Ada Apa Dengan Akhwat?

Sebelum baca entri ini, mari kita lihat maksud istilah ‘akhwat’

Akhwat adalah kalimah bahasa arab yang merujuk kepada kaum wanita, perempuan dan muslimat yg ramai. Pendek kata, akhwat itu adalah wanita.

Sudah setahun lebih saya berada di jalan ini. Sudah setahun lebih juga lah saya merasai pahit manis jalan ini. Antara kenangan manis mungkin bila bertemu mereka yang sama ghuraba (asing) dengan saya. Bila bertemu akhwat itu sendiri. Mengimbau kembali kenangan semasa daurah, ramai akhwat yang telah saya ketemu. Namun, akhwat itu di mana saja kita temui, mereka semua nya sama. Sama yang saya maksudkan di sini, bukannya mereka tiada keistimewaan masing-masing. Ah, senang cerita, akhwat itu sama seperti hadis di bawah

”Ciri-ciri Muslim itu, apabila dia melihat kamu, maka dia mendekat kepadamu, kemudian dia menyegerakan salam. Lalu kau lihat tampak pada wajahnya selalu tersenyum. Lalu, dia akan lebih awal menhulurkan tangannya untuk bersalaman. Kalau kau dekat dengan dia, kau mencium wanginya. Kalau kau bicara dengan dia perhatikan baik-baik, pasti dia mengajakmu selamat dunia akhirat. Mahu berbicara tentang apa saja, pada akhirnya mengajak kamu selamat di akhirat. Kalau berurusan dengannya, dia permudah. Itulah ciri-ciri peribadi Muslim.”

(Muttafaq ‘Alaih)

Ha! Itulah ciri-ciri akhwat yang saya maksudkan. Langsung tidak berkira dalam banyak hal. Mereka sangat suka menolong kerana mereka bukan lakukan kerana kita ni comel tapi mereka lakukan kerana Allah. Syahwat mereka adalah syurga. Tapi, saya perasan satu lagi sifat akhwat yang selalu saya temui. Mereka itu sangat pemalu. Pemalu di sini, bukannya mereka tidak bergaul dengan orang lain, juga bukannya bercakap perlahan seperti berbisik, malah bukannya malu tidak bertempat. Malu yang dimaksudkan adalah mereka ini sangat menjaga diri mereka. Mereka amat tahu batas-batas seorang akhwat. Mereka amat malu mendedahkan diri mereka walaupun menjadi penghias profile picture di laman sosial. Itulah akhwat.

Hampir setiap hari saya layari laman facebook (kantoi). Namun, hampir setiap hari juga saya lihat gambar akhwat tersebar merata di-upload tanpa batasan. Saya tidak mengatakan upload gambar itu salah. Tapi, mungkin perlu slow down. Akhwat itu kan punyai sifat malu. Keindahan diri hanya untuk suaminya yang halal. Pendek kata, seperti bidadari syurga yang disebutkan dalam surah ar-Rahman

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan (sopan dan pemalu) yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelumnya”

(ar-Rahman 55:56)

Akhwat itu malunya seperti bidadari syurga. Sebut saja bidadari mesti cantik. Malah, keindahan bidadari syurga tidak tergambar. Mungkin semua orang jeles nak jadi macam ainul mardhiah yang kecantikannya tersebar luas di kalangan perindu syurga. Tetapi ini bukan bermakna bidadari itu lebih baik dari akhwat di dunia, penghuni syurga kerana

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

(HR. Bukhari dan Muslim) 

Kesimpulannya, jika kita adalah dari kalangan penghuni syurga (amin..), kita lebih baik dari seorang bidadari!  Dan seorang penghuni syurga itu sudah tentu punyai malu. Nak jadi penghuni syurga tak? Saya nak!

image by andry wasabi (Deviantart)

pesanan dari Rasulullah s.a.w

Rasulullah pernah melewati seorang laki-laki dari golongan Anshar yang sedang menasehati saudaranya dalam masalah ‘sifat malu’, beliau bersabda; Tinggalkan dia, sesungguhnya sifat malu itu sebagian dari iman”.

(HR.Bukhari)

Muharram dan kita

بِسْمِ اٌللهِ اٌلرَّ حْمَٰنِ اٌلرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt…

Pejam celik, pejam celik, tibanya 1 muharram seperti juga tahun2 sebelum ini…Hari dimana, ianya menjadi permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Islam.. Walaupun ianya tidak disambut dengan kiraan detik2 akhir bersama-sama dengan percikan bunga api, cukupkah ia dirai dengan hanya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun yang kerap kali kita lakukan saban tahun???

