawasan yang sama, zarah-zarah di ikat oleh ikatan yang kuat antara satu sama lain. Bilangan zarah yang memenuhi ruang juga lebih banyak dan tersusun.

SAYA MAHU JADI ZARAH PEPEJAL!


Begitulah tarbiyyah…
Bagaimana tarbiyyah yang bisa sekali menjadikan kita yang sebelum ini  bergerak tidak keruan, susunan hidupnya tidak teratur, tersusun cantik dalam satu sistem islam yang sangat cantik !

Tarbiyyah merendahkan suhu sekitar kita hasil penangan nafsu, godaan syaitan dan keterikatan jiwa pada dunia.

Tarbiyyah, itulah yang mendidik jiwa-jiwa manusia. Agar kenal hakikat penciptaan manusia itu sendiri. Kenal siapa yang mencipta, untuk apa manusia itu diciptakan, dan kemana manusia itu akan pulang.

Jika tidak, kita bakal jadi seperti zarah-zarah gas itu. Hidup tidak keruan, saling berkejar-kejaran menuju matlamat yang entah apa penghujungnya. Tidak kenalnya kita pada hakikat menyebabkan kita terasa seperti hidup ini terlalu singkat, masa terhad sebelum sempat kita pulun semua yang ada atas muka bumi. Hasilnya kita sendiri terlalu ingin menjadi itu dan ini. hanya dengan tujuan untuk memenuhi kehendak dan keinginan pada dunia semata-mata.

Manusia sendiri tidak mengenal siapa dirinya. Walhal, manusia sendiri bisa sekali mencipta itu dan ini dan berfikir tentang sesuatu sehingga memeningkan kepala kita. Bila ditanyakan dari mana asal dirimu? Manusia akan diam membisu…tetapi persoalan ini yang sebenarnya menebal dalam fitrah manusia.
Manusia terus berfikir..siapakah dirinya?

Allah Maha Tahu yang manusia sejauh manapun manusia itu boleh berfikir, takkan sampai dapat mengetahui dirinya berasal dari tanah. Melainkan selepas Allah mengutuskan rasul , dan al-quran sebagai panduan.
Disinilah garis perpisahan kita dengan yang bukan muslim. Dan akibat dari hal inilah lahirnya teori kelakar dari Darwin yang mengatakan manusia itu berasal dari beruk! Habis punah manusia dibuatnya dengan teori yang merapu itu. Saya tidak mahu mengaku saya berasal dari beruk.

Selain dari jasad manusia yang diciptakan dari tanah, Allah meniupkan ruh pada jasad itu..maka sempurnalah seorang manusia. Tanpa wahyu dari Allah, manusia tidak akan tahu kejadian bahkan kemuliaan manusia itu sendiri. Mari kta tadabbur ayat dari Surah As-Sajadah ayat 7 hingga 9

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; (7) Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (8) Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (9)

Tapi tanpa tarbiyyah, manusia tidak akan terpandu hidupnya. Mencari ketenangan, namun tidak berjumpa, akhirnya matilah dalam keadaan yang tidak tahupun kenapa ia dicipta. Kasihan bukan?

Kita seringkali meminta pada Allah, paling kurang 17 kali sehari, agar ditunjukkan jalan yang lurus. Iaitu jalan-jalan mereka yang telah Allah kurniakan nikmat. Termasuklah disini rasul-rasul Allah, para sahabat dan mereka yang telah meninggalkan dunia dan menempa ni’mat di alam sana.

Bagaimana mahu menempuh jalan lurus ini?

Adakah semudah meminta doa dan kemidian berpeluk tubuh tanpa berusaha apa-apa?

Jika direnung kembali, Rasulullah SAW mengambil masa selama 13 tahun di Makkah hanya untuk menanamkan dan mendidik jiwa-jiwa dengan iman. Sudah tentu tempoh 13 tahun itu bererti tempoh tarbiyyah sahabat-sahabat.

Sehingga garangnya Umar ketika jahiliyyah itu mempu menggerunkan musuh islam selepas Umar memeluk islam!

Sehingga jiwa-jiwa yang dahulu dipandang hina sebagai hamba dipandang mulia atas ketaqwaan mereka. Lihat sahaja Bilal bin Rabah.

Sehinggakan tarbiyyah iman itu melahirkan sahabat-sahabat yang sanggup berkorban jiwa, apatah lagi harta benda.

Alhamdulillah pada Allah yang menemukan kita pada jalan tarbiyyah.

Moga yang sudah ketemunya, kita sama-sama tingkatkan kesyukuran..dan moga diberi kekuatan dan kesempatan untuk memanifestasikan kesyukuran.

2 thoughts on “struktur jirim dan tarbiyyah

  1. wahh semangat baru nih, syabas!🙂
    cari bekalan dan buat persiapan sebanyak mungkin dari sana, kerna dugaan dan cabarannya cukup besar di sini.
    rindu semua.. selamat ber gwg!🙂

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s