ayuh bermimpi

Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

*********************************************************************************************

Percaya atau tidak, semua manusia punya mimpi dan impian. Kerna manusia itu diciptakan bersama seribu keinginan. Keinginan yang membuatkan manusia itu sering memasang angan-angan BESAR. Mahukan itu dan ini. Dan itulah manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada.

Ya! Apa yang ada di dunia ini tak pernah cukup. Makanya kita mahu sesuatu yang lebih BESAR. Kerna itu kita mahu ke syurga. Syurga Allah yang Maha Sempurna.

Namun,

Percaya atau tidak, hanya sebahagian manusia yang melangkah kearah mimpinya. Bukan kerana manusia itu lemah. Tetapi yang lemah itu hatinya. Tidak cukup kuat untuk mempertahankan mimpi hingga kekal di takuk lama sebagai orang yang sama. Mana mungkin bisa begitu. Bukankah seorang muslim itu harusnya hari yang dilaluinya lebih baik dari yang telah berlalu? Dan hari yang akan datang itu lebih baik dari hari ini? Ya! Kerana kita sentiasa perlu menilai kesilapan lalu dalam menganyam mimpi masa hadapan.

Dan mimpi apa yang lebih BESAR selain syurga Allah itu? Tempat rehat yang abadi. Yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Dan penghuninya saling menyebarkan salam dan hidup sejahtera. Oh! Syurga….

Mimpi. Atas dasar apa mimpi itu kita bina? Mimpi seorang pelajar mahukan kejayaan yang cemerlang. Mimpi seorang nelayan mahukan kapal besar agar dapat terus belayar. Sang petani mahukan ladang yang luas supaya bisa terus menuai hasil. Mimpi disulam berdasarkan siapa diri kita dalam fikiran kita. Dan beruntunglah bagi mereka yang menilai diri mereka bukan manusia biasa. Yang semisal dengan pencinta syurga, yang mimpinya syurga Allah yang abadi. Semisal dengan pemburu syahid, yang setiap langkahnya memperjuangkan agama Tuhannya. Dan dimana kita meletakkan diri kita?

(^_^)//

Ayuhlah bermimpi bersamaku. Mimpi yang besar-besar.
Mengharap redha Allah dan rasulNya.
Berubah untuk mencipta perubahan
Berlari mengejar mimpi
Melompat menjadi bintang
*****************************************************************
p/s: mode cuti sekolah (^_^)
p/s lagi: semoga tidak lalai mengejar cinta meski diuji kelapangan masa dunia kerna kerja KITA masih banyak.

One thought on “ayuh bermimpi

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s