Sekilas ikan di air, pun tak ku tahu jantan betina nya.

Ini ikan jantan atau betina?

Ulang lagi.

Sekilas ikan di air, pun tak ku tahu jantan betina nya.

Inikan pula menafsir suasana.

Apalagi nak dibaca hati manusia.

Itu  realitinya.

Tapi tak ramai daripada kita yang mahu berdiam diri, tanda tidak tahu.

Fitrahnya manusia, lebih menggemari aktiviti teka-meneka apa yang ada di sebalik riak muka, di belakang tutur kata, juga sudut lain suasana.

Konon menganalisis apa yang berlaku di hadapan mata. Tak sedar diri sedang membabi buta.

Husnuzon.

Atau bahasa mudahnya, bersangka baik.

Kata lawannya?

Su’uzon.

Atau bahasa mudahnya, bersangka buruk.

***

[situasi 1]

Latar tempat :  Dalam sebuah dewan peperiksaan.

Latar masa :  Berlangsungnya sesi mengerah otak, peperiksaan sedang dijalankan.

Anita : Adoi. Susahnya soalan-soalan ni. Bukan main aku hafal segala istilah yang ada dalam buku, tapi tak banyak keluar pun apa yang aku baca. Banyak soalan yang aku tak tahu nak jawab apa. Ishh… sensei ni, dalam kuliah asyik explain tentang perkara yang ringkas-ringkas je, tapi exam duk bagi soalan yang tersangatlah kompleks. Sensei ni saje je nak seksa jiwa aku fikirkan mende ni.

[situasi 2]

Latar tempat : Di sekitar kawasan sebuah universiti di Jepun.

Latar masa : Sejurus selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Aminah :  Kau tengok si Rokiah tu, dari tadi asyik senyum sorang-sorang. Tadi aku ada tengok result exam dia, tinggi betul markah dia. Tu yang boleh duk sengih dari tadi.

Bahiyah : Alaaa… si Rokiah tu memang pandai sejak azali, dia bukannya studi sangat pun. Lainlah kita-kita ni, tunggang terbalik pulun studi, result macam hampeh.

Aminah : Eh, itu Haliza lah. Kenapa muka dia monyok je, masam mencuka.

Bahiyah : Kau tak tau ke? Dia fail subjek wajib. Maksudnya dia kena repat paper, kena ambil lagi sekali paper tu tahun depan.  Kesiannya dia.

Aminah : Apa yang nak dikasihankan… Nasib masing-masinglah. Aku rasa lah kan, Haliza tu tak studi betul-betul lah, malas. Dah tau itu subjek killer, studi lah elok-elok. Kan dah fail…

[Situasi 3]

Latar tempat : Dalam bilik milik peribadi.

Latar masa : Sesudah mengetahui result peperiksaan.

Dalila :  Teruknya nasib aku, asyik fail je exam. Masuk kali ni, dah 2 kali aku ambil subjek ni.  Memang killer betul subjek ni. Tahun depan, aku kena repeat balik paper ni. Hailaa~ Nak kata aku tak studi, siang malam aku duk usung buku. Doa, solat bagai nak rak. Tapi macam ni result aku. Tengok orang lain, tak studi mana pun, cantik je result dia. Allah memang tak sayang aku. Allah kata, kalau kita usaha sungguh-sungguh, doa, tawakal segala, kita akan dapat apa yang kita nak. Tapi… entahlah, aku rasa makin jauh dengan Allah. Macam sia-sia je segala usaha aku selama ni.

***

Allahu akbar!

Manusia cenderung menafsir sesuatu kejadian itu menurut keselesaan jiwanya.

Bahasa ringkasnya, menafsir sesedap rasa.

Tanpa sedar, atau mungkin terlupa…. Di sebalik situasi 1, 2,3, kebarangkalian ini tetap ada…

[Situasi 1]

Allah sedang mengajar Anita erti pengharapan hanya pada Allah.

[Situasi 2]

Rokiah sedang diuji dengan sifat kesyukuran terhadap keputusan peperiksaan yang cemerlang walau tanpa berusaha sesungguh mungkin.

Haliza sedang dilatih dengan sifat kesabaran terhadap keputusan peperiksaan yang tak memberansangkan walau telah berusaha segigih yang mungkin.

Aminah dan Bahiyah sedang diajar supaya tidak bersuara tak kena gaya, tidak meneka tak tentu masa. Diam dan berpada-pada dalam berkata.

[Situasi 3]

Dalila sedang ditarbiyah oleh Allah agar bersabar, dan tidak berputus asa terhadap rahmat Allah.

***

Husnuzon (bersangka baik) dalam setiap situasi, tak pernah semudah kata. Sifat ini perlu dilatih. Ianya perlukan masa.

Hanya jiwa-jiwa yang benar-benar redha Allah sebagai sembahan tunggal, sebagai Tuhan, akan mampu untuk selalu menganggap segala kejadian yang berlaku terhadap dirinya, mahupun orang lain itu, sebagai suatu perkara yang baik, lagi berhikmah.

Hanya jiwa-jiwa yang redha.

Allah itu Pengatur segala urusan di langit dan di bumi, dan segala apa yang ada di antara keduanya.

Sejauh mana kita percaya?

Jiwa-jiwa yang sejahtera, akan tetap percaya akan adanya rahmat terselindung di sebalik kejadian yang menggugah perasaan, walau perkara itu amat jauh daripada logik akal manusia normal.

Segala warna kejadian yang mencorak kain kanvas hidup kita, adalah latihan untuk kita bersangka baik dengan Allah.

Tahu tak?

Jiwa yang penuh penyerahan, itu yang dijanji syurga. —-> pinjam lirik lagu UNIC . Hehe.

Kita cenderung untuk mempersoalkan sesuatu yang kelihatan aneh di mata kita, tanpa tanya ‘direct’ pada Dia. Walhal Dia lebih tahu.

Banyak sangat perkara yang kita tak tahu, dan kita tidaklah cukup sabar untuk perkara yang kita tak tahu itu. Lalu, semahunya kita membuat spekulasi dan tanggapan sendiri terhadap insiden-insiden yang memeriahkan hidup kita, juga orang lain. Manusia memang begitu.

Mari hentikan spekulasi sendiri.

Serahkan saja kepada Dia.

Bersangka baik terhadap semua kejadian.

Ianya pasti payah.

Di situ nilainya mujahadah.

Zaaaaaaaaaaaaap~~~ sentap dengan ayat sendiri.

***

nota 1 : Contoh-contoh situasi di atas, kalau perasan, ianya bernada negatif, itu adalah untuk memudahkan pemahaman.  Kita kan lebih cenderung tidak berbaik sangka dengan kejadian negatif.

nota 2 : Sengaja saya memilih tema peperiksaan untuk ketiga-tiga situasi di atas, sebagai satu ucapan  kasih sayang kepada para pembaca, bagi meraikan musim berkerut dahi, musim peperiksaan pertengahan semester bagi majoriti pelajar universiti  di seluruh Jepun.

Iya.

Selamat menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

中間試験、頑張って下さい!!!

***

[sumber sentap akal]

1) Al-Kahfi 18 : 60~82

2) Al-Hujurat 49 : 12

3) Hadis riyadus solihin tajuk larangan prasangka buruk:  “Dari abu Hurairah, Rasulullah bersabda jauhilah kalian dari prasangka. Sesungguhnya prasangka itu sebohong-bohong perkataan.

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s