Tangan yang Melontarkan Batu

Bismillahirrahmanirrahiim

Alhamdulillahwastaghfirullah…

Sungguh tersedar diri ini betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita setiap saat. Lihat saja pada makanan kita. Setiap hari cukup makan pastinya. Dari masakan Melayu hingga masakan Itali… semuanya sudah kita rasakan. Yeah, walaupun bukannya setiap hari kita makan mewah tapi nasi bersama telur goreng dan kicap itu sudah cukup besar nikmatnya.

Namun sahabat yang dikasihi sekalian, adakah setiap kali mengunyah rezeki Allah itu, kita ingat akan saudara seaqidah kita yang entah makan atau tidak. Di Palestine terutamanya; berhadapan terus dengan musuh Islam yakni Israel. Ada pula yang masih selesa mengunyah burger McD, meneguk Coca-Cola; walaupun sudah diingatkan beberapa kali itu merupakan syarikat yang menyumbang kepada Israel. Ya, duit yang kita bayar kepada mereka, untuk mereka beli peluru, peledak, kereta kebal dan pelbagai senjata. Satu peluru apa kita fikir murah harganya? Kalau SEPULUH burger McD mungkin mampu beli SATU butir peluru; satu burger seorang pembeli, satu peluru seorang Muslim; dan Ya… sepuluh orang membunuh seorang saudaranya sendiri.

Empat produk utama untuk diboikot adalah; McDonald, Coca-cola, Nestle dan Johnson&Johnson.

Sahabat sekalian, saya sangat berharap semua kita sudah jelas mengapa kita wajib mempertahankan Palestine, dan wajib menentang Israel. Allah SWT berfiman yang bermaksud:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku”.
(QS Al Isra’ 17: 4-5)

Sahabat fillah, mari kita kaitkan isu Palestine ini dengan kisah tentera bergajah. Kisah Abrahah memimpin tenteranya untuk memusnahkan Masjidil Haram (Kaabah). Ketika manusia tiada yang mentauhidkan Allah, ketika tiada Rasul ketika itu kerana telah sekian lama Isa AS diangkat ke langit… Lalu ramainya yang mendustakan diri mereka sendiri, tertipu dengan mainan Yahudi, tertipu dengan hawa nafsu sendiri. Ketika Abrahah datang menyerang, Allah hantarkan burung-burung untuk mengalahkan tentera bergajah. Pemimpin Mekah ketika itu, termasuk penjaga Kaabah Abdul mutalib (datuk Rasulullah SAW) juga hanya mampu melihat. Dan selepas peristiwa itu, lahirlah rasul kepada umat akhir zaman, Muhammad SAW. Baginda ajarkan kita al Quran, tunjukkan kita cara hidup. Hari ini kita Islam inshaAllah dengan usaha baginda dan orang-orang yang menurut langkahnya.

Lihat ibrah dari peristiwa tentera bergajah itu; ketika di mana manusia mendustakan atau mungkin melupakan al Haq (kebenaran), Allah SWT yang Maha Perkasa itu menghantarkan burung-burung ababil yang membawa batu dari neraka untuk melawan tentera bergajah. Al Haq hanya akan dimenangkan dengan al Haq. Kita yang telah mendengar kalimah al Haq (kalimah penyaksian bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasul Allah), kitalah yang mempertahankan Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa. Al Aqsa di Palestine yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam, tanah para anbiya, tempat suci ketiga umat Islam. Allahuakbar.

Sahabat fillah, ketahuilah bahawa nyawa muslim itu lebih bernilai dari tanah suci.

*Rasulullah saw pernah bersabda dalam khutbah haji wida’:
“Ketahuilah, semulia-mulia hari adalah hari ini, semulia-mulia bulan adalah bulan ini, semulia-mulia negeri adalah negeri ini. Ketahuilah, sesungguhnya darah kamu, harta kamu terhormat, sebagaimana terhormatnya hari ini, bulan ini dan negeri ini”.

Dan dalam riwayat yang lain dari Abdullah bin Umar ia berkata, aku melihat Rasulullah saw tawaf mengelilingi Kaabah dan berkata :

“Sebaik-baik wangian adalah wangimu, seagung-agung kehormatan adalah kehormatanmu. Demi jiwa Muhammad yang ada dalam genggamanNya, kehormatan seorang mukmin lebih agung daripada kehormatanmu di sisi Allah. Lebih terhormat darimu darahnya dan hartanya dan berbaik sangkalah kepadanya”.

