Berlari?

Pernah berlari?

Langkahan pertama sahaja, membenarkan diri untuk lebih diuji.

Mahu berlari?

Destinasinya pasti, walau payah untuk dijejaki.

Untuk apa kamu berlari?

Alangkah ruginya andai berhenti .

***

Semua orang mahu berlari kencang.

Sedang destinasi Itu masih jauh.

Lalu ramai yang termengah-mengah di pertengahan, fenomena biasa di trek perlumbaan. Ianya sunnatullah.

Yang masih menapak, walau seinci demi seinci, alhamdulillah.

Yang terkandas seketika tanpa sebarang usaha untuk kembali melangkah, mujahadah lah.

Yang berkira-kira untuk mengundur, muhasabah lah.

***

Nak berlari jarak jauh?

Carilah member atau patner atau geng yang bisa membantu kita.

Bak kata tips long distance running,

Find a Running Group

Running with other people make your long runs easier and more pleasurable. Chatting with a running partner definitely makes the time go faster, so your run won’t be as mentally challenging. Look for running clubs or join a charity team in your area. [sumber]

Hehe.

Mahu berlari bukan jarak dekat?

Perlukan konsistensi.

Atau bahasa kampung saya, istiqomah.

Betapa ‘besar’ dan ‘berat’nya istiqomah ini, beleklah surah Hud.

Penurunan surah Hud telah meng’uban’kan Rasulullah SAW.

Isi kandungnya, ialah perihal istiqomah.

Ianya mem’beban’.

“Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?” tanya Sahabat kepada baginda SAW.

“Aku telah diubankan (dituakan) oleh surah Hud … “ kata Baginda SAW dalam sepotong hadis yang direkod daripada Ibn Abbas r.a.

Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqomah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman.

[petikan daripada buku Transformasi Ramadan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil]

 

Surah Hud ayat 112 hingga 115.

(112) Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

(114) Dan dirikanlah dolat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), danpada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

(115) Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Ada 4 rukun dalam beristiqomah:

1. Jangan melampau dalam beragama.

2. Jangan cenderung kepada golongan yang zalim.

3. Dirikan solat.

4. Bersabarlah.

[lagi diestrak daripada buku Transformasi Ramadan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil] —mahu tahu lanjut, boleh pinjam buku itu daripada saya. ^^

 

Mahu berlari ke Sana?

Istiqomah kah kita?

Jom untuk terus berlari !!!

3 thoughts on “Berlari?

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s