Mengenang kembali kira-kira 1300tahun yang lalu, Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat berhijrah ke Madinah setelah mengalami tekanan yang sangat kuat daripada kafir Quraisy Mekah.. Walaupun penghijrahan ke Madinah menuntut mereka meninggalkan sanak-saudara, meninggalkan sumber pendapatan yang sedia ada di Mekah, tetapi dengan keyakinan dan keimanan yang kuat terhadap Allah SWT bersama-sama dengan janji Baginda SAW, membuatkan mereka tekad untuk berhijrah..

Sekaligus, penghijrahan ini membuktikan bahawa ianya bukan hanya sekadar penghijrahan “tempat”.. tetapi juga penghijrahan dari segi jiwa mereka..

Dan begitu jugalah seharusnya kita..kedatangan 1 Muharram saban tahun bukanlah sekadar penghijrahan dari kalendar ke kalendar, tetapi sepatutnya menjadi penghijrahan jiwa untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya…Jika sebelum ini, kite meraikan 1 muharam dengan bacaan doa, mungkin pada tahun ini bersama-sama dengan bacaan doa tersebut kita hayati makna di sebalik doa itu.. muhasabah kembali apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya, bersama-sama dengan satu tekad untuk berhijrah ke arah penyucian jiwa yang lebih baik..insyaAllah…

Beberapa hari sebelum 1 Muharram baru-baru ini, warga Malaysia begitu “kecoh” dengan perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia yang menentukan kedudukan pingat emas di Sukan Sea. Kehangatan perlawanan pada waktu itu telah “berjaya” menenggelamkan peristiwa dimana 2 orang dari kalangan penyokong Indonesia didapati maut akibat terperangkap dalam kesesakan penyokong yang berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Walaupun semua penyokong yang berada di dalam stadium berkenaan datang dengan niat untuk menonton perlawanan tersebut, tetapi sedarkah kita, bahawa malaikat Izrail “masih” menjalankan tugasnya??

Mengambil perlawanan bola ini sebagai contoh, disebalik sorakan “gol” yang kita teriakan, sedarkah kita malaikat Izrail sedang melihat kita?? Disebalik kegembiraan atas kejuaraan skuad Harimau Muda menjuarai perlawanan, sedarkah kita bahawa malaikat Izrail sedang melihat kita?? Jika nyawa kita ditarik disaat kita lalai akanNya, adakah masih sempat untuk kita membetulkannya??

Oleh itu, sempena dengan tahun baru ini, marilah sama2 kita bermuhasabah jiwa kita dan cuba membetulkannya sebelum terlewat.. Semoga setiap apa yang kita lakukan adalah dengan niat kerana Allah taala agar setiap detik dalam hidup kita adalah ibadah kepadaNya…semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya…amin..

Salam Maal Hijrah dari kami warga ICK 🙂

tunggulah..nantilah..

Assalamualaikum wbt.

bismillah.

“Saya ni tak banyak ilmu lah kak. Segan saya nak cakap lebih-lebih pasal islam ni. Tunggulah saya dah banyak baca buku sikit, banyak ilmu sikit”

“Saya ni bukannya baik sangat kak,merangkak-rangkak lagi nak berubah. huhu…nak berdakwah ni, nantilah bila saya dah yakin sikit”

“tunggulah..nantilah..”

meminta masa dari naqibah atau dari ALLAH?

“tunggulah..nantilah..”

masa bukan milik naqibah untuk diberi, tapi milik ALLAH Yang Maha Memiliki.

rahsia ALLAH, masa masih panjang, atau sudah hampir ke garisan.

“tunggulah..nantilah..”

tunggu-tunggu, nanti-nanti. ingat, mati itu pasti.

“tunggulah..nantilah..”

berubah tak mudah, satu mujahadah.

tapi bukan alasan, menolak tugas dakwah.

“tunggulah..nantilah..”

kalau tunggu sempurna, makanya dakwah itu tugas malaikat.

“tunggulah..nantilah..”

Aslih nafsak, wad’u ghairak. (perbaikilah dirimu DAN serulah orang lain ke arah kebaikan)

wallahua’lam.

Charity Bazaar 2011

Assalamualaikum wbt…

Seperti tahun lalu, Charity Bazaar hadir lagi.

