Antara Takdir dan Tarbiyah

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

muttafaqun’alaih

Hadis di atas berkisar tentang tahap penciptaan manusia dan garis takdirnya. Semasa umur kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah menetapkan 4 perkara bagi kita;

  1. rezeki (makanan, biasiswa, jodoh)
  2. ajal maut (bila kita meninggal)
  3. amalan (apa yang kita kerjakan)
  4. akhir hidup (syurga atau neraka)

Berdasarkan hadis ini, terbukti bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia ini, berlaku pada diri kita, keluarga kita atau sesiapa sahaja, bukan satu kebetulan tetapi satu takdir yang telah Allah tetapkan semasa kita masih di dalam rahim ibu.

Dulu, saya pernah konfius “Kalau Allah dah tetapkan kita masuk syurga atau neraka, tak guna lah kita beramal kan, sebab Allah dah tentukan semuanya”. Woot! tunggu dulu, kita kan tahu Allah itu tidak pernah menzalimi kita, tetapi kita sendiri yang selalu menzalimi diri kita.

Mari saya kongsikan apa yang saya faham.

Takdir terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Allah tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
  2. Allah tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)

Segala rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya, termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.

Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka) juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?

Tetapi, Dia tidak pernah zalim.

“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(as-syams 91:8~10)

Sesungguhnya, Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, tetapi kita yang memilihnya.

Jadi, apa kaitan takdir dengan tarbiyah?

Semua tarbiyah yang datang pada kita itu adalah ditentukan oleh Allah, kerana Dia tidak akan menghukum seorang yang tidak pernah tahu melainkan telah diberitahu. Samalah juga dengan kaum terdahulu, mereka telah didatangkan nabi/rasul untuk memimpin mereka, mengajak kepada kebaikan, tetapi ada di antara meraka yang beriman dan ada juga yang memilih untuk menolak kebenaran. Maka, setelah didakwah habis-habisan oleh utusan Allah, mereka masih menolak, natijahnya adalah azab dari langit!

Ketahuilah bahawa, ‘tarbiyah is in the air’, bagi mereka yang sedang mencari atau masih mencari teruskan berdoa, supaya Allah menunjukkannya pada kita, dan supaya hati kita dicondongkan ke arah jalan ke syurga.

Mereka yang sedang melakukan amalan ahli syurga yang banyak, jangan pernah merasa cukup dan jangan pernah merasa yakin akan dapat ke syurga sebaliknya teruskan beramal keranaNya.

Mereka yang sedang melakukan dosa, jangan putus asa dengan rahmat Allah, carilah hidayah Allah itu, cari sampai mati, kerana Dia tidak pernah zalim.

Tarbiyah is in the air, terpulang kepada kita, untuk memeluknya erat, atau membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.

p/s: maaf salah silap, mohon teguran.

This entry was posted in Tarbiyah and tagged , , by rijal5252. Bookmark the permalink.

About rijal5252

assalamualaikum wbt.. saya merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan di Jepun. Mula berminat menulis blog setelah disarankan oleh seseorang (hehe).. di blog ini, saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang telah saya lalui, yang telah saya pelajari, dan cuba saya amalkan. Kerana ilmu tanpa amal tiada maknanya.. http://khusnul8khatimah.wordpress.com/ ‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." -Imam Hasan al-Basri-

4 thoughts on “Antara Takdir dan Tarbiyah

  1. Salam..Encik rijal, boleh saya tanya..apa yang dimaksudkan dengan pilihan yang kita buat bukan dengan kehendak Allah? Adakah ia bermaksud, kehendak makhluk mengatasi kehendak Allah Ta’ala? Walaupun Allah tak nak, tapi kalau kita nak, maka Allah akan mengikut kehendak kita? Macam tu ke? Terima kasih.

    • wsalam wbt,
      Cik Aisyah, apa yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya adalah termasuk dalam apa yang Allah tetapkan dengan ilmuNya. Contohnya, si polan ini mencuri. Tapi, tindakan mencurinya itu bukan atas kehendak Allah, kerana Allah sentiasa mahukan yang baik untuk hambaNya. Allah sudah tentu tidak mahu hambaNya melakukan kejahatan. Maka, tindakan si polan itu mencuri adalah disebabkan kehendak si polan itu sendiri. Akan tetapi, sebelum si polan itu lahir lagi, sejak azali lagi, dengan ilmuNya yang Maha Luas, Maha Halus, Allah telah mengetahui bahawa si polan itu akan mencuri, maka Allah telah menulis di Lauh Mahfuz tindakan mencuri si polan itu. Allah bukan mengikut kehendak kita, tapi kerana Dia Maha Mengetahui segala amalan kita , maka Dia telah menulisnya terlebih dahulu.
      Apa-apa pun, setiap manusia akan diberi 2 pilihan, sama ada jalan kejahatan atau jalan kebaikan (As-Syams 91:8). Terpulang pada kita memilih yang mana. wallahualam

      maaf jika penerangan saya kurang jelas..

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s