Wahai Pemuda

Kalau kamu mahu melihat dunia pada masa hadapan, pandanglah pada pemuda yg bakal mewarisi dunia ini kerna pemuda adalah tunggak penggerak yang mencorak masa hadapan.

Wahai pemuda,

Kalau kamu mahu jadi pemuda kamu harus teguh dengan pendirianmu. Jangan layu dengan kritikan. Anggaplah ia teguran dari Tuhanmu. Agar dapat kau betulkan di mana silapnya kamu. Tidak kiralah teguran itu datang dalam bentuk apa sekalipun. Teguh berdiri atas apa yang kamu percaya!

Yakin melangkah menjadi apa yang kamu mahu!

kerna perlunya pemuda seperti itu. Yang tidak goyah dilanda badai. Tidak hanyut dibawa ombak.

Ikhlaskan hatimu dalam setiap langkah. Kerna sudah fitrahnya jalan ini memang payah. Tidak dihias kapet merah mahupun ditabur bunga-bunga indah. Sebaliknya perjalanan ini penuh duri yang harus dilalui dengan hati-hati. Suluhlah dengan cahaya keimanan dan keyakinan pada Tuhan yang mencipta. Dalam mencari dimana letaknya ikhlas di hatimu, dahulukan dengan niat. Niat yang menentukan langkah. Niat yang menunjuk arah. Layarkan niatmu mencari redha Allah.

Harus juga disertakan dengan himmah. Himmah yang menggerakkan setiap perbuatan. Himmah itu adalah semangat yang menyala, menyuluh yang lainnya. Tanpa himmah kehidupan tidak bermakna. Himmah yang melahirkan tumuhat. Himmah yang menggerakkan jasad ke arah mimpinya.

Orang yang tidak bersemangat tidak akan mampu untuk bermimpi kerna mimpi hanya boleh dicipta oleh orang yang berani merealisasikan mimpinya.

Dan perjalanan ini menuntut pengorbanan darimu. Berkorban apa sahaja yang ada padamu hatta jiwa dan ragamu. Dan berkorban itu tidak susah. Jika kamu punya cinta dan keyakinan dengan apa yang kemu percaya. Berkorban itu mudah jika hati kamu ikhlas dan kamu jelas dengan dengan hala tujumu.

Mengapa kamu disini.

Untuk apa kamu disini.

Ikhlas melangkah semata-mata mengharapkan redha Allah.

Ya!

berkorban itu tidah susah jika jiwamu dibakar dengan tumuhat yang menjulang ke langit.

Dan jadilah pemuda yang dapat mendukung apa yang dia percaya. Kerna jalan yang benar itu hanya ada satu. Kerna tiada yang kelabu.

p/s: melihat pemuda hari ini, bagaimana dunia pada masa hadapan. melihat aku hari ini, bagaimana bisa ku corakkan dunia di hari muka.

Charity Bazaar — bukan sekadar bazaar

bismillahi arrahman arrahim…
.
.

Adakah anda…

1) merindui suasana seakan pasar malam di bumi sakura?

2) mengidam pelbagai jenis makanan halal di bumi sakura?

3) selain makanan Malaysia, pernah merasai kelazatan makanan
dari Timur Tengah, Indonesia, China, Pakistan, Turki, Bangladesh, dll?

(juga Malaysia bumi tercinta..)                =)

.

.


Adakah anda juga…

 

1) mencari buku2 islamik?

2) mencari barangan2 halal?

3) mencari pakaian2 muslimah?

.

.

 

gembirakah anda jika…

1) berpeluang menyertai Tokyo Camii Tour?

—->(トルコ様式の美しい建物をガイドとともに巡ります)

2) berpeluang mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada kanak2?

.

.

Tahukah anda tentang kepelbagaian kebudayaan islam

dari pelbagai negara seperti…

 

1) Turkish Marbling?

2) pakaian2 etnik dari kawasan seperti Timur Tengah?

