begitulah cinta

 

1.

bismillah.

my dear sisters,
terima kasih untuk salam mula hubungan yang menceriakan.

langkah kita baru langkah pemula.
perjalanan kita masih jauh tak terjangka.

kerna nanti dipertengahan jalan mungkin kita di uji.

akan menangis,
akan menyalahkan,
dari sini kita belajar meredhakan.

kumpulkanlah bekal gembira dan ikhlas pemulamu.
kerna ia berguna untuk masa kusut dan lelahmu

2.
bismillah.

begitulah bagi yang bercinta.
pasti akan terasa,
terluka.

tanpa khilaf,
takkan wujud maaf.

tiada apa yang sempurna,
kerna kita sebahagian yang bakal melengkapkan.

redha meredhailah,
berlapang dadalah,
bersangka baiklah.

dengan itu kepuasan kan menghampar seluasnya.

kesa lah airmatamu.
cukup untuk menjadi penguat.
kerna kita perlu segera siap.

jahiliyyah itu arusnya kuat.
Langkah demi langkah, kita mungkin akan melalui fasa-fasa ini.
Moga tidak mengalah, letakkan Allah setingginya. InsyaAllah kau akan dapati redhaNya, bukan pada yang lain.