ayuh bermimpi

Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

*********************************************************************************************

Percaya atau tidak, semua manusia punya mimpi dan impian. Kerna manusia itu diciptakan bersama seribu keinginan. Keinginan yang membuatkan manusia itu sering memasang angan-angan BESAR. Mahukan itu dan ini. Dan itulah manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Ya! Apa yang ada di dunia ini tak pernah cukup. Makanya kita mahu sesuatu yang lebih BESAR. Kerna itu kita mahu ke syurga. Syurga Allah yang Maha Sempurna.

Namun,

Percaya atau tidak, hanya sebahagian manusia yang melangkah kearah mimpinya. Bukan kerana manusia itu lemah. Tetapi yang lemah itu hatinya. Tidak cukup kuat untuk mempertahankan mimpi hingga kekal di takuk lama sebagai orang yang sama. Mana mungkin bisa begitu. Bukankah seorang muslim itu harusnya hari yang dilaluinya lebih baik dari yang telah berlalu? Dan hari yang akan datang itu lebih baik dari hari ini? Ya! Kerana kita sentiasa perlu menilai kesilapan lalu dalam menganyam mimpi masa hadapan.

Dan mimpi apa yang lebih BESAR selain syurga Allah itu? Tempat rehat yang abadi. Yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Dan penghuninya saling menyebarkan salam dan hidup sejahtera. Oh! Syurga….

Mimpi. Atas dasar apa mimpi itu kita bina? Mimpi seorang pelajar mahukan kejayaan yang cemerlang. Mimpi seorang nelayan mahukan kapal besar agar dapat terus belayar. Sang petani mahukan ladang yang luas supaya bisa terus menuai hasil. Mimpi disulam berdasarkan siapa diri kita dalam fikiran kita. Dan beruntunglah bagi mereka yang menilai diri mereka bukan manusia biasa. Yang semisal dengan pencinta syurga, yang mimpinya syurga Allah yang abadi. Semisal dengan pemburu syahid, yang setiap langkahnya memperjuangkan agama Tuhannya. Dan dimana kita meletakkan diri kita?

(^_^)//

Ayuhlah bermimpi bersamaku. Mimpi yang besar-besar.
Mengharap redha Allah dan rasulNya.
Berubah untuk mencipta perubahan
Berlari mengejar mimpi
Melompat menjadi bintang
*****************************************************************
p/s: mode cuti sekolah (^_^)
p/s lagi: semoga tidak lalai mengejar cinta meski diuji kelapangan masa dunia kerna kerja KITA masih banyak.
Advertisements

Menjadi yang TERBAIK

Menjadi manusia terbaik. Ya! saya mahu menjadi manusia yang terbaik, makanya saya harus buat yang terbaik. Amat berbeza jika saya katakan saya mahu buat yang terbaik untuk jadi manusia yang terbaik.

Meletakkan matlamat diiringi dengan usaha. ATAU. Meletakkan usaha untuk mencapai matlamat.

Meletakkan matlamat diiringi dengan usaha.

Meletakkan matlamat yang BESAR akan mendorong kepada usaha yang BESAR. Apabila mimpi kita BESAR, langkah kita juga harus BESAR.

Mimpi yang BESAR. Namun, dimanakah kayu ukur keBESARan mimpi itu. Mimpi kita tidak hanya pada dunia, kerna percaya kita pada syurga. Yang menjadi obsesi kita. Tempat rehat yang abadi. (^_^)//

” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”
Al-Ankabut:64

Meletakkan usaha untuk mencapai matlamat

Apabila kita meletakkan usaha sebelum matlamat, kita akan cenderung untuk mambataskan matlamat kita, kerna adanya pepatah ukur baju dibadan sendiri. Kerna orang selalu kata, buat sesuatu berdasarkan kemampuan kita. Percaya atau tidak, lebih ramai manusia yang lebih cenderung mengehadkan kemampuan diri, berbanding mengeluarkan semua potensi diri. Ya kamu boleh! Kita boleh! Kerna manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.

Buktinya didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Adakah kamu masih ragu?