(nota: boleh cuba try test pakai …)

3) Henna?
—>(手に美しいアート)

.

.

 

(=

=)

 

NAH!!!


segala di atas, ada di sini.

 

-Charity Bazaar-

-Fundraiser for the local Muslim families facing financial difficulties-

tarikh : 5 Disember 2010 (Ahad)

waktu : 10:00~16:00

tempat : Tokyo Camii (東京ジャーミイ)


[juga dikenali sebagai –> Masjid Yoyogi]

=)

(=

 

[klik untuk pembesaran imej]

[juga klik untuk pembesaran imej]

***perincian tempat***

[klik imej di atas untuk peta—bawah kanan imej]

 

東京都渋谷区大山町1-19

営団地下鉄千代田線

小田急線

代々木-上原駅

徒歩 4 分

iaitu…

1-19 Oyama-cho Shibuya-ku, Tokyo
Chiyoda line & Odakyu line
Yoyogi-uehara station
4min berjalan kaki

***

maklumat lanjut, klik sini-> charity bazaar

pertanyaan lanjut, tanya sini -> tmn-2004@mail.goo.ne.jp      (in english)

***

memo…

—> juga dijual makanan Malaysia. waaaaaaaaaaaaaahhhh…  ~~~~~

—> ajak kawan2 yuuukkk… saudara seislam, kenalan non-muslim, sesiapa sahaja…

***

notakaki : terus meluru menuju yang Satu

notakakilagi : takkan merugi mencari Ilahi

Jom kenali Imam Nawawi

 

Ramai di kalangan kita yang mengetahui nama Imam an-Nawawi. Betapa tidak? Hadis 40 susunannya menjadi bahan utama di dalam halaqah dan usrah. Namun adakah semua kita mengenali beliau dengan sebenarnya?
Nama beliau ialah al-Hafiz Abu Zakariya Yahya bin Syaraf.
Dilahirkan pada bulan Muharam 631 hijriah di desa Nawa, sebuah kampong yang terletak di Bukit Gulan, Damsyiq. Di situlah beliau membesar dan menghafaz al-Quran.
Kembara ilmu


Menceritakan pengembaraannya mencari ilmu, beliau menulis: ketika berusia 19 tahun, aku dibawa oleh ayahku ke Damsyiq pada tahun 649 hijriah. Aku memasuki sekolah ar-Rawahiyyah selama dua tahun. Selama itu aku tidak pernah meletakkan badanku di atas bumi (tidak baring) dan tidak makan kecuali makanan yang disediakan oleh pihak sekolah.
Beliau mempelajari 12 matapelajaran sehari di hadapan mahagurunya dalam pelbagai ilmu: usuluddin, fiqh serta usulnya, hadis serta mustalahnya, lughah dan mantiq (ilmu bahasa dan lojik)
Suatu peristiwa luar biasa telah belaku semasa Imam an-Nawawi berusia 7 tahun. Ayahnya menceritakan bahawa malam itu adalah malam 27 Ramadan. An-Nawawi tidur di sebelahnya. Tiba-tiba dia terjaga dari tidur di pertengahan malam sambil berkata: “Ayah, cahaya apa yang memenuhi rumah kita sekarang?” Mendengar suaranya, kami terjaga tetapi kami tidak nampak apa-apa cahaya. Maka aku yakin bahawa itu adalah Lailatul-Qadar.
Seorang yang arif bernama Ustaz Yasin bin Yusuf az-Zarkasyi berkata: aku pernah melihat Syaikh (an-Nawawi) ketika beliau berumur 10 tahun di Nawa. Kanak-kanak seusianya memaksanya bermain dengan mereka sedangkan dia enggan. Dia lari dari mereka dan menangis kerana mereka memaksanya. Dalam keadaan itu dia asyik membaca al-Quran. Maka aku jatuh hati padanya. Aku bertemu dengan guru yang mengajarnya al-Quran dan berpesan kepadanya supaya menjaga budak ini dengan baik. Aku berkata kepadanya: “Budak ini diharap akan menjadi orang yang paling alim dan paling zuhud di zamannya. Dan manusia akan banyak mendapat manfaat daripadanya.” Guru itu berkata kepadaku: “Adakah engkau seorang ahli nujum?” Aku menjawab: “Tidak. Tetapi Allah yang izinkan aku berkata begitu.” Guru itu menyampaikannya kepada ayahnya. Maka dia sangat mengambil tentangnya sehingga dia khatam menghafaz al-Quran sebelum mencapai usia baligh.
Antara karamah yang dianugerahkan Allah kepadanya ialah, sekiranya tidak ada pelita untuk digunakan ketika mengarang, jarinya akan bercahaya meneranginya dengan izin Allah.

