Imtihan

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Ana harap tidak terlewat untuk ana mewakili Team ICK untuk mengucapkan kepada seluruh pelajar di Jepun dan sekitarnya ,

HAPPY 試験 !

Selamat berMujahadah Dalam Imtihan Anda !

Allahu Yusahhil Alaik ~

[ May ALLAH make things easier for you insyaAllah]

BerTawakkallah seperti tawakalnya seekor burung.

Meninggalkan anak di sarang kerana tingginya pergantungan ia kepada Allah Yang Maha Menciptakan.

BerUsahalah segigihnya kerana ALLAH.

Kerana di setiap usaha itu pasti akan dinilai barakahnya di sisi Tuhanmu Yang Maha Mengetahui andai niatmu semua keranaNya.

berDoalah agar ALLAH bisa menghadiahkan kita segala yang terbaik insyaAllah.

Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan ~

Mari menjadi muslim yang belajar ,  bukan sekadar pelajar yang muslim!

Allahualam. Wassalam.

Si burung pipit…

Al-kisah……

Ketika Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Namrud, seeokor burung pipit terbang ke sungai lalu memenuhkan paruhnya dgn air. Air itu diterbangkan dan dicurahkan ke atas api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Berulang kali si pipit mengulangi perbuatannya.

Hinggalah ia ditanya,”Wahai pipit,mana mungkin beberapa titis air yang kamu bawa itu akan memadamkan api yang sedang membakar Ibrahim!“.

Pipit menjawab,”Ya, aku tahu air itu tidak dapat memadamkan api yang sebegitu besar. Tetapi perbuatanku ini akan melepaskan aku daripada dipersoalkan di akhirat kelak“.

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. (7:164)

burung pipit pun ngerti…dan sekecil-kecil usaha pun tetap dilakukan…

jadi, kita mahu tergolong dalam golongan mana?

adakah hanya menangkuk tangan di dagu sekadar menjadi pemerhati kepada pementasan duniawi?

atau turut menjadi sebahagian dari golongan yang berusaha seperti pipit, walaupun usahanya nampak kecil dan mustahil, tapi dia tetap melakukannya..

untuk islam menjadi “world order” kembali.. nampak seperti mustahil, tapi sunnatullah itu tiada yang kebetulan yang membuta tuli, dan ia pasti terjadi!!

ayuh sahabatku~! sama-sama kita jadi seperti pipit, menolong agama Allah walaupun usaha kita sekecil zarah sekalipun…

agar tiada lagi manusia yang mempersoalkan atau mampu berhujah di hadapan Allah kelak…

“Rasul-rasul itu adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul itu diutus. Allah Maha perkasa, Maha bijaksana.”(An-nisa:165)



Jaminan kebahagiaanmu

Ada sebab penciptaan
Ada sebab kelahiran
Ada sebab kehidupan

Bukan sia-sia diciptakan
Bukan sia-sia dilahirkan
Bukan sia-sia dihidupkan

Dunia hanya sementara
Dunia hanya gurau senda
Dunia hanya mainan leka

:::::: namun :::::

Terang sudah satu tujuan
Jelas sudah satu pegangan
Luas sudah satu lorongan

:::: tapi ::::

Seringkali kau nafikan
Acapkali kau dustakan
Semata kerana nafsu keduniaan!

Kau diciptakan kerna kasihsayangNYA
Kau dilahirkan kerna rahmat dariNYA
Kau dihidupkan kerna belas kasihNYA
Ingatlah, kau khalifahNYA
Kau hamba ciptaanNYA

Dunia bukan tempat kekalmu
Dunia bukan tujuan hidupmu
Letaklah akhirat setinggi-tinggi impianmu
Agar bisa kau tersenyum
Di atas dipan-dipan
Merasai sejuta ketenangan..

Perjuangkanlah keagungan islam agamamu
Tekadkanlah hatimu
Runtuhkanlah ego-egomu

Dalam lorong menggapai redha Ilahi
Kerana hanya itu jaminan kebahagiaanmu..

Takut dan Harap

Bismillah. Assalamualaikum.

By : Cik RamaramaUngu

“Akak, nanti akak balik Malaysia, akak cepat-cepat datang sini semula, deh.”

 “Kenapa pulak dik? Akak balik for good ni. Adik kan tau akak dah dapat kerja di kilang Nihon di Malaysia tu.”

 “Tau…”

 “Dah tu?”
“Tak de pape lah kak. Saje je…”

“Akak…”
“Yes? Doukashita?”
“Lain kali lah saya cakap.”
“Okay.”

