tiada jalan tengah

 

…tiada jalan tengah…

[sumberfoto : googleimages]

Allohumma arinal haqqa haqqan
warzuknat tiba’ah

wa arinal batila batilan
warzuknaj tinabah

Ya Allah perlihatkanlah kami yang haq itu haq
serta biarkanlah kami mengikutinya,

dan perlihatkanlah kami yang batil itu batil
serta biarkanlah kami menjauhinya.

~~~~~~~~~~~

Iya.

Dalam islam, tiada jalan tengah.

Logikanya jelas, pengakhiran setiap kita di Sana hanya satu daripada dua.

Jika kita tidak berada di syurga, itu bermakna kita berada di neraka.

Bahasa mudahnya, jika kita tidak merancang untuk melangkah menuju ke syurga, ini bermaksud kita sedang meluru menuju ke neraka.

Iya.

Pilihan hanya dua.

Tidak boleh tidak, kita mesti membuat pilihan.

Pabila ada dua lorong, setiap manusia yang normal akan memilih jalan yang selamat untuk dilalui. Fitrahnya manusia memang begitu.

Tapi,  manusia takkan bersendiri dalam membuat pilihan.

Jangan pernah lupa…

Itu si iblis sentiasa ‘mengambil bahagian’.

Matlamatnya mahu membawa seramai mungkin manusia untuk menemaninya ke neraka.

***

Untuk menuju ke syurga, jalannya tidak mudah tapi dijamin selamat, insyaAllah.

Iya. Dijamin selamat.

Kita tolong agamaNya, Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita.


“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah,

niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

[Muhammad 47 :7]


Berhadapan dengan pelbagai pilihan.  Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap kita berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju kaler apa, ingin makan apa, mahu apa, tak mahu apa… Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih.       Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing deshou…

Tapi…

Dalam banyak-banyak aktiviti memilih, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas semata-mata sebagai jalan hidup, ATAU menelusuri jalan jahiliyah yang penuh tipudaya.

Sifirnya mudah.

Pabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatik kita sedang menjauhi jalan jahiliyah. Dan pabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Errr… faham ke?

Begini…

pilih satu!

Jalan islam dan jalan jahiliyah adalah dua jalan yang tidak sehala bahkan bertentangan. Kedua-duanya membawa kita ke destinasi yang berbeza.

Jalan jahiliyah penuh debu, sedangkan jalan islam tak perlu bersapu. Ianya bersih.

Tidak akan wujud situasi di mana kita sedang melangkah di jalan islam sambil melakukan perkara-perkara jahiliyah. Sekiranya ada sikit-sikit  kita terbuat perkara-perkara jahiliyah, amaaatlah perlu untuk kita lekas-lekas sedar dan teruuus menjauhinya. Bahasa mudahnya, bertaubat lah. ^^

Kita mesti memilih.

Pilihan di tangan kita.

Tak percaya?

sejenak…

.

.

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya,”

[Asy-Syams 91 : 8]


Pilihan ada di tangan kita. Sila setuju.

Pabila menelusuri jalan islam, perlulah melaksanakan apa yang islam suruh sepenuhnya. Jangan campur-campur dengan unsur-unsur yang lain.

Islam itu ibarat air kosong yang jernih di dalam gelas. Ada orang yang tak suka meminum air kosong semata-mata, takde ummppphhh kononnya… Lalu ditambah susu pekat manis dan dicelup uncang teh. Namanya pun jelas berubah kan. Orang akan sebut air itu sebagai air teh, bukan lagi air kosong yang jernih. ^^

 

ini air teh yang ditarik, bukan lagi air kosong

[sumberfoto : googleimage]

.

.

.

“Wahai orang-orang yang beriman!

Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan

dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.

Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. [Al-Baqarah 2 : 208]

.

.

.

Islam, jangan campur-campur… Itu kata kuncinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Pabila melangkah ke kanan, kita tidak akan menghala ke kiri.

Pabila menerjah ke kiri, kita tidak akan menuju ke kanan.

Pilihan mesti dibuat.

Tiada jalan tengah.

.

.

.
‘…Kami beriman kepada sebagian

dan kami mengingkari sebagian (yang lain),

” serta bermaksud mengambil jalan tengah (iman atau kafir),

merekalah orang-orang kafir sebenarnya.

Dan Kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.’

[An-Nisa 4: 150~151]

.

.

.

noted 1: semua perkara yang jahiliyah adalah tidak islam.

noted 2: untuk pencerahan lanjut, sila bertanya kepada sesiapa yang anda percaya boleh memberi jawapan kepada persoalan2 di kepala sekiranya ada.

 

boring2, klik.


Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s