Hadkan matlamat itu pada sesuatu yang diluar paksi al-haq. Mengehadkan matlamat yang hanya kerana Allah semata-mata. Kerna bukankah hidupku, solatku, dan matiku hanya kerana Allah.

Letakkan matlamat pada  mimpi yang BESAR. Kerna tugas manusia itu BESAR. Tidak cukup sekadar menjadi yang biasa-biasa saja. Harus jadi manusia yang HEBAT, kerna syurga hanya menerima manusia yang HEBAT sebagai penghuninya.

Lihat saja bagaimana Rasulullah mengajar kita untuk aim high.

Baginda Rasulullah saw. bersabda, “Konstantinopel benar-benar akan ditaklukkan. Sebaik-baik amir (khalifah) adalah amir (khalifah) yang memimpin penaklukkannya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang menakluknya.” (HR al-Bukhari, Ahmad, dan al-Hakim).

Rasulullah mengajarkan pada kita untuk percaya sebelum melihat sesuatu, dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

Kerna kita percaya adanya syurga, makanya kita berusaha untuk menjadi salah seorang dari ahlinya. Dan cara yang paling efektif utnuk menjadi ahli syurga ialah mentauladani mereka yang telah dijamin syurga oleh Allah. Ataupon dengan kata lainnya belajar daripada seerah.

Kerna kita juga percaya Islam pasti akan menang, menguasai dunia. Makanya kita bekerja untuk menjadikan islam sebagai ustaziatul alam. Melangkah tangga demi tangga hingga islam menjadi kuasa tertinggi. Hingga terbinanya negara dimana pemerintah tertingginya Allah, undang-undang tertingginya al-quran dan as- sunah, dan rakyatnya disatukan di bawah satu aqidah.

Beranilah untuk bermimpi yang BESAR!

Allah menguji manusia pada titik lemah manusia supaya manusia mengatasi kelemahannya dan menjadikan manusia itu hebat. Tetapi manusia selalu lari dari kelemahan dirinya untuk membuktikan dirinya hebat.

Melodi mimpi kian indah belagu
Derap kaki diatur lebih teliti
Menarikan lagu melodi mimpi
Ayuh!
Bersama kami menarikan mimpi ini
(^_^)//
Islam pastikan menang
Allahu akbar!

p/s: Allah.. jadikan kemahuanMu keinginanku, perintahMu amalanku.

رَوْضَة شُرَكَة -raudhah shurakah-

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Sahabat, adik-adik dan kakak-kakak di seluruh Jepun..

Setelah kita penat seharian menuntut ilmu duniawi, apa kata kita rehat-rehatkan otak dan jasad sebentar di taman perkongsian kami atau dalam bahasa arabnya, Raudhah Shurakah^_^

Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis-majlis (majlis-majlis ilmu)”, maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(QS.Al-Mujaddalah:11)

Jom ramai-ramai kita hiasi taman perkongsian ini. Jadikan ia sebagai benih-benih yang akan kita bina untuk taman-taman kita di syurga kelak!

Setiap Khamis jam 8.30 malam

Hanya di RAUDHAH SHURAKAH

Yakinlah, taman santai ini pasti memberikan ketenangan hati buat jiwa-jiwa yang dahagakan perkongsian dan peringatan….

Kerna jiwa seorang muslim itu pasti rindukan peringatan yang baik yang mengingatkannya kepada Allah swt…

Add ID ini: raudhah.shurakah

Nantikan untuk diinvite ke RaudhahShurakah^^!!!


 

空に飛べよう!

Assalamualaikum wbt

Buat adik-adik di Malaysia 🙂

Adakah adik-adik menuntut di  AAJ, JAD, IBT atau KTJ ???

dan akan fly ke Jepun pada Mac/April 2011 ini ?

 

Kami ada sesuatu yang istimewa buat adik-adik tau..

Berdebar menanti keputusan dapat dai?

Tak tahu apa persiapan sebelum fly ?? 困っていますね。。

Makan … minum kat sini. Macammana ye??

Baju sejuk? 教科書??

Jumpa di 空に飛べよう~!


Plus, ada senpai-senpai dari Jepun turun padang tau!!!

Bestnya..! *wink*

Jumpa di sana 🙂