Penguasaan an-Nawawi dalam pelbagai bidang ilmu

An-Nawawi dianugerahi ilmu yang luas dan mendalam dalam pelbagai bidang. Antaranya:
1. Ilmu fiqh. Beliau merupakan pakar rujuk dan menjadi tumpuan dalam ilmu fiqh Mazhab asy-Syafi’ei
2. Ilmu mengenai Matan Hadis dan nama-nama rijal (perawinya), yang dikenali sebagai Ilmu Riwayah dan Dirayah. Dia merupakan orang pertama pada zamannya yang menguasai ilmu tersebut.
3. Menghafaz, menekuni dan mengkelaskan Hadis Rasulullah s.a.w. Beliau mengetahui dengan mendalam Hadis yang sahih, yang tidak sahih serta sanadnya.
4. Beliau merupakan faqih muhadditsin dan muhaddits fuqaha’, iaitu seorang yang faqih dari kalangan ahli hadis dan seorang ahli hadis dari kalangan fuqaha’. Bahkan boleh dikatakan bahawa an-Nawawi adalah menara ilmu pada zamannya yang menjadi tumpuan dan rujukan tanpa saingan, tanpa pertikaian.

Peribadi yang unggul

Seorang yang sangat warak, zuhud dan sentiasa muraqabah Allah di mana jua dan dalam keadaan apa saja. Kerana terlalu menjauhi perkara syubhah belaiu tidak makan kecuali makanan yang dihantar oleh ayahnya dari kampungnya sendiri. Di samping ilmu dan waraknya Imam an-Nawawi juga terkenal dengan kegigihan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Beliau berdepan dengan raja dan pemerintah, menulis surat kepada mereka memberi peringatan supaya berlaku adil terhadap rakyat, membatalkan cukai yang berlebihan dan memulangkan hak kepada tuannya. Kata Abu al-‘Abbas bin Faraj, Imam an-Nawawi telah mencapai tiga darjat yang mana setiap satu darjat itu tidak mampu dicapai oleh manusia biasa kecuali dengan usaha yang sangat gigih.
Darjat pertama: ilmu
Darjat kedua: zuhud
Darjat ketiga: amar makruf dan nahi mungkar.

Karya

Beliau telah menghasilkan berpuluh-puluh kitab dalam bidang fiqh, hadis dan lain-lain. Antara hasil tulisan beliau yang masyhur:
1. Syarah Muslim
2. Riadhus-Solihin
3. Al-Azkar
4. Al-Arba’un an-Nawawiyyah wa Syarhuha
5. Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat
6. Tabaqat al-Fuqaha’
7. Bustanul-‘Arifin
8. Dan lain-lain…

Wafat

Di penghujung usianya beliau kembali ke tanah tumpah darahnya setelah selesai menunaikan haji dan menziarahi al-Quds. Beliau telah jatuh sakit di sisi dua ibu bapanya dan kembali ke rahmatullah pada malam rabu hujung bulan Rejab tahun 676 hijrah.

Dipetik dari:
Kitab al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-Umrah, karangan Imam an-Nawawi rahimahullah.

(dipetik dari blog ustazah maznah ; http://zaadut-taqwa.blogspot.com/ )