Menjadi yang TERBAIK

Menjadi manusia terbaik. Ya! saya mahu menjadi manusia yang terbaik, makanya saya harus buat yang terbaik. Amat berbeza jika saya katakan saya mahu buat yang terbaik untuk jadi manusia yang terbaik.

Meletakkan matlamat diiringi dengan usaha. ATAU. Meletakkan usaha untuk mencapai matlamat.

Meletakkan matlamat diiringi dengan usaha.

Meletakkan matlamat yang BESAR akan mendorong kepada usaha yang BESAR. Apabila mimpi kita BESAR, langkah kita juga harus BESAR.

Mimpi yang BESAR. Namun, dimanakah kayu ukur keBESARan mimpi itu. Mimpi kita tidak hanya pada dunia, kerna percaya kita pada syurga. Yang menjadi obsesi kita. Tempat rehat yang abadi. (^_^)//

” Dan tidaklah kehidupan di dunia ini,melainkan ia hanya berupa permainan dan hiburan, sedangkan kehidupan di akhirat merupakan kehidupan yang sebenar kiranya mereka mengetahui.”
Al-Ankabut:64

Meletakkan usaha untuk mencapai matlamat

Apabila kita meletakkan usaha sebelum matlamat, kita akan cenderung untuk mambataskan matlamat kita, kerna adanya pepatah ukur baju dibadan sendiri. Kerna orang selalu kata, buat sesuatu berdasarkan kemampuan kita. Percaya atau tidak, lebih ramai manusia yang lebih cenderung mengehadkan kemampuan diri, berbanding mengeluarkan semua potensi diri. Ya kamu boleh! Kita boleh! Kerna manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.

Buktinya didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

Adakah kamu masih ragu?

Hadkan matlamat itu pada sesuatu yang diluar paksi al-haq. Mengehadkan matlamat yang hanya kerana Allah semata-mata. Kerna bukankah hidupku, solatku, dan matiku hanya kerana Allah.

Letakkan matlamat pada  mimpi yang BESAR. Kerna tugas manusia itu BESAR. Tidak cukup sekadar menjadi yang biasa-biasa saja. Harus jadi manusia yang HEBAT, kerna syurga hanya menerima manusia yang HEBAT sebagai penghuninya.

Lihat saja bagaimana Rasulullah mengajar kita untuk aim high.

Baginda Rasulullah saw. bersabda, “Konstantinopel benar-benar akan ditaklukkan. Sebaik-baik amir (khalifah) adalah amir (khalifah) yang memimpin penaklukkannya dan sebaik-baik tentera adalah tentera yang menakluknya.” (HR al-Bukhari, Ahmad, dan al-Hakim).

Rasulullah mengajarkan pada kita untuk percaya sebelum melihat sesuatu, dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya.

Kerna kita percaya adanya syurga, makanya kita berusaha untuk menjadi salah seorang dari ahlinya. Dan cara yang paling efektif utnuk menjadi ahli syurga ialah mentauladani mereka yang telah dijamin syurga oleh Allah. Ataupon dengan kata lainnya belajar daripada seerah.

Kerna kita juga percaya Islam pasti akan menang, menguasai dunia. Makanya kita bekerja untuk menjadikan islam sebagai ustaziatul alam. Melangkah tangga demi tangga hingga islam menjadi kuasa tertinggi. Hingga terbinanya negara dimana pemerintah tertingginya Allah, undang-undang tertingginya al-quran dan as- sunah, dan rakyatnya disatukan di bawah satu aqidah.

Beranilah untuk bermimpi yang BESAR!

Allah menguji manusia pada titik lemah manusia supaya manusia mengatasi kelemahannya dan menjadikan manusia itu hebat. Tetapi manusia selalu lari dari kelemahan dirinya untuk membuktikan dirinya hebat.

Melodi mimpi kian indah belagu
Derap kaki diatur lebih teliti
Menarikan lagu melodi mimpi
Ayuh!
Bersama kami menarikan mimpi ini
(^_^)//
Islam pastikan menang
Allahu akbar!

p/s: Allah.. jadikan kemahuanMu keinginanku, perintahMu amalanku.

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s