Because Allah loves you~~

عَنْ عُمَرَبْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَدِمَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بِسَبِيٍّ فَاِذَاامْرَأَةٌ مِنَ السَّبِيِّ تَبْتَغِى اِذَا وَجَدَتْ صَبِيًّا فِى السَّبِيِّ أَخَذَتْهُ فَاَلْصَقَتْهُ بِبَطْنِهَا وَأَرْضَعَتْهُ فَقَالَ لَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَتَرَوْنَ هَذِهِ اْلمَرْأَةَ طَارِحَةً وَلَدَهَا فِى النَّارِ قُلْنَا لاَ وَاللهِ وَهِيَ تَقْدِرُ عَلَى أَنْ تَطْرَحَهُ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَللهُ اَرْحَمُ مِنْ هَذِهِ بِوَلَدِهَا
Dari Umar bin al Khattab RA berkata:“Bahwa beliau datang menghadap Rasulullah SAW dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu ketika ia mendapatkan seorang anak di antara tawanan tersebut, dia langsung mengambil anak itu lalu memeluknya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi ALLAH, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH lebih mengasihi hamba-NYA daripada wanita ini terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Muslim)


Suatu hari, sedang duduk bersama-sama dengan 4 orang adik kesayangan dan berbual-bual dengan mereka, tiba- tiba seorang dari adik berkata:

“Akak, kenapa saya rasa saya sangat-sangat bernasib baik. Allah selalu tolong, selalu selamatkan saya. Kalau saya susah Allah selalu tolong saya.. Banyak saya belajar bila sampai kat Jepun ni.. Saya beruntung, kalau saya duduk kat Malaysia mesti saya tak jadi cam saya sekarang.”


Adik yang lain mencela:

“Samala kita, saya pun. Saya beruntung sangat sebab tepilih belajar kat Jepun, dan tercampak kt *****(satu nama kawasan di Jepun). Kalau saya kena belajar kat Malaysia, saya tak taula jadi macam mana.. Mungkin akan jadi lebih teruk.. Mungkin saya join group2 yang suka buat benda2 yang tak berfaedah.. Dan mungkin saya tak dapat rasa yang Islam ni best sebenarnya.”


Akak :

“Hrmmm, kenapa ye jadi camtu?”

Adik-adik:

“Tak tahula ek.. Akak tahu ke jawapan dia? Bagitahulah kitaorang”


Akak:

“Ada satu je sebab dik kenapa Allah selalu selamatkan kita, selalu tolong kita, selalu bagi benda yang baik-baik ke kita.. Sebab… Sebab Allah sayangkan kita.” ^__^


***


Ya, Allah sayang kita…

Kerana  sayang, Allah selamatkan kita daripada terjatuh ke dalam paya-paya, lumpur-lumpur jahiliyah yang dalam lagi kotor.

Kerana sayang, Allah memberi kita merasai betapa manisnya nikmat Islam sebenar. Kerana sayang juga, Allah selalu membantu kita bila kita ada masalah..

Sayang Allah kepada hambaNya sangat-sangat besar, lagi besar dari sayang seorang ibu kepada anaknya.

“Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.”

(Al-A’raf:156)


Kalau difikirkan, sungguh aneh dan pelikkan tuan kepada seorang hamba begitu sayang dan cinta kepada hambaNya, tetapi hambaNya langsung tiada rasa sayang dan cinta pada tuannya.  Allah terlalu sayang kepada kita, kepada hamba-hambanya,  pelbagai nikmat yang dianugerahkan kepada kita, tapi adakah kita betul-betul sayang kepada Allah?

Apa bukti kita sayang kepada Allah?


Jika pada manusia, kita mampu belikan hadiah semahalnya untuk diberikan sebagai penghargaan kepadanya. Namun pada Allah, mahar apa yang perlu kita persembahkan padaNya sebagai hamba….jawapan itu ada pada kita.

Ada pada setiap tutur zikir kita, pada setiap rakaat solat kita, pada bait2 doa kita, pada anggota2 kita yang mensyukuri nikmat2 kurniaan Allah.

Allah tidak akan meminta apa2 daripada hambaNya bahkan Allah lah pemberi segala2nya kepada hambaNya…

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang

dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Kami tidak meminta rezeki kepadamu,

(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu

dan (ingatlah) kesudahan yang baik

adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

(Surah Taha; 20:132)


Bagaimana pula cara kita menyayangi Allah?


