Golden Week is just around the corner ;)

assalamualaikum ladies XD

jom! lets spend our golden week with:

1.fun activities

2.meeting old friends near and far

3.not forgetting to learn something new and exciting~

coming to you in just a few days…spread the news! *wink* *wink*

untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sister berhampiran~

Dont miss the chance to cherish your Golden week!
行きやすいところへ~ご自由にどうぞう~

Yamanashi- Tuan syahylah 080-4126-3262

Gunma – Ain wahidah 080-4126-4091

Saitama- Elyana 090-8518-3097

Kyoto – Dyana Hamka 090-6589-8939

Hokuriku – Saffreena 080-3041-3797

Hiroshima- Ezatikha 080 4090 8272

Meet you there!

-Brought to you by Aspiring Malysian Rijal-

Advertisements

Islam wo Saigen Shimashou(ISS)

 

Alhamadulilah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

11 Mac, satu tarikh yang meninggalkan pengalaman, pengajaran amnya buat seluruh umat di bumi Allah, khususnya insan-insan di bumi sakura ini.

Insya Allah, kali ini AMIR akan memulakan sebuah program kuliah online bulanan yang diberikan nama, . Pada sesi yang pertama,  mari bersama-sama kita menyelami peristiwa gempa bumi jepun yang berlaku pada 11 Mac disamping meneliti ibrah/pngajaran yang boleh diperoleh dari ujian ni, maka pastikan anda bersama kami di kuliah ISS.

Tarikh : 15APRIL 2011

Waktu : 2100-2200(Jepun), 2000-2100(Malaysia)

Penyertaan : terbuka kepada semua

Medium : akan di beritahu semula

Rujukan : http://www.facebook.com/event.php?eid=202006623162938 (bagi yang ada facebook)

http://amirnet.org/v3/aktiviti/islam-wo-saigen-shimashou-iss

Atau hubungi kami di : islamsaigen@gmail.com

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj:46)

Mohon disebarluaskan kepada rakan-rakan dan kenalan lain! Moga diberi ganjaran yang selayaknya.

Berlari?

Pernah berlari?

Langkahan pertama sahaja, membenarkan diri untuk lebih diuji.

Mahu berlari?

Destinasinya pasti, walau payah untuk dijejaki.

Untuk apa kamu berlari?

Alangkah ruginya andai berhenti .

***

Semua orang mahu berlari kencang.

Sedang destinasi Itu masih jauh.

Lalu ramai yang termengah-mengah di pertengahan, fenomena biasa di trek perlumbaan. Ianya sunnatullah.

Yang masih menapak, walau seinci demi seinci, alhamdulillah.

Yang terkandas seketika tanpa sebarang usaha untuk kembali melangkah, mujahadah lah.

Yang berkira-kira untuk mengundur, muhasabah lah.

***

Nak berlari jarak jauh?

Carilah member atau patner atau geng yang bisa membantu kita.

Bak kata tips long distance running,

Find a Running Group

Running with other people make your long runs easier and more pleasurable. Chatting with a running partner definitely makes the time go faster, so your run won’t be as mentally challenging. Look for running clubs or join a charity team in your area. [sumber]

Hehe.

Mahu berlari bukan jarak dekat?

Perlukan konsistensi.

Atau bahasa kampung saya, istiqomah.

Betapa ‘besar’ dan ‘berat’nya istiqomah ini, beleklah surah Hud.

Penurunan surah Hud telah meng’uban’kan Rasulullah SAW.

Isi kandungnya, ialah perihal istiqomah.

Ianya mem’beban’.

“Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?” tanya Sahabat kepada baginda SAW.

“Aku telah diubankan (dituakan) oleh surah Hud … “ kata Baginda SAW dalam sepotong hadis yang direkod daripada Ibn Abbas r.a.

Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqomah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman.

[petikan daripada buku Transformasi Ramadan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]

 

Surah Hud ayat 112 hingga 115.

(112) Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

(114) Dan dirikanlah dolat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), danpada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

(115) Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Ada 4 rukun dalam beristiqomah:

1. Jangan melampau dalam beragama.

2. Jangan cenderung kepada golongan yang zalim.

3. Dirikan solat.

4. Bersabarlah.

[lagi diestrak daripada buku Transformasi Ramadan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil] —mahu tahu lanjut, boleh pinjam buku itu daripada saya. ^^

 

Mahu berlari ke Sana?

Istiqomah kah kita?

Jom untuk terus berlari !!!