Mereka mengejar syurga. Kita mengejar apa?

Bismillah.
Assalamualaikum…

Sahabatku,
Sudah baca berita serangan Israel ke atas kapal-kapal yang dihantar ke Gaza dalam misi kemanusiaan?
http://palestinkini.info/
http://www.livestation.com/channels/52?page=2

Sedihkan?
Sungguh..tak tergambar dek akal yang waras bagaimana manusia sebijak bangsa Israel laknatullah itu boleh berpelakuan seperti itu??
Menyerang kapal yang hanya bermisikan kemanusiaan ke Gaza tanpa senjata yang dibawa bersama..

Zalim dan kejam!
Sungguh…benarlah kata-kata Allah…
 

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? “

(Surah Muhammad, 47:24)

 

Benarlah andai Allah kunci hati manusia itu, tak akan ada siapa yang mampu membukanya.

Doalah..doalah agar Allah memenangkan kita..memenangkan Islam….
agar bukti kekuasaan Allah itu terserlah di mata mereka…

Sedih melihat mereka di Gaza ditindas,

mereka yang di atas kapal LL4G ditembak sesuka hati…
namun…
dalam kesedihan itu…aku bangga dengan mereka..
cemburu..cemburu dengan semangat mereka.
Aku juga rindu kan syahid!
Aku juga mahu syahid krn Nya…

Kita menangis di sini.
namun, cukup kah hanya sekadar itu??
Cukupkah hanya sekadar meratapi nasib mereka di sana?
Ratapi lah nasibmu dahulu!
Mereka sedang berjihad di sana..mereka sedang mengejar syahid di sana.
namun..apa yang kau buat keseorangan di dalam bilik mu itu?
Main games?Tengok drama?Baca komik?

Astaghfirullah…

Bangunlah wahai manusia! Bangunlah wahai pemuda!
Semailah…Tanamlah…Siramilah benih Islam dalam dirimu itu.
Sedarilah yang kita ini umat akhir zaman!
Takkan baru keluar berita mengenai serangan ke Gaza baru kita mahu membuka mata?
Mereka mengejar syahid..
Kita mengejar duniawi??ohh..nauzubillahi min zalik…

Semoga Allah membantu mereka di sana dan
semoga Allah membantu kita membina Islam dalam diri kita juga insyaAllah.
Takbir!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya
Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan
Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim.
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah!
Dialah Pelindung kamu.
Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.

 (Surah Al-Hajj, 22:78)

 

Wallahualam. Wassalam.

Advertisements

K . I . L . A . T

Kehangatannya mula terasa!

Perhimpunan terbesar yang bakal mengumpulkan pelajar seluruh

JEPUN

KOREA

CHINA

hanya di

KURSUS INTENSIF LINGKARAN ASIA TIMUR

(KILAT)


“…from ZERO to HERO

bila ianya menggugah hati dan naluri anda!

kenali teman2 selingkaran kita di asia timur

rasai kehangatan persaudaraan sesama kita…

dan bersama kita menggegar dunia!

kerana kita adalah WIRA SEBENAR! … “

untuk maklumat lanjut…klik disini ...

jumpa disana!

ありがとうございます

감사합니다

謝謝