Penubuhan Blog Baru; Shiroi Koibito

Bismillah,

Assalamu’alaikum wbt,

Menemui para pencari cinta Ilahi, semoga berada di dalam rahmatNya selalu. Terima kasih kepada kalian semua di atas sokongan berpanjangan yang diberikan kepada blog ICK ini.

Sekarang masa untuk mengumumkan penubuhan blog baru sekaligus menggantikan ICK. Blog yang bertujuan memberi nafas baru kepada dakwah dan tarbiyah ini diberi nama Shiroi Koibito.

Namun, jangan risau, kalian masih boleh membaca artikel-artikel di sini kerana blog ini akan dibiarkan sahaja, cuma, tiada update artikel lagi selepas ini. Sebarang update akan dibuat di blog baru Shiroi Koibito.

Nantikan update terbaru dari kami, menampilkan karya barisan akhwat Nippon!

Sekian. Teruskan menyokong kami.

Jazakillahu khair

Advertisements

Ijazah?

bismillahirrahmannirahim~

Allah,Engkaulah Tuhan yang Maha Kuasa,Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Dan Kami lah hambamu yang kerdil lagi hina,menyinggah menumpang diduniaMu ini YaAllah.

Hidupnya kita didunia pada hari ini,adalah dengan kuasa Allah.Dialah tuhan yang menciptakan dan mematikan makhluk-makhluk Nya pada masa yang ditetapkan.Diberi kelapangan rezeki yang melimpah-limpah,diberi segala nikmat yang tidak terhitung nilainya,namun kita sebagai manusia,sebagai hamba kepada Allah,adakah kita mensyukuri dengan nikmat pemberianNya? Astaghfirullah.

Terciptanya kita dimuka bumi ini,denganlah hanya dua tujuan.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah dibumi” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah disana.sedangkan kami memujiMu dan menyucikanMu?” Dia berfiman.” Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.(Al-Baqarah,2:30)

Aku tidak menciptakan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku(Az-Zariyat,51:56)

Dua tujuan : Ibadah dan juga melaksanakan tugas khalifah di muka bumi Allah ..!

Adakah kita sebagai hamba yang patuh kepada perintah Nya? Adakah kita sedang melaksanakan kedua-dua nya?

Mengajak sesama manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah sesuatu yang senang, dan diakui.Allah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang melakukan dakwah itu, tidak mengira siapapun mereka.

DAKWAH. Perkataan yang sering dan senang disebut tetapi memerlukan mudahajah yang tinggi untuk terus beristiqamah.Memerlukan himmah atau semangat yang tinggi untuk terus berada di landasan dakwah yang betul. Tiada tarik tali,tiada pilihan untuk tidak melakukan sekiranya Islam sebagai Ustaziatul Alam tidak direalisasikan!

Dalam keadaan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar,tidak kira la jurusan apa yang kita pelajari, hukumnya wajib untuk kita melaksanakan dakwah. Sebagai contoh, untuk apa sebenar kita dihantar ke Jepun? Ya, secara logiknya adalah untuk menggapai segulung ijazah. Siapa yang menghantar kita ke Jepun untuk menggapai segulung ijazah? JPA? mak ayah?

Tidak! Allah yang menghantar kamu ke sini untuk menggapai segulung ijazah, dan UNTUK KAMU MENYAMPAIKAN WALAU SATU AYAT!Sekurag-kurangnya apabila Allah bertanya kepada kita kelak,Apakah yang telah kamu buat didunia? Maka,kita dengan senang hati nya boleh menjawab, aku telah menyampaikan risalah perintahMU,YaAllah.. indah bukan?:)

Biarlah perit di dunia untuk agama Allah,biarlah sekalipun pengorbanan demi pengorbanan harus dibuat demi tertegaknya agama Allah, yakin dan percayalah dengan janji Allah yang akan mengurniakan kita SYURGA yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang disanalah kita akan merasai kesenangan yang kekal,insyaAllah:)