tahun baru?

salam alaik buat semua pembaca..

1 Januari 2011. Bagi masyarakat Jepun,mereka menyambut tahun baru dengan begitu meriah sekali. malam 31 Disember,’makan besar’ katanya. berkumpul beramai-ramai bersama keluarga,menikmati mee soba yang dikatakan amalan itu memanjangkan umur mereka.itu kepercayaan mereka..

semalam aku melihat sendiri aktiviti masyarakat jepun apabila tiba di tempat ‘sembahyang’mereka. Dalam hati takut juga,takut tersalah cara..tapi tetapkan dalam hati Allah sentiasa bersama.sekadar menghormati adat mereka, saya masuk untuk melihat apa yang dilakukan.

mereka menggunakan ‘5yen/goen’ – duit syiling. dikatakan akan membawa tuah.dibaling ke dalam tempat dihadapan tuhan mereka dan setelah itu meminta apa hajat untuk tahun ini.

setelah itu, pergi lagi ke tempat lain.juga untuk meminta apa yang dihajatkan untuk tahun 2012.kawanku memasukkan sekeping syiling 100yen untuk sekeping kertas yang berbentuk orang.tulislah apa yang dihajatkan pada sekeping kertas itu dan hanya diri sendiri yang boleh melihat dan tidak dibenarkan sama sekali melihat hajat orang lain.dikatakan apa yang ditulis,hanya diri sendiri dan tuhan sahaja yang mengetahui.setelah itu,kertas itu ditenggelamkan di dalam tempayan yang dipenuhi air.yang saya terkejut,kertas itu larut dan dipercayai apabila larut,maka tuhan akan memakbulkan apa yang dihajatkan pada tahun ini..

masyaAllah…

ketika itu diri ini berkata,Allah..aku bersyukur kerana telah memilih aku untuk ISLAM.

Allah Maha Pengasih,Allah Maha Penyayang.

Allah Maha Pemurah,Allah Maha Pengasihani

manakan tidak.. kalau ‘mereka’ meminta hanya setahun sekali dalam hidup mereka,kita boleh meminta setiap saat dengan Allah. PERCUMA,tidak perlu berbayar!

jika berbuat dosa,mintalah kepadaNya. rintihkan masalah denganNya. insyaAllah yang sulit itu menjadi terlalu mudah..’kun faya kun’–‘jadilah,makan jadilah’

Allah Maha Kuasa..

hargailah setiap saat menjadi ISLAM.bukan sekadar pada nama,tapi pada ISLAM IS A WAY OF LIFE.

2012,maka bermulalah tahun baru.Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.moga bertambah amal untuk bekalan ke syurga.semoga bertambah kuat untuk terus melalui ujian demi meraih kekuatan.

kerana MATI itu tidak diketahui bila.tapi terus berusaha untuk meraih apa yang kita tuju dan yang kita percaya SYURGA ALLAH.

wallahualam..

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s