Jemputan ke PROGRAM KERANAMU PALESTINA.

Bismillahirrahmanirrahim..

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

(Riwayat Bukhari)

***

KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1

 

Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,

Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,

Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.

Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama  Aqsa Syarif membawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang  utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana  sebilangan krew terkorban serta cedera.

Ayuh, selami sendiri

dan hayati perjuangan mereka.

Secara “live” kami bawakan kepada anda

KERANAMU PALESTINA

-diari sebuah perjalanan-

3 November 2010

bertempat di PLAZA WEST, SAITAMA

〒338-0835
さいたま市桜区道場4-3-1
プラザウエスト
さくらホール
access : 2 laluan bas

1. Dari Minami Yono Eki→Saitama Univ→Jalan kaki ke Plaza West.(10minit+15minit)
2. Dari Urawa Eki→Plaza West(20minit)
 

Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.

p/s: bagi mereka yang duduk jauh dari Tokyo, jika ingin menaiki kapal terbang, kami mengesyorkan kepada anda untuk mencuba perkhidmatan http://www.skymark.co.jp/ja/
 
Advertisements

hati hanya untukNya

Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah,

Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah,

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya,

Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah,

Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadam kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

 

-Ibnul Qayyum-

 

 

Menuju pulau cinta

Perjalanan hidup ini ibarat sebuah pelayaran. Dan dalam tidak sedar rupanya kapal yang aku naik musnah dilambung ombak. Kini hanya sepotong papan kecil menyelamatkanku. Dan.. Disana aku nampak sebuah pulau. Pulau yang penuh dengan keindahan. Penuh dengan kedamaian. Walaupun perjalanan menuju ke pulau itu masih jauh, aku dapat merasai betapa tenangnya pulau itu. Makanya, aku terus berkayuh menuju ke pulau itu. Semakin lama semakin aku pasti disana ruang yang selamat untukku. Aku lihat rakan-rakan ku juga ada yang telah sampai disitu. Muka mereka tenang. Dan aku lihat keliling, masih ramai juga yang tidak sedar kapal mereka semakin karam. Dan ada juga yang seperti ku, mendayung ke pantai. Semakin aku cuba untuk berenang ke tepian, ombak di muara semakin kuat. Menyebabkan aku kembali jatuh. Hampir lemas. Nasib baik aku sempat berpaut pada kayu-kayu kecil. Nafasku semakin lemah. Kakiku sudah tidak daya berenang. Sayup-sayup, terdengar suara mereka memanggil dari pantai itu. Suara yang memanggil aku kembali……

Allah,

Berikan hamba kesempatan

Merasai tenangnya berada di pulau cinta Mu

***********************************************

Dulu diri ini penah diuji

Dan saat itu dia sendiri

Meniti lorong-lorong sepi

Ada jahiliyah yang perlu dia tinggalkan

Jalannya sempit sampai menyesakkan dada

Jalannya sakit sampai menitis air mata

Tatkala dipertengahan jalan itu tidak tertahan deritanya

Memaksa jasad nya berhenti melangkah

Lama hati itu menyepi

Bertapa mencari ilham

Hati itu menangis sendiri mencari kekuatan

Dan pada waktu itu

Allah hadiahkan diri itu jalan keluar

Dan sedikit kekuatan

Untuk bangun semula

Menyusun kembali langkah yg tertingkah

Dan akhirnya diri itu bangun

Dan melangkah dgn lebih hemah

Sungguh!

Manusia itu diuji diatas titik lemahnya

Dan akan terus diuji

Hingga ke akhirnya…

Makanya

Tetaplah bertahan

Duhai hati…

*****************************************