Jika kehormatan darah seorang muslim lebih tinggi daripada kehormatan Baitullah Al-Haram, maka tidak ragu lagi, darah seorang muslim lebih terhormat di sisi Allah berbanding Masjid Al-Aqsa, walaubagaimana tinggi pun sekalipun kedudukan Masjid Al-Aqsa di sisi umat Islam. *

Isu di Palestine, bukan hanya isu mempertahankan al Aqsa, tapi juga melindungi saudara seaqidah kita di sana. Siapa yang menguasai kawasan itu, akan menguasai dunia (familiar kan ayat ni?) Ya, Israel sangat tahu akan hal ini, dan lihat sekarang siapa yang menguasai dunia?

Mempertahankan Palestine, bermakna kita mempertahankan Islam. Bebasnya Palestine apabila Islam menjadi Ustaziyatul alam; tanda kemenangan kita. Kita tidak boleh tidak memang harus PEDULI isu Palestine ini. Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana kita mahu Islam itu ditegakkan di muka bumi ini.

Maka apa yang boleh kita lakukan? Antaranya:

1) Tanamkan pada diri, keluarga dan sahabat rasa PRIHATIN pada isu umat Islam
2) Rajin belajar SEJARAH Rasulullah dan sahabat, sejarah Palestine, sejarah Tanah Arab, juga inshaAllah sejarah dunia seluruhnya kerana setiap yang telah berlaku ada kaitan dengan masalah umat kita sekarang. Paling kurang kita mampu menceritakan kepada orang lain mengapa kita tidak mengiktiraf Israel sebagai Negara.
3) Belajar PENGETAHUAN ASAS tentang Palestine; kedudukan geografi, Negara sekelilingnya, tahu apa itu Gaza, apa itu Tebing Barat (West Bank), serta politik di sana.
3) Harus celik pada ISU SEMASA di Palestine dan Tanah Arab lainnya.
4) Berusaha MENABUNG untuk bantuan saudara Islam kita di Palestine dan Negara lain yang memerlukan.
5) MEMBANTU usaha dalam menyampaikan dan membangkitkan kesedaran tehadap isu Palestine kepada semua masyarakat.
6) BOIKOT sebarang bentuk produk yang menyumbang terus kepada ekonomi Israel.

BOIKOT! Sudah mampukah kita untuk tidak membeli, tidak menggunakan produk Israel?! Ada lagi yang WAJIB kita boikot… JAHILIYYAH.

Sahabat fillah sudah pasti biasa mendengar ghazwul fikr (serangan pemikiran). Antara cara Yahudi Israel untuk menjuahkan kita dari al Quran dan As Sunnah adalah melalui;

Israel sediakan pelbagai jalan, syaitan berterusan membisikan hasutan. Siapakah yang lebih dekat dengan kita? Syaitan.

Andai Jahiliyyah masih mendinding hati kita, bagaimana untuk kita membantu saudara kita di Palestine, dan seterusnya menguasai dunia ini?

Ayuh! Telah sampai kalimah al Haq pada gegendang telinga kita, maka tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manfaat pada diri kita, yang tidak menyumbang sedikit pun dalam meraih redha Allah SWT.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah Membiarkanya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah Mengunci pendengaran dan hatinya, serta Meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (Membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
(QS Al Jatsiyah 45: 23
)

Ayuh! Telah sampai kalimah al Haq pada gegendang telinga kita, maka teruslah melangkah dalam tarbiyyah, teruslah membina diri dan umat. Bersihkanlah hati kita dari ilah selain Allah SWT. Ingatlah, perjuangan dan pengorbanan itu memang sukar kerana syurga Allah itu mahal.

“Ya Allah, kuatkanlah HATI kami seperti cekalnya anak Palestine melontarkan batu ke arah Zionis Israel.”

Dalam pada kita tidak mampu bersama mereka berhadapan dengan Israel, lawanlah jahiliyyah yang masih tersisa pada diri kita serta jangan lupa mereka dalam setiap doa kita.

Wallahualam.

Nota*: saya petik dari http://dakwah.info/palestin/bangkitlah-al-aqsa-as-syarif/

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s