Merebut keberkatan Ramadan

Ramadan, bulan penyucian jiwa. [sumberfoto]

Syaaban semakin melabuhkan tirainya,are we ready for the next upcoming sayyidul qamar??

Ramadhan karim!!

Allahu akram!

Dari Abi Azzam, dari Sahlin Radhiallahuanha dari Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Raiyan, orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Dimanakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut, tidak masuk bersama mereka seorang pun selain mereka, setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali, tiada lagi orang lain yang akan memasukinya“.

waa..specialkan??Bukan calang-calang orang yang terpilih ni.Takkan kita nak ketinggalan?Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang

Celaka dan malang?amek sebijik direct je..huhu

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya,”Berapa ramai orang yg berpuasa tapi tiada mendapat apa-apa, melainkan lapar dan dahaga”.

Seperti mana kita prepare untuk raya,kite juga perlu prepare untuk puasa kan?

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini

Jom kita berlumba-lumba menggapai rahmat Allah yang dibentangkan seluas-luasnya bagi kita di Ramadhan al-Mubarak, bulan yang pada permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada api neraka. (Riwayat Ibn Khuzaimah)

Let’s grab the chance!!

 “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam”(Salahuddin al-ayubi)


Jom meriahkan Ramadan dengan Al-Quran. [sumberfoto]

.

.

.

hasil tulisan : cik syakirin 

Advertisements

Rindu Ramadan

Rindu itu melepasi petala mana? Gundahnya andai masih terawang di bumi. [sumber foto]
.
.
Orang-orang beriman itu merindui suatu yang tak nampak dek mata kasar.
Mereka merindui suatu yang tak pernah dirasai.
Mereka merindukan syurga!
Kehadiran Ramadan disambut penuh kesyukuran,
merasai ruh-ruh ketenangan,
tempias daripada terbukanya segala pintu syurga.
Lalu kita bagaimana?
.
.
 
“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah…”

Tawakal itu di hati

Membaca surah al-ikhlas
Teringat bait-bait kata kak yati pada kuliah Raudah Shurakah yang lepas.

“Tiada sesuatu pon yang akan berlaku kecuali dengan izin Allah semata-mata. “

Ya! Bahkan setiap helai daun juga xkan jatuh ke bumi kecuali dengan izin Allah. Kerana dialah as-shomad.

Dan aku…

Memandang ke arah diriku.

*********************************************************************************************

Teett.. Teett.. (bunyi mesej kat handphone..hihi)

“Akak,
Hari ini saya exam.
Tapi x boleh jawab langsung……”

Aku senyum membaca mesej adik comel ini (err.. Xde la comel sgt :p)

*********************************************************************************************

Apabila disebut tentang shiken! Exam!

Usaha, doa, tawakal.

Usaha. Ya. Antara mahu atau tidak. Semua antara kita mampu berusaha. Allah takkan menimpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu kan.

Doa. Tanpa disuruh pon hati kita sering meminta. Tetapi sedikit orang yang mahu memberi.

Tawakal. Menduga iman, dan pergantungan kita pada Allah.
Kerna firman Allah,

“…. Dan orang yang beriman bertawakal kepada Allah.”
Ali imran:122

*********************************************************************************************

Meletakkan tawakal setelah usaha. Mengharap pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Dalam sedar atau tidak, kita telah meletakkan hidup kita pada usaha kita. Pada tingkah laku kita. Pada madah bicara kita. Dan adakalanya pada hati kecil kita.

” Yes! X sia-sia aku stay up sampai tengah malam hari tue. Pass jugak setelah 3 tahun repeat!!!”

“Ala.. X boleh jawab. X study mlm td”

Err..
Kelihatan kecil. Tetapi besar.
Besar impaknya pada kehidupan kita.

*********************************************************************************************

Firman Allah,
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Dan lagi

“..Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”

Al-baqarah:112

Ramai antara kita hari ini yang kelihatan muram dan sugul sahaja. Terutamanya minggu-minggu peperiksaan. Minggu exam muka masing-masing seposen jer. Kerut muka tiba-tiba bertambah melebihi usia. Tension stress memanjang.

Bagaimana bisa jadi begitu?

Kerna kita telah menilai kehidupan kita pada dunia. Kecewa pada titik kekecewaan dunia. Sedangkan di sisi Allah itulah yang terbaik. Kerana Allah telah menulis yang terbaik buat setiap hambanya. Tak percaya? Allah itu Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Mesih tak percaya??

*********************************************************************************************

Ayuh!
Letakkan pergantungan penuh itu hanya pada Allah
Kerna tawakal adalah penawar
Kepada seluruh kesedihan dunia

Percayalah
Allah telah menulis yang terbaik untukmu
Dan kayu ukur kebaikan itu tidak pada mata manusia biasa
Sebaliknya kebaikan itu pada hati yang sentiasa bertaut pada Tuhannya

Kegagalan
Ada orang rugi
Kerana kecewa dengan kegagalan mereka
Dan beruntunglah mereka yang tetap sabar dan berserah diri atas kegagalan dunia

Kejayaan
Ada yang rugi
Kerana menganggap kejayaan hasil usaha dan titik peluhnya
Dan beruntunglah mereka yang membalikkan kejayaannya pada Tuhannya dan tetap syukur

Sesungguhnya hanya ada satu kebaikan yang pasti
Iaitu syurga
Dan beruntunglah mereka yang mengejar syurga
Dan Sesungguhnya hanya ada satu keburukan yang pasti
Iaitu neraka
Tempat balik orang-orang yang rugi

*********************************************************************************************

Allah
Janganlah kau biarkan hidup kami
Ditentikan oleh diri kami
Walau sekelip mata
Atau kadar yang lebih pendek dari itu.
Aminn..

Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda,

“Akan masuk surga suatu kaum, hati mereka seperti hati burung”

(HR. Muslim)

Lantas seperti apa hati burung?

dari Umar R.A bahwasannya beliau mendengar Rasulullah S.A.w bersabda,

“Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang sore hari dengan perut kenyang”

(shahih Tirmidzi, beliau berkata, ‘hadits hasan sohih)

Optimislah terhadap hidupmu. Husnuzonlah pada Tuhanmu. Setiap yang terjadi satiap satunya adalah atas izin Allah. Apabila diuji, balikkan pada Allah dan bersabarlah. Apabila dipuji, juga balikkan pada Allah dan bersyukurlah.

Ayuh!

Angkat penamu.

Dan terus berusaha!

kimatsu shiken ganbatte kudasai!

dari team AMIR

Dan semoga Allah mengira setiap amalan kita sebagai ahsanu a’mala, amalan terbaik yang bakal kita persembahkan padaNya di akhirat kelak.

bismillah hi tawakkal tu `alallah
la haulawala kuwwata illa billah

Manusia

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya.”

[Fussilat 41: 49]

.

.

.

Kerna aku, kau, dia, dan mereka, semuanya manusia.

Allah itu baik kan?