Membuka peluang untuk kita lebih beramah mesra sesama Muslim di tanah Jepun ini, juga memberi ruang untuk memperkenalkan Islam kepada  warga Jepun yang memang terkenal dengan akhlak islami , insyaAllah.

-Charity Bazaar-


tarikh : 20 November 2011 (Ahad)

waktu : 10:00~16:00

tempat : Tokyo Camii (東京ジャーミイ) [juga dikenali sebagai Masjid Yoyogi] & Yuai International School


**Untuk maklumat lanjut, sila klik imej di bawah bagi pembesaran imej.

Imej satu. [English]

.

Imej dua. [Japanese]

***perincian tempat***

[klik imej di atas untuk peta—bawah kanan imej]

東京都渋谷区大山町1-19

営団地下鉄千代田線

小田急線

代々木-上原駅

徒歩 4 分

iaitu…

1-19 Oyama-cho Shibuya-ku, Tokyo
Chiyoda line & Odakyu line
Yoyogi-uehara station
5 min berjalan kaki

***

Jom jom jom~

Memeriahkan suasana, menceriakan acara, meluaskan pandangan mata.

Kalau bukan kali ini, bila lagi?  (=

Ujian

Setiap jiwa yang mengaku beriman itu pasti akan diuji, sunnatullah itu tetap akan hadir.
 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, [Al-baqarah 2: 155]
.
.
.

Ujian itu adalah tanda Allah masih ‘nampak’ dan peduli pada kita.
Lagi berat ujian yang ditimpakanNya, lagi sayang Dia pada kita.
Maka bergembiralah bagi mereka yang bersabar atas ujian yang menimpa.
.
Bersabar itu sememangnya payah. Iyalah kan, andai melaksana semudah bicara, tidaklah kesabaran dibayar syurga. Semoga janjiNya tentang syurga itu bisa membantu kita untuk terus sabar dan tabah menghadapi segala rasa yang seakan membeban di bahu.
.
.
Kita sepatutnya berasa risau andai kita tidak diberi ujian dalam kehidupan ini.
Malangnya andai segala nikmat yang hadir itu bukan kerana kasih dan sayangNya, tapi hanyalah sebagai istidraj (nikmat yang diberi untuk menjauhkan lagi kita daripada Allah).
Mari bersyukur kerana Allah masih ‘nampak’ dan peduli pada kita.
.
.
Ada orang pernah berpesan kepada saya :
Berdoalah agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup (iman, ukhwah, keluarga, kewangan, study, dll), bukannya supaya Allah menghilangkan ujian daripada kita. “
.
.
Wallahu ‘alam.
Semoga kita tidak diuji melebihi daripada kemampuan kita.
.
.
Bukankah dengan ujian kepayahan itu, doanya kita makin laju menerjah ke langit?
Bukankah dengan ujian kesulitan itu, solatnya kita makin khusyuk mencari tenang?
Bukankah dengan ujian yang memberat itu, pengharapan kita semakin kuat kepada Dia?
.
.
Allah yang menciptakan kita. Dia tahu apa keperluan kita. Kerana itulah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
.
.
Mari bersangka baik dengan Allah.
Ujian itu suatu tarbiyyah daripada Allah.
Ujian itu tanda kita masih ‘ada’ di ‘mata’Nya.
.
.
.
Lihat ke langit, mentari itu masih menyinar, walaupun di waktu malam, masih tabah meminjamkan cahaya nya kepada sang rembulan. ^^

Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki

Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah

Dengan kecantikan yang Anda miliki, ianya lebih anggun daripada cahaya mentari.

  1. Anda, dengan akhlak yang Anda miliki lebih harum daripada kasturi.
  2. Anda, dengan kerendahan hati yang Anda miliki, lebih tinggi daripada rembulan.
  3. Anda, dengan sifat keibuan yang Anda miliki, lebih menyegarkan daripada hujan.

Oleh kerana itu :

  1. Peliharalah kecantikan itu dengan iman.
  2. Peliharalah keridhaan itu dengan sikap qana’ah.
  3. Peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.

Demikian kata-kata Dr ‘Aidh Al-Qarni, seorang pendakwah terkenal dari Arab Saudi.

Ungkapan ini jika dihalusi adalah usaha untuk membetulkan semula terhadap perkembangan pemikiran dan persepsi yang salah terhadap ukuran kemuliaan seorang wanita.