Saya pasti setiap yang membaca ini adalah anak kepada setiap ibu2 di luar sana. Bagaimana kita menyayangi ibu kita, menyayangi adikberadik kita?

Kasih sayang untuk Allah patut dizahirkan lebih daripada kita menyayangi makhluk ciptaanNya.

Bangunlah malam berqiamullail. Saat itu Allah menanti hambaNya untuk tunduk sujud padaNya.

Berzikirlah memujiNya.

Namun, sebagai manusia yang hina lagi dina ini,

Adakah kita sentiasa mensyukuri segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita?

Adakah kita benar-benar melaksanakan tugasan-tugasan yang Allah berikan kepada kita dengan sempurna? (51:56) dan (2:30)

Tepuk dada, Tanya iman mu.

Tanyakan kepada diri kita, tanyakan pada hati kita, apa yang telah kita lakukan untuk menunjukkan kita sayang dan cinta kepada Allah. Kadang-kadang kita sangat mudah melafazkan dengan lidah yang kita sangat mencintai Allah, sangat menyayang Allah, tapi buktinya, secara perbuatannya adakah ia membenarkan apa yang telah kita lafazkan?

Kasih sayang Allah itu merangkumi segenap langit dan bumi.

Sebagaimana kita lihat seekor haiwan yang tidak punya akal boleh kasih dan sayang pada anaknya yang baru lahir, inikan kita pula manusia, pasti kasih dan sayang yang terzahir jauh lebih hebat dari haiwan itu pada anaknya, namun sedarlah manusia, bahawa apa yang engkau zahirkan itu hanya 1% daripada 99% peratus kasih sayang Allah pada hamba2Nya…Allah jauh lebih Hebat..jauh lebih Penyayang…

Renung-renungkanlah…

Di manakah Allah dalam hari2 kita?

Di manakah kasih sayang kita pada Allah dalam hati kita?

tiada jalan tengah

 

…tiada jalan tengah…

[sumberfoto : googleimages]

Allohumma arinal haqqa haqqan
warzuknat tiba’ah

wa arinal batila batilan
warzuknaj tinabah

Ya Allah perlihatkanlah kami yang haq itu haq
serta biarkanlah kami mengikutinya,