“Akak…”
“Nape dik? Dah masuk tiga kali dah adik panggil akak tapi tergantung je.”
“Sebenarnya…”
“Sebenarnya??”
“Sebenarnya Dragon Ball ada tujuh biji semuanya!!”
“Ish, main-main pulak budak ni.”

“Akak, saya tak nak akak balik Malaysia lah sebenarnya. Saya harap sangat akak boleh stay je kat Nihon ni. Kalaulah ayah saya raja ke YB ke, saya minta ayah saya support akak duduk je kat Nihon ni. Depan mata saya.”

  

“Mengarutlah kamu ni dik. Mana boleh macam tu.”


“Saya takut sangat akak tak ada dekat dengan saya.”
“Adik… Adik…”

“Dik, adik sayang sangat ke kat akak ni?”
Angguk.

 

“Sampai harap akak sentiasa ada dengan adik?”
Angguk lagi.

 

“Sampai takut kehilangan akak?”
Sekali lagi angguk.

 

“MasyaAllah, Subhanallah. Ada jugak orang yang cintakan akak rupa-rupanya.”

 

“Laa.. kenapa pulak tiba-tiba keluar cerita pasal orang cinta kat akak pulak. Sekarang ni kita cerita pasal saya berharap sangat pada akak. Takut kehilangan akak.”

 

“Betullah.”


“Saya dah tak faham dah. Saya cakap lain, akak cakap lain. Akak memang kan. Selalu macam ni. Saya cakap lain, akak cakap lain.”

“Adik pernah jatuh cinta tak? Tak kisah lah pada kaum yang berlawanan jantina ke, family ke, kawan ke, keitai ke, shapupen ke?”

  

“Mestilah! Mestilah saya cintakan family saya, kawan. Selalu berharap diorang dekat dengan saya, selalu teringatkan diorang, takut kalau jadi apa-apa yang buruk kat diorang. Keitai… Shapupen… Sayang je kot. Tak mau hilang.”

 

“Haa.. Sama la tu. Tadi adik cakap adik berharap sangat akak selalu dengan adik dan adik takut kehilangan akak kan?”

 

“Betul.”


“Tu tandanya adik cintakan akak la tu.”
“Hihi.”

“Dik, setiap kali kita jatuh cinta pada seseorang atau sesuatu tu, dua perasaan ni; TAKUT DAN HARAP pasti akan seiring dengan rasa cinta tu. Bila dah jatuh cinta, kita pasti akan rasa kebergantungan pada “benda” tu. Tak boleh nak imagine apa akan jadi kalau suatu yang buruk berlaku pada “benda” tu. Tu lah cinta.”

“Betul jugak.”

“Tapi adik kene ingat, mencintai sesuatu tu ada limit, ada batasan.”

“Kenapa pulak? Kalau saya lah, kalau saya dah cinta, harap orang tu ada dengan saya, takut kehilangan, takut jadi apa-apa kat orang tu, lautan bara pun saya sanggup seberangi, hutan belantara saya sanggup saya redah, Fuji-san pun saya sanggup daki tau kak. Cuma tak terdaya je.”

“Tu dah salah tu dik.”

“Alamak, salah ke… Akak ni selalu je ada point nak betulkan iken saya.”
Senyum.

“Allah ada cakap, dalam Surah at-Taubah rasanya. Maksud dia lebih kurang macam ni. Kalau kamu menyintai keluarga, harta, rumah yang kamu sukai melebihi cinta pada Allah dan Rasul-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberi keputusan.1)

 
“Yes, keputusan. Kematian, kehilangan, kebakaran. Semua tu keputusan Allah lah.”
“Ish, jeles jugak Allah ni…”

“Keputusan?”

“Memanglah. Kita tau kan kenapa Allah ciptakan kita, manusia.”

“Beribadah pada-Nya, khalifah.”

“Tau pun. Dalam beribadah, dalam menjalankan tugas sebagai khalifah tu akan lahir rasa cinta pada Allah. Akan lahir rasa pengharapan pada Dia. Akan lahir rasa takut kehilangan kekasih kita yang Satu ni. So, memang selayaknya kita sebagai hamba yang paling sempurna penciptaannya ni meletakkan setinggi-tinggi rasa cinta kita pada Dia.”
“Ooo..”


“Tapikan, tak rasa ke macam susah je nak jatuh sejatuh-jatuh cinta kat Allah. Kalau kita cinta pada seseorang tu mestilah kita nak selalu call dia, cakap dengan dia. Lepas tu nak dia cakap yang dia pun sayang, cinta kat kita.”

