Alam Mengingatkan

Bismillahirahmanirahiim~

Astaghfirullahaladzim3x

Assalamualaikum wbt.

Semoga dalam penghambaan kepada Allah SWT semata.

Sahabat yang saya sayangi kerana Allah,
InshaAllah saya cuba menulis seringkas mungkin. Kerana kita tak punya masa. Ah, masa bukan milik kita.

Dalam kesibukan membuat persedian untuk final exam, dalam kegembiraan melihat salji putih turun di tempat kita (fenomena yang boleh dianggap pelik kalau sebelum ini salji tak pernah turun di tempat kita), kita dikhabarkan dengan ramalan kaji cuaca yang mengatakan gempa bumi besar akan berlaku di Jepun. Gempa bumi di sebahagian kawasan atau di seluruh Jepun.

Kita bersama alam setiap hari, di atasnya kita berjalan, dari isinya kita makan dan minum. Lalu mengapa dia mahu membantai kita? Alam marah kah kita berjalan di atasnya, kita ambil isi nya?

Risau.
Takut.

Saya mengaku perasaan itu wujud dalam diri.

Tapi belum pasti ramalan itu tepat. Ya, walaupun Negara Matahari Terbit ini selalu mebuat ramalan yang tepat… Hakikatnya, bumi itu beredar, bergerak, bertindak mengikut Perintah Allah.
Allah marah kah?

Risau.
Takut.

Kiamat semakin dekat kah?

Percaya pada Hari Akhirat;
kematian itu pasti,
kita akan dibangkitkan,
hari perhitungan itu benar,
Syurga dan Neraka itu benar.

Apa, bila dengan mendengar atau membaca ramalan itu baru kita nak ingat mati, nak ingat akhirat? Berimanlah dengan Akhirat, bukan beriman dengan ramalan kaji cuaca.

Ingat mati hanya ketika melihat kematian.
Ingat mati hanya bila mendengar ramalan gempa bumi.

Kalau benar kita beriman kepada Akhirat, adakah kita akan menangguhkan taubat? Adakah kita akan berterusan melakukan maksiat?

Harinya; itu rahsia Allah

Kita tak tahu bila. Tapi persediaan tak juga kita perkasakan.

Benarkah beriman? Allah…

Masa bukan milik kita. Putuskanlah segala taghut dan isi dunia dari hati kita.

Ya Allah beri kami kekuatan untuk menggenggam cinta dunia di tangan agar bila masa untuk melepaskannya; tiada pernah rasa bersedih hati, dan beri kami kekuatan untuk semat cinta akhirat di hati agar tiada kami pernah merasa untuk mensiakan cintaMu.

Saya sedang menasihati kalian dan diri sendiri. Amalan kita yang manakah yang benar-benar diterima Allah untuk melayakkan kita memasuki SyurgaNya? Ya Allah, tak sanggup menjejak kaki ke Neraka Mu.

Ya Allah, ampuni dosa kami; yang besar mahupun kecil, yang kami sedari mahupun tidak. Ya Allah, terimalah taubat kami. Masihkah Engkau sanggup melihat hamba ini yang banyak kali melakukan maksiat? Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang, matikan kami dalam ketaatan kepada Mu.

Tariklah saya kembali, andai saya lari dari landasan…

Siapa saya?🙂

Tak perlu tahu.

Perkasa dakwah! Kita KHALIFAH! Mengajak orang dalam lingkungan pengHAMBAan pada Allah SWT.

Mungkin saya salah seorang orang yang anda nasihati!

Masa bukan milik kita.

Allahualam.

Mari berinteraksi di sini. Setiap patah kata dihargai.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s