dan perlihatkanlah kami yang batil itu batil
serta biarkanlah kami menjauhinya.

~~~~~~~~~~~

Iya.

Dalam islam, tiada jalan tengah.

Logikanya jelas, pengakhiran setiap kita di Sana hanya satu daripada dua.

Jika kita tidak berada di syurga, itu bermakna kita berada di neraka.

Bahasa mudahnya, jika kita tidak merancang untuk melangkah menuju ke syurga, ini bermaksud kita sedang meluru menuju ke neraka.

Iya.

Pilihan hanya dua.

Tidak boleh tidak, kita mesti membuat pilihan.

Pabila ada dua lorong, setiap manusia yang normal akan memilih jalan yang selamat untuk dilalui. Fitrahnya manusia memang begitu.

Tapi,  manusia takkan bersendiri dalam membuat pilihan.

Jangan pernah lupa…

Itu si iblis sentiasa ‘mengambil bahagian’.

Matlamatnya mahu membawa seramai mungkin manusia untuk menemaninya ke neraka.

***

Untuk menuju ke syurga, jalannya tidak mudah tapi dijamin selamat, insyaAllah.

Iya. Dijamin selamat.

Kita tolong agamaNya, Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,

niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

[Muhammad 47 :7]


Berhadapan dengan pelbagai pilihan.  Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap kita berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju kaler apa, ingin makan apa, mahu apa, tak mahu apa… Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih.       Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing deshou…

Tapi…

Dalam banyak-banyak aktiviti memilih, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas semata-mata sebagai jalan hidup, ATAU menelusuri jalan jahiliyah yang penuh tipudaya.

Sifirnya mudah.

Pabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatik kita sedang menjauhi jalan jahiliyah. Dan pabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Errr… faham ke?

Begini…

pilih satu!

Jalan islam dan jalan jahiliyah adalah dua jalan yang tidak sehala bahkan bertentangan. Kedua-duanya membawa kita ke destinasi yang berbeza.

Jalan jahiliyah penuh debu, sedangkan jalan islam tak perlu bersapu. Ianya bersih.

Tidak akan wujud situasi di mana kita sedang melangkah di jalan islam sambil melakukan perkara-perkara jahiliyah. Sekiranya ada sikit-sikit  kita terbuat perkara-perkara jahiliyah, amaaatlah perlu untuk kita lekas-lekas sedar dan teruuus menjauhinya. Bahasa mudahnya, bertaubat lah. ^^

Kita mesti memilih.

Pilihan di tangan kita.

Tak percaya?

sejenak…

.

.

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,”

[Asy-Syams 91 : 8]


Pilihan ada di tangan kita. Sila setuju.

Pabila menelusuri jalan islam, perlulah melaksanakan apa yang islam suruh sepenuhnya. Jangan campur-campur dengan unsur-unsur yang lain.

Islam itu ibarat air kosong yang jernih di dalam gelas. Ada orang yang tak suka meminum air kosong semata-mata, takde ummppphhh kononnya… Lalu ditambah susu pekat manis dan dicelup uncang teh. Namanya pun jelas berubah kan. Orang akan sebut air itu sebagai air teh, bukan lagi air kosong yang jernih. ^^

 

ini air teh yang ditarik, bukan lagi air kosong

[sumberfoto : googleimage]

.

.

.

“Wahai orang-orang yang beriman!

Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan

dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.

Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. [Al-Baqarah 2 : 208]

.

.

.

Islam, jangan campur-campur… Itu kata kuncinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Pabila melangkah ke kanan, kita tidak akan menghala ke kiri.

Pabila menerjah ke kiri, kita tidak akan menuju ke kanan.

Pilihan mesti dibuat.

Tiada jalan tengah.

.

.

.
‘…Kami beriman kepada sebagian

dan kami mengingkari sebagian (yang lain),

” serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir),

merekalah orang-orang kafir sebenarnya.

Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.’

[An-Nisa 4: 150~151]

.

.

.

noted 1: semua perkara yang jahiliyah adalah tidak islam.

noted 2: untuk pencerahan lanjut, sila bertanya kepada sesiapa yang anda percaya boleh memberi jawapan kepada persoalan2 di kepala sekiranya ada.

 

boring2, klik.


Bangunlah Jiwa-jiwa Tarbiyah

Lahirnya aku ke dunia,

Saat kalimah menyapa mesra,

Bisikan suci mengucup,mendamai jiwa,

Menuntut sebuah janji,segenggam setia,

Lafaz utuh dari hamba buat sang pencipta,

Mengharum sejambak kasih buat pendamba rahmatNya.

 

Namun,jasad ini tak bisa seindah bicara,

Hanyut,sesak lemas dalam lumpur najis dunia,

Ilmu bagai pendita tapi dia ibarat boneka,

Buta,tuli,bisu tiada bahasa,

Acap melapah sejentik harta fana,

Lalu janji makin dilupa,

Kerna lazat candu nafsu merobek jiwa.

 
Tika memori jihad mnghentam hati parah,

Lantai sirah segar bermandi darah,

Meruntun hati hitam yang hampir nanah,

Biar ar-rasul ditusuk musyrikin mekah,

Biar hati Hamzah dicarik dilapah renyah,

Waima Ammar hilang pelukan kasih lemah,

Saat sumayyah membujur kaku menyembah tanah,

Asal janji dipenuhi,kalimah suci teguh berdiri gagah.

 

Ya Allah,

Daif ku semat panjimu,

Diri ini…jasad ini..tidak pernah terluka,

Air mata jarang sekali menyapa,

Kalimah syahadah tandus dalam hati,mati dalam jiwa.

 

Ya Allah,

Bimbinglah aku menyulam rinduMu

Bimbinglah aku menganyam cintaMU

Walau ku tahu maharnya tak mudah,

Aku khalifah! WAJIB ku mnyampaikan shadahah.

 

Janji Allah itu pasti

Kebangkitan itu pasti,

Kejayaan kian mnghampiri,

Ustaziyatul Alam pasti kan kembali,

Kemenangan pasti dimiliki,

Syurga sedang menanti,

Bangkitlah yang masih diulit mimpi,

Jangan hanya menjadi pemerhati,

Bangunlah hentakkan kaki,

Luruskn saf umpama bangunan tinggi,

Perteguhkan iman,utuhkan taqwa di hati,

Biar mampu berdiri di hadapan para nabi,

Disisi Allah menjadi bukti,

Amanah khalifah sudah dipenuhi.

 

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian…

 

by: Summayah Athika