“Lagi kak? Best pulak dengar pasal cinta cinta ni. hihi”
Senyum.

“Tashikani. Tapi, al-Quran tu kan kata-kata cinta-Nya pada kita. Solat tu kan penghubung direct antara kita dengan Dia. Zikir tu kan tanda ingatan kita pada Dia.”

“Yang tu saya selalu dengar. Kedo, macam mana nak control supaya cinta pada makhluk tu tak melebihi cinta pada Allah?”

“Hmm… Benda ni berbalik pada konsep takut dan harap tadi tu lah. Kita perlu anggap dan ingat semua yang kita miliki sekarang, dulu, akan datang ni semua milik Allah. Tak kisah lah adik hilang keitai yang adik sayang tu. Tak perlu bersedih kalau akak dah tak ada dekat dengan adik.”

“Tu yang susah tu. Takutlah hilang akak. Nanti siapa yang nak ingatkan saya kalau saya ada buat salah ke apa ke…”

“Letakkanlah seluruh kebergantungan, pengharapan, rasa takut kehilangan pada Allah. Jangan letakkan pengharapan yang tinggi pada makhluk. Jangan rasa takut kehilangan makhluk sebab makhluk tu hanya ciptaan. Kita patut mengharap pada Pencipta, rasa takut kehilangan Pencipta tu sebab Dia yang menciptakan.”

“Kalau kita dah cintakan Allah kan kak, macam mana kita nak tau Allah tu cintakan kita? Tak best lah bertepuk sebelah tangan je.”

Berdoalah pada Allah dengan rasa takut dan penuh harap. Rahmat Allah akan sentiasa dekat.2)”

“Tu je?”

Dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang.3)

 
“Betul jugak. Selalu kalau saya sedih mesti saya doa kat Allah. Pastu rasa macam tenang je.”

“Cinta bermusim. Tak boleh tu.”

“Cinta bermusim?”

“Ye lah. Ingat kat Allah bila ada kesusahan, bila sedih. Tak boleh la macam tu. Kalau nak orang tu balas balik cinta kita, tak boleh la sekejap ingat, sekejap lupa. Tak boleh la sebulan call hari-hari, sebulan lepas tu pulak tak call tak call langsung. Ada ke orang nak jatuh pada kita kalau kita buat macam tu pada orang tu?”

“Betul betul betul.”

“Hmm… Akak pernah dengar satu ni.”

“Apa dia?”

“Kasih sayang antara makhluk tu hanyalah 1% je dari kasih sayang Allah.”

“Eh, lagi 99%?”

“Cuba teka.”

“Haa… Syurga Allah.”

“Pandai! Betul tu. Lagi 99% adalah syurga. Tak terbayang kan apa yang ada dalam syurga tu nanti. Tak terbayang nikmat kasih sayang Allah tu.”

“Nak dapatkan 100% kasih sayang Allah tu kena masuk syurga lah kan. Saya nak sungguh-sungguh beribadah la kalau macam tu. Nak masuk syurga.”

“Ibadah-ibadah juga, jangan lupa study. Ingat kita perlukan alat untuk capai aim kita.”

“Ni yang buat saya tak nak akak balik Malaysia ni…”
“Adik…”
“Ye lah, saya nak harapkan siapa lagi untuk ingatkan saya bila saya lalai.”
“Adik…”
“Saya takutlah, tak dapat bayangkan kalau akak tak ada nanti macam mana.”
“Adik…”
“Ye?”
“Kita baru bincang. Takut dan harap tu bukan pada akak atau makhluk yang lain. Tapi pada siapa?”
“ALLAH! Astaghfirullah al-‘adzim…”

 Saidina Umar r.a. pernah berkata:

Andai semua orang di dunia ini masuk syurga, dia takut yang dia akan masuk neraka. Dan kalau semua orang di dunia ini masuk neraka dia berharap dia lah yang akan masuk syurga.

*************************************************************************************

1) “Katakanlah, “Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”-9:24

2) “…Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.”-7:56

3) “… dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”-13:28

 

 Cinta kepada manusia takkan bisa kekal dan akan hilang namun

Cinta kepada ALLAH hakiki dan membawa ke syurga.

 

Nihon – Jepun
Doukashita – Ada apa-apa ke
Keitai – handphone
Shapupen – Sharp pen
Fuji-san – Gunung Fuji
Iken – Pendapat
Tashikani – Betul tu
Kedo – Tapi

Allahualam. Wassalam.