Pernyataan ini merupakan satu usaha untuk menolak berbagai keraguan berbahaya yang kini sudah menyentuh wilayah keyakinan iaitu :

“Adanya anggapan bahwa dengan kecantikan fizikal, seseorang wanita akan mampu meraih kemuliaan dan mendapatkan kebahagiaan.”

Anggapan ini bukan bersumber dari Islam kerana kemuliaan seseorang wanita TIDAK terletak pada :

  1. Kecantikan wajah.
  2. Keelokan tubuh badan.
  3. Banyaknya perhiasan yang dipakai.

Dalam Islam, ketiga-tiga perkara tersebut adalah FITNAH (ujian) bagi wanita kerana ianya samada boleh membawanya menuju kemuliaan atau mampu menyeretnya ke lembah kebinasaan.

Kenyataannya, tidak sedikit wanita yang terjebak dengan anggapan bahwa keelokan fizikalnya adalah segala-galanya. Mereka menganggap bahwa kemuliaan dan kebahagiaan akan didapati apabila berwajah cantik, kulit yang putih dan tubuh yang ramping.

Maka tidak pelik kalau ramai wanita yang kita jumpai bermati-matian untuk memutihkan kulitnya, membuat pembedahan-pembedahan plastik kepada sebahagian tubuhnya di samping  menghabiskan beribu-ribu malah berjuta wang demi mengejar prestij tersebut.

Bagi yang tidak mampu, mereka menjadi rendah diri dan merasa terasing dari pergaulannya dengan orang lain. Padahal kecantikan dan keindahan tubuh badan tidak dapat dijadikan kayu ukur kemuliaan. Lebih jauh lagi, semua itu tidak dapat menjamin seseorang akan menjadi bahagia.

Ramai juga wanita yang terjerumus ke dalam konsep “penuhanan” terhadap material. Bagi mereka, material adalah harga diri.

Dengan anggapan tersebut mereka mahu melakukan apa sahaja untuk meraihnya. Bahkan tubuhnya pun dengan mudah ingin dikorbankan.

Dalam konteks ini, mereka bukannya menjadi terhormat, tetapi justeru bernilai rendah di hadapan Allah swt.

Di satu sisi mereka bersikap “bermuka dua”, iaitu mengakui Allah swt sebagai Tuhan tetapi pada masa yang sama mereka“bertuhankan” fizikal dan material.

Di sisi lain pula, pengorbanan “mutiaranya” akan membuat orang yang melihatnya tidak akan menghormati mereka.

Kenyataan ini tidak lepas daripada pengaruh media massa, baik cetak maupun elektronik. Kekuatan media massa terletak kepada pengaruhnya untuk membentuk pendapat umum.

Dengan intensiti yang kuat, media massa terutamanya televisyen bukan sahaja menawarkan hiburan tetapi juga secara tidak langsung telah menawarkan :

  1. Nilai.
  2. Budaya.
  3. Prinsip hidup.

Secara perlahan-lahan namun dengan pasti, sajian televisyen yang asalnya menjadi tontonan semata-mata telah berubah menjadi panduan penontonnya, padahal tidak semua sajian televisyen menawarkan nilai yang sama dengan kehendak penontonnya.

Keadaan yang paling buruk adalah ketika sajian televisyen menjadi pengendali “trend” atau ‘trendsetter’ dalam pelbagai aspek kehidupan seperti :

  1. Pola berfikir.
  2. Tingkah laku.
  3. Keyakinan.

sehingga semua yang ada di televisyen menjadi ikutan dan panduan penontonnya dalam kehidupan nyata.

Nampaknya, sajian televisyen yang begitu mengagungkan wanita berupa paras cantik, berkulit putih dan berbadan ramping telah mempengaruhi persepsi kebanyakan wanita Muslimah dan masyarakat pada umumnya. Padahal semua itu salah dan bertentangan dengan Islam.

Di dalam Al Quran, Allah swt menyatakan sebaliknya, bahwa kayu ukur kemuliaan itu adalah ketakwaan BUKAN kecantikan fizikal.

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (QS Al Hujuraat : 13)

Ketaqwaan itu ada di dalam hati. Hal ini sejajar dengan sabda Rasulullah saw bahwa sesungguhnya Allah swt tidak melihat seseorang dari bentuk tubuhnya tetapi melihat hati dan amalnya.

Sesungguhnya kemuliaan dapat diraih seseorang wanita manakala ia memiliki kemampuan untuk:

  1. Menjaga martabatnya dengan iman.
  2. Menerima semua kurniaan yang Allah berikan.
  3. Menghijab dirinya dari kemaksiatan.
  4. Menghiasi semua aktivitinya dengan ibadah.
  5. Memberikan yang terbaik terhadap sesama manusia.

