Perempuan Tak Boleh Keluar Rumah?!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt!

Tengah buat apa? Iman sihat? Alhamdulillah, kalau sihat.

Saya sebenarnnya ditugaskan untuk menulis di bawah tema ‘Hawa dan Keakhwatan’. Hmmm. Kalau sebut hawa, apa yang terlintas di fikiran akhwat sekalian?

Isteri Nabi Adam AS. Perempuan. Solehah. Sopan santun. Lemah lembut. Kahwin. Eh.

Nak share~ Pernah tak dengar hadis ni;

Daripada Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.”
(HR. Muslim)

Hadis shahih ni. Perempuan tak boleh keluar rumah. Tiga hari yang dimaksudkan tu, bukannya tiga hari menetap di sesuatu tempat, tapi tiga hari perjalanan unta. Unta boleh berjalan 44 kilometer sehari. Dua marhalah bersamaan dengan jarak dua hari perjalanan unta. Info tambahan😉

So, kita tengah buat ape ni? Duduk berapa lama dah kat Jepun. Jauh pulak dari rumah. Belajar dah lah fardhu kifayah je, bukan macam haji- fardhu ain…

Sila jangan risau kalau anda menepati SEMUA syarat di bawah;

1) MINTA IZIN
Minta kebenaran keluar rumah daripada ibu bapa. Dan bagi yang sudah berkahwin, minta keizinan suami.

2) MENUTUP AURAT
Aurat wanita ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Menutup aurat menepati seperti yang ditetapkan syarak.

a. Menutupi seluruh tubuh (termasuklah rambut) kecuali wajah dan dua telapak tangan,
b. Tidak ketat hingga lekuk tubuh tidak terlihat,
c. Tidak tipis hingga warna kulit tidak terlihat,
d. Tidak menyerupai laki-laki,
e. Tidak berwarna terang hingga menarik perhatian orang,
f. Dipakai bukan maksud mempamerkan (riak),
g. Pakaian tidak bergambar makhluk dan tidak berunsur agama lain.

“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” 
(al-Ahzab : 59)

3) TIDAK BERTABARUJ
Tidak bersolek dan berdandan, tidak memakai perhiasan-perhiasan yang menarik, sehingga mengundang syahwat kaum lelaki, juga tidak memperlihatkan keindahan tubuhnya.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Sebut pasal aurat dan tabaruj, kita tidak boleh tidak, wajib menjaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). haa~ semua orang faham, kan?

4) UNTUK KEBAIKAN
Sebagai Muslim Perempuan yang Belajar, kita tengok apakah yang dikatakan ‘keluar rumah untuk kebaikan’. Menuntut ilmu juga termasuk dalam syarat ni. Tapi ada ‘term and condition’.

Cuba tanya balik diri kita. Kenapa kita belajar di Jepun? Belajar engineering semua ni. Boleh je duduk elok-elok manis-manis kat rumah, belajar memasak, menjahit.

Sebab saya nak anak-anak saya nanti hidup senang. Gaji double (gaji suami+gaji isteri) (*☻-☻*) makan sedap, rumah besar, kereta mewah. 

Eh. Orang dulu boleh je makan tanpa perlu belajar engineering.

Perempuan boleh menuntut ilmu kalau dia tak boleh dapat ilmu tu di rumah.

Ha. Sebab tu lah saya belajar. Sebab kat rumah tak de orang nak ajar engineering.

Lepas tu? Dah jadi engineer?

Ilmu itu hendaklah berguna untuk saham akhirat. Kerana akhirat itu lah kehidupan yang kekal.

Orang yang beriman lebih baik berilmu, daripada orang yang berilmu tanpa ada iman.

Kalau iman kita ‘cantik’, kita akan gunakan ilmu itu untuk ISLAM. Untuk menyaksikan kepada dunia bahawa ISLAM itu benar dan selain dari itu batil. Kalau orang yang berilmu tanpa iman, dia boleh menyumbang kepada kebatilan dan kezaliman.

Harus bagi perempuan  untuk keluar rumah untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah. Dan salah bagi perempuan kalau dia duduk di rumah sahaja tanpa menyumbang dalam kebangkitan ISLAM. Tengok saja Khadijah, Aisyah, Asma dan Sofiyyah!

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” 
(al-Nisa’ : 124)

Tak ada masalah untuk kita kaum hawa untuk keluar rumah selagi tidak menyalahi syarak dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah!

Hidup kita dalam lingkaran dakwah dan tarbiyah,
demi mencapai mardhotillah.
Menjalin ukhwah, memperkasa ummah.
Teruslah melangkah walaupun payah,
kerana syurga itu dijanjikan indah!

Allahualam.

p/s: so, masih sempat lagi ni nak betol kan niat, ‘kenapa saya belajar di jepun’. 

Err. Dan..

jangan liat nak pergi daurah dan jaulah!🙂

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s