Seorang wanita yang mampu melakukan semua itu akan mulia di sisi Allah dan terhormat di hadapan manusia.

Sejarah mencatatkan bahwa dalam dunia Islam sejak dahulu telah banyak muncul wanita-wanita mulia yang mendapatkan tempat yang terhormat di tengah-tengah umat hingga kini.

Contohnya Sayyidatina Khadijah ra yang namanya terus berkibar sampai sekarang bahkan setiap anak perempuan dianjurkan untuk meneladaninya.

Terkenalnya seorang Khadijah bukan kerana kecantikan dirinya namun kerana pengorbanannya dalam mendukung perjuangan Rasulullah saw mendakwahkan Islam.

Begitu juga Sayyidatina Aisyah ra, salah seorang isteri Nabi saw yang juga seorang cendekiawan muda.

Darinyalah para sahabat mendapat berbagai disiplin ilmu seperti fiqh, hadis dan tafsir. Pada masanya, Aisyah ra diangkat menjadi ulama’ atau guru para sahabat.

Ada pula Asma’ binti Yazid, seorang mujahidah yang membinasakan sembilan tentera Romawi di dalam perang Yarmuk hanya dengan menggunakan sebilah tiang khemah.

Masih ramai wanita mulia yang berkarya besar untuk umat pada masa-masa berikutnya. Di antara mereka ada yang menjadi guru kepada imam mazhab terkenal.

Imam Abu Hayyan mencatat tiga nama wanita yang menjadi guru kepada Imam Syafi’ie, iaitu :

  1. Mu’nisat Al Ayyubiyah.
  2. Syamiyat At Taimiyah.
  3. Zainab binti Abdul Lathif Al Baghdadi.

Keharuman dan keabadian nama mereka disebabkan oleh kemampuan :

  1. Mengembangkan kualiti diri.
  2. Menjaga ‘iffah’ (martabat).
  3. Memelihara diri dari kemaksiatan.

Sinar kemuliaan mereka muncul dari dalam diri mereka BUKAN fizikal. Sinar inilah yang lebih abadi.

Bagi mereka, fizikal hanyalah perhiasan semata-mata di mana, dalam rentang waktu yang lama

akan pudar juga akhirnya sehingga keadaan fizikal seperti apapun tidak banyak mempengaruhi kehidupan mereka.

Akhirnya marilah kita benar-benar mendidik isteri-isteri dan anak-anak perempuan kita khususnya dengan didikan Islam yang sebenarnya sehingga mereka mempunyai :

  1. Harga diri yang tinggi.
  2. Keimanan yang mantap.
  3. Keilmuan Islam yang luas.

sehingga mereka akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada fitnah-fitnah dunia yang boleh mengheret mereka ke lembah kehinaan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami berupa keimanan yang teguh dan keilmuan yang tinggi untuk kami mampu mendidik dan membangunkan keluarga kami mengikuti jalanMu yang lurus.

dipetik dari

http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/ukuran-kemuliaan-wanita-hakiki/275207699186219

Programme “The road not taken”

Assalamualaikum menemui semua pengunjung blog yang disayangi sekalian .InsyaAllah akan diadakan sebuah program di Hokkaido nanti yang bertajuk “The road not taken”.


Maklumat terperinci mengenai program ini adalah seperti di bawah.

Tempat:北海道立洞爺少年自然の家

Akses ke tempat program:http://wa.manabi.pref.hokkaido.jp/toya/index.html

Tarikh:19 -20 November 2011

Tentatif:

19 November 2011

1100~1200 Pendaftaran

1200~1300 ISOMA

1300~1500 Slot 1

1500~1800 Slot 2

1800~1900 Dinner

1900~2000 Ofuro,Solat,Tazkirah

2000~2200 Slot 3

2200~ Bahtera mimpi

20 November 2011

400~500 solat subuh berjemaah

500~630 自由時間

630~730 kemas bilik

730~815 Breakfast

815~1030 Slot 4

1030~1200 Slot 5

1200 Bersurai

Jom bersama-sama kita menghadiri program “The road not taken” semoga ia membawa kebaikan untuk kita bersama.

Jangan lupa klik link di bawah  untuk pendaftaran.

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_US&formkey=dHlHZ2JJazZ4NmN1UXQwdWN2TjZyUHc6MQ#gid=0